Ceramah oleh Sdr. Balakrishnan di Tmn. Mawar

Ucapan Syed Othman Semasa Ceramah Mazlan Aliman Tmn Air Biru

Ceramah Sdr. Mazlan Aliman di Tmn. Air Biru

Perjumpaan Masyarakat India Di Pejabat PAS disambut baik

Perjumpaan antara masyarakat india anjuran PKR telah diadakan di Pejabat Pas Kawasan Pasir Gudang pada minggu lalu. Lebih 300 yang hadir menyambut pemimpin dari masyarakat India.





Kaum India kini tidak lagi berasa janggal berada dalam premis Parti Islam Semalaysia (PAS) atau pembangkang setelah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno Barisan Nasional.





Ketua Pemuda Pas, Sdr. Syed Othman mendapat pujian dan terima kasih dari pimpinan keadilan kerana memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat membuat perjumpaan di Pejabat PAS.

Ceramah Ust. Azman Shapawi

Memorandum Isu Bayaran Tambahan Persekolahan

MEMORANDUM KEPADA
PENGARAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
Wisma Pendidikan

Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru, Johor

KHAMIS 17HB. JANUARI 2008
MUQADIMAH

Pada 7 September 2007 ketika membentangkan Belanjawan 2008, Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah telah dimansuhkan. Malah Y.B. Menteri Pelajaran sendiri ketika mengumumkan kepada pemberita pada 8 September 2007 menegaskan bahawa tiada alasan bagi ibubapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.” (Utusan Malaysia: 8 September 2007)

Namun begitu ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah:

Lebih malang lagi, apabila terdapat sekolah yang mengenakan yuran tambahan lain seperti yuran PIBG, yuran tandas dan yuran komputer.

Lebih memeranjatkan, apabila Yang Berhormat Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa Pakej bayaran tambahan ini tidak wajib dan ibu bapa boleh menuntut kembali wang yang telah dibayar. Sedangkan terdapat sekolah yang mengeluarkan surat kepada ibu bapa bahawa yuran tersebut adalah wajib.

Dewan Permuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merasa bertanggungjawab untuk :
  • Memenuhi hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia untuk melihatkan semua rakyat mendapat pendidikan secara percuma.
  • Memenuhi hasrat Yang berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran agar jurang pendidikan antara golongan kaya, miskin, orang asli dan anak Kurang upaya dapat dirapatkan
  • Mematuhi tuntutan Konvesyen Hak Kanak-kanak (UNCRC) perkara 28(1) Hak untuk mendapat pendidikan percuma dan wajib.
  • Menghilangkan kekeliruan di kalangan ibu bapa tentang polemik tentang yuran percuma yang diwar-warkan oleh kerajaan.

Maka DPPNJ mendesak kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor :

  1. Mengeluarkan kenyataan akhbar tentang perkara ini.
  2. Mengeluarkan pekeliling kepada sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu ini.
  3. Mengarahkan sekolah di negeri Johor mengeluarkan surat penjelasan kepada ibu bapa tentang isu yuran sekolah ini.
  4. Mendesak sekolah memulangkan kembali bayaran yang dikenakan jika benar bahawa bayaran ini boleh di tuntut kembali oleh ibu bapa.

“MEMBINA KEYAKINAN, MENJANA KEMENANGAN”

Yang Benar


KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
KETUA DEWAN PEMUDA PAS JOHOR
019-7701830

-----------------------------------------------------------------

Membuat kenyataan media dihadapan bangunan Jabatan Pelajaran Johor

Memorandum telah diterima oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor


-Kembara Minda Perjuangan

Penduduk menuntut pampasan yang dijanjikan


Penduduk rumah pangsa Bukit Cagar pada hari Ahad yang lalu telah mengadakan demonstrasi bagi menuntut keadilan atas kegagalan pihak pemaju memberi pampasan yang dijanjikan dahulu.

Isu pemindahan yang didakwa zalim ini telah menyemarakkan api kemarahan penduduk terhadap tindakan pihak pemaju yang hanya memberi notis 3 bulan yang berakhir pada hujung bulan 12 2007 yang lalu.

Menurut pengerusi JK Bertindak, terdapat persoalan yang timbul mengenai perjanjian yang dilakukan sebelum ini. Antara lain, penduduk berhak mendapat pampasan yang sehingga kini tiada pentunjuk positif dari pihak bertanggungjawab.

Adalah disyaki terdapat Penyelewengan yang berlaku dalam organisasi tersebut sehingga tiada pampasan yang diberikan.Tambahan pula terdapat syarat-syarat yang dikenakan kepada penduduk terbabit yang mempunyai unsur kronisma dalam pengurusan rumah yang bakal mereka duduki nanti.

Sdr. Syed Othman pada majlis sebelumnya telah dilantik untuk menjawat jawatan Penasihat 1 Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Bukit Cagar.

Barisan Nasional - Jangan Main Isu Perkauman!

Rakyat akan terus bersama BA dan parti pembangkang yang lain dalam PRU12 yang akan datang. Mereka sudah jemu dan jenuh ditipu oleh UMNO-Barisan Nasional. Ternyata, selepas 50 tahun, senjata kerajaan BN masih lagi menggunakan isu perkauman, dan sememangnya setiap kali isu ini diputar, merekalah yang mendapat untung.

13 Mei 1969, menjadi suatu starting point kepada mereka untuk menghalalkan perbuatan provokasi antara kaum hingga kini. Dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan oleh British masih digunakan oleh anak didik mereka walaupun negara sudah lama merdeka.


Jika dahulu, pihak penjajah memecahkan perpaduan kaum ini dengan membezakan struktur perekonomian dan penempatan bagi kaum-kaum, tetapi pada hari ini kerajaan BN melakukannya dalam dimensi yang sedikit berlainan.

Rakyat sering ditakut-takutkan akan berulangnya isu 13 Mei 1969 dan provokasi akan hubungan pahit antara kaum yang berbilang akan sentiasa diputar oleh mereka. Dan, setiap kali perhubungan antara kaum menegang, mereka akan terus menangguk anak sepat di air yang keruh. Orang India diminta berdiri di belakang MIC, orang Cina diminta setia dengan MCA dan orang Melayu diminta pulang ke pangkuan UMNO.

Dan, apabila wujud permasalahan yang melibatkan kebajikan kaum juga, parti komponen BN akan diminta untuk menyelesaikannya. Apabila ada masalah orang India, maka MIC akan dipertanggungjawabkan, bukannya kerajaan BN secara mutlak. Apabila orang Cina bermasalah, MCA akan dipersalahkan, dan sekali lagi kerajaan BN bermain 'tai chi' dengan menolak semua isu berkenaan kepada MCA semata-mata. Perkara yang sama juga berlaku kepada kaum Melayu. UMNO didoktrinasikan sebagai 'Tuhan Melayu', yang boleh menyelamatkan umat Melayu di dunia ini, yang memberi rezeki dan kesenangan.

Lihatlah, dasar pecah dan perintah mereka akan terus akan gunakan. Dalam dimensi yang sedikit baru.
Atas sebab itulah, perpaduan kaum atas nama apa sahaja pun di Malayia ini tidak akan berjaya selama-lamanya. Kerana apa? Kerana kerajaan yang ada pada hari ini sendirilah, yang telah merosakkan keharmonian antara kaum. Mereka sering mewujudkan isu dan mencetuskan perbalahan kaum, sama ada yang bersifat provokasi ataupun lakonan yang memakan korban, semuanya dilakukan demi kepentingan politik sempit mereka.

Rakyat harus sedar, agar tidak terus tertipu hingga kekal berada di bawah keterpurukan pemerintahan UMNO-Barisan Nasional hingga dekad-dekad yang mendatang.

Hari ini, PAS dan PKR, serta DAP terus mendekati rakyat yang pelbagai tidak mengira beza ras dan kepercayaan agama. Kita berbincang, berdialog dan memberi penerangan kepada mereka. Kita memohon agar mereka tidak lagi membiarkan diri mereka ditipu dengan isu dan api perkauman yang bakal dimainkan oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional dalam masa yang terdekat ini.
Semoga kemenangan berada di pihak yang benar. Ameen.
Dipetik dari Tranungkite Online

Surat dari Setiausaha Agung UMNO tentang plan mereka untuk memainkan Isu Perkauman. Sila KLIK pada gambar untuk melihat imej yang lebih jelas dan besar.

Bermula dengan HINDRAF, ada beberapa kelonggaran dalam isu ini tetapi banyak perbezaan pelaksaan hukuman berbanding dengan isu penganiayaan terhadap peristiwa Batu Burok. SMS perkauman tersebar luas.

Bahan-bahan internet yang berunsurkan pergaduhan kaum, orang Melayu dipukul, India diganyang tersebar luas.

Api-api perkauman telah disebar luas dan rakyat berada dalam keadaan gelisah. perniaga Cina diugut dengan ekonomi dan darurat semuanya adalah PELAN "ISU PERKAUMAN" yang dipersetujui oleh semua komponen Barisan Nasional.

Anda diperbodohkan.Kalau bukan anda bapa atau ibu anda diperbodohkan.Setidak-tadaknya keluarga anda diperbodohkan oleh UMNO dan BN. Harta negara dikaut untuk kerabat mereka, anda digula-gulakan. Itulah realiti pemerintahan UMNO/BN sekarang.

Pak Lah diwar-warkan sebagai "Mr Clean", warak dan sentiasa bercakap lembut tetapi sebenar dialah dalang dan perancang semuanya.

Menteri dalam negeri, yang menjadikan AG budak surahan, SPR dengan pindaan perlembangaan sebagai anjing upahan.Dia memang hipokrit dan DAJAL.

YB Salahudin Ayub telah menerima pendedahan ini dan telah membuat laporan polis. Maklumat yang disertakan ini perlu disebarkan dengan apa cara sekalipun. Mana-mana yang mahir mesti mengubahsuai dan menjadikan ianya menarik untuk dipaparkan kepada umum.

Dua surat sulit ini perlu disebarkan, Klik untuk besarkan dan simpan yang besar (bukan yang dipapar ini) Setelah ibu bapa, keluarga anda diperbodohkan. Jangan sampai anak-anak anda generasi akan datang pula dicucuk hidung!!ANDA MESTI BERTINDAK SEKARANG!!!

Laporan Polis YB Salahuddin terhadap surat arahan Setiausaha Agung UMNO tersebut. (Klik untuk besarkan)

Kaum India terus menunjukkan minat untuk bersama PAS dan kita sentiasa bersedia untuk berbincang, berdialog dan memberi penerangan kepada mereka.


Video: Penerangan Isu Flet Bukit Cagar

Ceramah Sdr. Zulkifli Ahmad

Pendedahan pakatan sulit ISU PERKAUMAN antara komponen BN


 Surat perangang Jahat UMNO/BNBermula dengan HINDRAF, ada beberapa kelonggaran dalam isu ini tetapi banyak perbezaan pelaksaan hukuman berbanding dengan isu penganiayaan terhadap peristiwa Batu Burok. SMS perkauman tersebar luas. Bahan-bahan internet yang berunsurkan pergaduhan kaum, orang Melayu dipukul, India diganyang tersebar luas.

Api-api perkauman telah disebar luas dan rakyat berada dalam keadaan gelisah. perniaga Cina diugut dengan ekonomi dan darurat semuanya adalah PELAN "ISU PERKAUMAN" yang dipersetujui oleh semua komponen Barisan Nasional.

Anda diperbodohkan.
Kalau bukan anda bapa atau ibu anda diperbodohkan.
Setidak-tadaknya keluarga anda diperbodohkan oleh UMNO dan BN.



Harta negara dikaut untuk kerabat mereka, anda digula-gulakan. Itulah realiti pemerintahan UMNO/BN sekarang.

Pak Lah diwar-warkan sebagai "Mr Clean", warak dan sentiasa bercakap lembut tetapi sebenar dialah dalang dan perancang semuanya.

Menteri dalam negeri, yang menjadikan AG budak surahan, SPR dengan pindaan perlembangaan sebagai anjing upahan.

Dia memang hipokrit dan DAJAL.

YB Salahudin Ayub telah menerima pendedahan ini dan telah membuat laporan polis. Maklumat yang disertakan ini perlu disebarkan dengan apa cara sekalipun. Mana-mana yang mahir mesti mengubahsuai dan menjadikan ianya menarik untuk dipaparkan kepada umum.

  Sila klik

Dua surat sulit ini perlu disebarkan, Klik untuk besarkan dan simpan yang besar (bukan yang dipapar ini)

Setelah ibu bapa, keluarga anda diperbodohkan. Jangan sampai anak-anak anda generasi akan datang pula dicucuk hidung!!
ANDA MESTI BERTINDAK SEKARANG!!! -

- Tranungkite

Minyak masak mula dicatu

Kita sudah 50 tahun merdeka, kita bukan dalam suasana peperangan, bukan juga dalam suasana darurat atau bencana alam. Kita aman dan malah para pimpinan kita berdegar-degar masuk ke ceruk rantau negara mengisytiharkan projek pembangunan itu dan ini bernilai berbillion ringgit, kerana mahu mengejar status negara maju menjelang 2020.
Tetapi tiba-tiba minyak masak yang kita gunakan di dapur untuk memasak makanan kita kini dicatu.




Kalau dizaman perang dahulu bekalan makanan menjadi kurang kerana peperangan, logik dan masak akal. Demikian juga dizaman darurat. Saya ingat ibu saya pernah bercerita bahawa ketika bapa saya menjadi Pegawai Cawangan Khas di tahun 50an di Kajang, semasa Kajang merupakan "kawasan hitam" di zaman Darurat, makanan terpaksa dicatu bagi mengelakkan ianya jatuh ketangan kominis. Menurut ibu saya tin-tin susu pekat manis akan ditebuk atas arahan pihak berkuasa bagi memastikan ia tidak dapat simpan lama dan oleh itu tidak akan ada pihak yang menyeledupnya untuk kegunaan kominis.

Itu darurat tahun 50an dan suasana tegang, ini tahun 2008!

Tiba-tiba tidak perang, tidak darurat, tiada bencana alam, bekalan minyak masak kurang dan terpaksa dicatu. Sebelum ini bekalan tepung juga begitu dan sebelum itu lagi gula. Saya kira putus atau kurangnya bekalan makanan keperluan seperti ini lebih-lebih lagi minyak masak (dalam keadaan kita merupakan negara pengeluar) mencerminkan kelamahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan BN.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna, kerajaan memberi jaminan yang kekurangan minyak masak ini akan dapat diatas dalam tempoh dua minggu yang akan datang. Soalnya mengapa ia dibiarkan berlaku? Apakah tugas kerajaan dan kementerian ini, kalau sekadar membuat pengumuman dan "damage control" hanya apabila berlaku putus bekalan seperti dalam kes minyak masak (serta gula dan tepung sebelumnya) lebih baik tukar sahaja nama kementerian ke Kementerian Putus Bekalan, kerana ia hanya bekerja apabila bekalan putus!

Kadar tol naik, harga minyak petrol juga dijangka naik, hari ini juga dikhabarkan tambang sekolah akan turut naik, harga barangan lain telah pun naik, yuran tambahan sekolah rendah dan menengah tinggi walaupun yuran sekolah dimansuhkan dan kini bekalan minyak masak pula putus. Hebat sungguh kerajaan pimpinan Dollah Badawi. Dari minyak petrol sampai minyak masak, rakyat memikul beban dan terus menjadi mangsa sebuah kerajaan yang terbukti lemah dan tidak meyakinkan.

Lalu apa lagi kita tunggu, BN sudah terbukti tidak lagi menjanjikan kesejahteraan dan keselesaan hidup, mari kita beramai-ramai, rakyat yang rpihatin dan sedar, bangun membuat dan menuntut perubahan. "Say No (more) to BN" - Roslan SMS

Perhimpunan HALAL di malam tahun baru....

 Ayuh tunggu apa lagi..semuanya dah disediakan untuk kita pergi berhimpun pada malam tahun baru nanti. jangan risau ini perhimpunan HALAL sbb dapat permit kerajaan dan polis...JADI tunggu apa lagi bukan sahaja 1 lokasi...ada 8 lokasi ANDA pilih yg mana anda suka....JOM kita kerah rakyat kita untuk pergi bergembira dan berhibur selepas mana selama ini kita bermandikan air kuning dan asap....JADIkan ini sebagai tempat kita beriadah..bukan nak buat huru hara....takkan tak boleh kot...kita jugak rakyat Malaysia.....

Ayuhhh..cepat cuma tinggal 2,3 hari sahaja lagi...mana? mana?... tak dengar apa pon dari pihak kita..sunyi sepi sahaja...cuma yg ada DPPWP: XPDC Dakwah Bersama YB Salahuddin . Takkan ini sahaja.... berapa kerat nak turun abis tinggi 50org... KITA war-war kan sikit seru rakyat kita turun untuk bersantai malam tahun baru.... bukan susah pun... Masalah sekarang kita sendiri tak pandai nak ambil peluang... tak pandai nak ambilkesempatan.... entahlah mungkin saranan sahabat nie tiada yg nak sambut.. Cadangan Teman Buat GMI & Himpunan Rakyat di Ambang Tahun Baru

Guba Akal utk Berfikir... Jika macam nie nak lawan BN....
kena USAHA kuat lagilah nampaknya..Fikir2kanlah...

Jalan di KL ditutup sempena sambutan ambang tahun baru
28-12-2007 05:09:01 PM

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru 2008.

Orang ramai yang ingin menyertai acara sambutan yang diadakan di lapan lokasi utama dinasihatkan supaya meletak kenderaan masing-masing di tempat yang telah dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam.

Lapan lokasi tersebut iaitu Dataran Merdeka, Menara Berkembar KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar/Telawi, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral.

Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ASP Ng Fook Long memberitahu sidang akhbar hari ini, polis menjangkakan aliran lalu lintas akan menjadi sesak apabila hampir 1.5 juta kenderaan akan memasuki ibu kota pada malam ambang tahun baru.

Katanya penutupan jalan dibahagikan kepada dua fasa iaitu penutupan tetap dan penutupan sementara.

Jalan yang terlibat secara penutupan tetap di Dataran Merdeka ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin, lampu isyarat Jalan Raja dan sepanjang Jalan Raja, bermula dari persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Jalan Raja akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas manakala jalan-jalan di sekitarnya akan mula ditutup mulai 6 petang pada 31 Dis.

Pengunjung ke Dataran Merdeka boleh meletakkan kenderaan mereka di Jalan Sultan Sallehudin bagi motosikal, di Padang Merbuk bagi bas dan kereta di Kompleks Dayabumi, Central Market, Parkir Bukit Aman, Tugu Negara, Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam.

Sementara tempat meletak kenderaan bagi orang kenamaan ialah di depan Muzium Sejarah Kuala Lumpur dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), jalan yang terbabit ialah sepanjang Jalan Persiaran Exxon Mobil hingga lampu isyarat Jalan Stonor yang akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas sementrara jalan-jalan yang menghala kedua-dua jalan ini iaitu Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Kia Peng dan Jalan Stonor akan ditutup secara berperingkat-peringkat.

Kawasan meletak kereta di KLCC ialah di medan letak kereta Exxon Mobil, kawasan sekitar KLCC dan medan letak kereta KLCC.

Penutupan Jalan Telawi 3 Bangsar Baru pula akan bermula pada 31 Dis mulai pukul 3 petang sehingga 1 pagi. Jalan-jalan di sekitarnya seperti Jalan Maarof, Jalan Telawi 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibuka seperti biasa tetapi akan ditutup sementara waktu jika perlu.

MCA pula akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka dan dengan itu jalanjalan sekitar stadium seperti Jalan Hang Jebat, Changkat Stadium dan Jalan Stadium akan dijadikan jalan sehala mengikut situasi.

Ng berkata pengunjung ke Stadium Merdeka boleh meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan seperti di hadapan stadium, Sekolah Menengah Victoria, Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Kubur Cina (Jalan Kerayong), UDA Ocean/Plaza Warisan dan Padang Merbok.

Beberapa jalan di sekitar Bukit Bintang juga akan ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang, mulai tengah malam 30 Dis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pentas.

Jalan-jalan akan dibuka semula pada 1 Jan pukul 5 pagi.

Pengujung boleh meletak kenderaan mereka di Imbi Plaza, Low Yat Plaza, Sungai Wang Plaza, BB Plaza, Pavillion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan parkir milik swasta di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang.

Jalanjalan luaran seperti Lebuhraya Seremban menghala ke Jalan Tun Razak, Bulatan Kampung Pandan menghala arah Jalan TUn Razak (menghala Bukit Bintang), susur Jalan Kuching dari arah Mahameru menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra dan susur Bukit Petaling/Jalan Dewan Bahasa ke arah lampu isyarat Jalan Loke Yew/Hang Tuah juga akan ditutup.

Manakala susur Jalan Kuching dari arah Mahameru, susur 'Y' dari kedua-dua arah yang naik ke Jalan Sultan Ismail dan susur ke Bulatan Dato Onn dari semua arah ke Jalan Raja akan ditutup jika perlu.

Ng menasihatkan pengguna jalan raya agar keluar awal dan merancang perjalanan mereka dengan menggunakan jalanjalan alternatif dan mengelakkan dari melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan.

Katanya polis dari cawangan lain seperti narkotik dan jenayah akan turut melakukan operasi masing-masing pada malam sambutan tahun baru.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka yang berbasikal secara beramai-ramai pada setiap malam sambutan tahun baru. BERNAMA



--
TarakNama@gmail.com
Http://TarakNama.tblog.com

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular