Enam remaja direman kes culik, perkosa

JOHOR BAHRU: Polis mendapat perintah menahan reman enam remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bagi membantu siasatan kes culik dan rogol bergilir-gilir seorang wanita di Pasir Gudang, Jumaat lalu.

Majistret Salawati Djambari membenarkan permohonan menahan semua remaja yang tidak bersekolah itu selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 dan 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol.

“Semua remaja itu ditahan di kawasan perumahan di Taman Kota Masai, Masai, dekat sini, kelmarin,” katanya di sini semalam.

Difahamkan, semua suspek berusia 12 hingga 19 tahun itu mempunyai rekod jenayah juvana, tinggal bersama keluarga masing-masing di kawasan perumahan berkenaan.

Seorang daripada remaja terbabit dipercayai bekerja dengan pembekal gas memasak dan menggunakan lori majikannya bagi melakukan jenayah itu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam, enam remaja yang menaiki lori dikatakan menghimpit motosikal yang dibonceng mangsa berusia 30 tahun yang ditunggang rakannya berusia 24 tahun. Mereka dalam perjalanan dari Taman Nusa Damai ke Pasir Gudang.

Mangsa yang terjatuh dari motosikal kemudian ditarik enam remaja berkenaan ke dalam lori sebelum dilarikan ke satu lokasi sunyi di Pasir Gudang sebelum dirogol bergilir-gilir.

Rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan sepasukan polis dari IPD Seri Alam diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerahnya, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid melancarkan satu operasi mengesan suspek.

Mangsa yang trauma akibat kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk pemeriksaan perubatan.

Sumber: Bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular