Layakkah Malaysia Dijadikan Contoh?

Saya terbaca keratan akhbar Berita Harian yang bertajuk “Bosnia disyor contohi Malaysia”, dan salah satu petikannya berbunyi


SARAJEVO 22 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesyorkan Bosnia dan Herzegovina agar mengambil contoh kaedah bersepadu yang dilakukan oleh Malaysia dalam merangka rancangan ekonomi, politik dan sosial di negara itu.

Pada mulanya hatiku tertawa kecil dek perkara yang mungkin agak jaggal bagi diri saya tetapi tidak pada sahabat-sahabat. Tidak mengapalah, sebelum kita mengupas perkara ini dengan kefahaman yang lebih mendalam, marilah kita memerhatikan di antara pro dan kontranya.

:: Pro

Pertama

Malaysia aman dari sebarangan serangan-serangan bersenjata Yahudi, Amerika dan lain-lain. Kebanyakan negara OIC mengalami masalah kerosakan dan kemusnahan akibat diserang. Mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang aman.

Kedua
Malaysia dihuni oleh beberapa bangsa dan kaum yang pelbagai, namun ia masih mengekalkan kesefahaman di antara kaum dan agama yang pelbagai tersebut. Islam masih boleh diterima oleh masyarakat bukan Islam.

Ketiga
Malaysia menjalankan pilihanraya demokrasi yang menggalakkan persaingan sihat di antara parti-parti yang berlainan.

Keempat
Malaysia masih mengekalkan institusi ulama’ di setiap negeri. Walaupun pelbagai tohmahan terhadap Islam dihujani dari pelbagai pihak, namun ulama’-ulama’ ini masih memperjuangkan Islam di bumi Malaysia.

Kelima
Ekonomi Malaysia masih boleh dikatakan stabil berbanding negara-negara lain. Walaupun mengalami beberapa krisis ekonomi, Malaysia berjaya mengatasinya dengan beberapa perancangan-perancangan yang hebat.

Keenam
Malaysia hidup dengan konsep terbuka, contohnya menjadi tuan rumah dalam beberapa kejohanan dan sukan. Malaysia boleh diterima di kaca mata dunia. Contohnya, Stadium Bukit Jalil, Litar Sepang dan lain-lain.

Ketujuh
Malaysia memiliki kemajuan, samada dari sudut industri, teknologi, pembangunan dan banyak lagi. Contohnya KLCC, Putrajaya dan banyak lagi

Inilah beberapa pro yang boleh saya senaraikan secara umum pada pandangan saya. Walaupun pada pandangan kassar anda akan mendapati bahawa “Malaysia ni majulah jugak kalau nak dibandingkan dengan Bosnia dan lain-lain negara”

Setelah kita meneliti 7 pro ini (secara kulit) marilah kita mengupasnya dengan lebih mendalam tentang kelayakan Malaysia menjadi negara contoh. Bandingkan

:: Kontra

Pertama
Malaysia selamat dari peperangan bersenjata, tetapi rakyat Malaysia sudah mati dan pupus kerana kalah di dalam Perang Media yang telah dilancarkan dan dipasang oleh Yahudi ketika melepaskan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka. Hari ini, banyak zombie-zombie yang berdangdut dan berbogel di pentas-pentas dan kaca-kaca televisyen.

Antara senjata-senjata yang telah dilancarkan ialah Realiti TV, Sure Heboh, Gang Starz dan banyak lagi. Tengoklah disekeliling anda, berapa ramaikah zombie-zombie telanjang yang berkeliaran dengan pakaian-pakaian Yahudi? Fikirlah sendiri.

Kedua
Walaupun Malaysia yang dihuni oleh pelbagai agama dan bangsa, namun umat Islam semakin dibasmi secara senyap-senyap oleh pihak-pihak tertentu yang bertopengkan Islam. Contohnya IFC yang semakin mengotori dunia Islam, Islam Liberal yang merendahkan mertabat Islam dan sebagainya. Lihatlah contoh yang dilakukan oleh Lina Joy.

Sekiranya Malaysia dikatakan negara Islam yang menggabungkan agama-agama yang berbeza, mengapa Islam dihina sedangkan agama-agama lain yang sepatutnya berada di bawah, dinaik-naikkan sehinggalah uamt Islam sendiri malu dengan Islamnya. Tengoklah Gubra, Sepet dan Muallaf, filem-filem yang memburukkan Islam tetapi diberi lesen untuk dlakonkan. Fikirlah sendiri.

Ketiga
Benarkah Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya demokrasi? Masalah kroni, rasuah, pengundi hantu dan banyak lagi yang tak larat untuk dinyatakan di sini, anda masih boleh mengatakannya berdemokrasi? Sekiranya mengamalkan sistem demokrasi, mengapa parti-parti lain yang membangkang ditahan dan dihumban di dalam ISA?

Salahkah membangkang parti yang sedang memerintah sekarang? Kalau nak menjadi pemerintah berkuku besi, tak perlulah mengamalkan “sistem demokrasi” yang dimegah-megah. Haramkan sahaja parti selain kerajaan, bukankah lebih mudah. Ini menunjukkan Malaysia mengatakan bahawa mereka mengamalkan sistem demokrasi, tetapi langsung tidak melaksanakannya. Ikirlah sendiri.

Keempat
Malaysia mengekalkan institusi ulama’? saya tergelak lagi buat kali kedua. Berapa ramai ulama’ digam? Perlukah saya senaraikan di sini? Ini belum lagi dicampur darabkan dengan mereka yang diugut dengan pelbagai ancaman. Mungkin mereka mengatakan bahawa “ulama’ yang dikekalkan” adalah Masyitah dan Pirdaus, tetapi kita agak terkilan juga, ke manakah hilangnya yang lain?

Ulama’-ulama’ tersebut telah digam, di ISA kan, dibogelkan, ditahan, diugut, dikecam dan banyak lagi penghinaan terhadap ulama’-ulama’. Masih bolehkah kita mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara Islam? Adakah Masyitah dan Pirdaus sahaja yang akan mengembangkan institusi ulama’? Fikrilah sendiri

Kelima
Ekonomi Malaysia stabil? Stabil dari sudut manakah itu? Stabil pada pandangan menteri-menteri sahaja? Mungkin juga, kerana “ekonomi-ekonomi” menteri sudah sememangnya stabil. Lihatlah istana-istana, kereta-kereta dan kekayaan mereka. Di manakah bantuan-bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada orang-orang miskin? Adakah mereka perlu menunggu pilihanraya empat tahun sekali untuk menerima beras dan kain pelikat?

Masalah AP yang masih kelabu, rasuah dan banyak lagi yang semakin mencemari dunia ekonomi Malaysia. Adakah ekonomi Malaysia dikatakan stabil walaupun seorang sahaja yang kaya? Stabilkah ekonomi Malaysia dengan pembaziran ketika perkahwinan datuk-datuk? Fikirlah sendiri.

Keenam
Keterbukaan Malaysia di dalam setiap urusan terutamanya sukan, sebenarnya menunjukkan kekurangan menterinya. Contohnya dari sudut pemakaian atlet-atlet sukan, yang semakin membogel di dalam kebanyakan sukan dan permainan. Mengapa perlu diikutkan perangai-perangai tersebut? Hendak berlumba lari atau hendak menayangkan body?

Bola sepak untuk wanita? Mengapa perlu mengorbankan maruah gadis-gadis Melayu supaya mereka menjadi lelaki di dalam dunia sukan? Nisa’ Games sudah dianjurkan, mengapa tidak diaplikasikan diperingkat negara? Sukan renang, mengapa sampai begitu sekali atlet-atlet diaibkan? Fikirlah sendiri.

Ketujuh
Malaysia memiliki kemajuan dari sudut luaran sahaja, tetapi jiwa generasi-genarsi yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan Malaysia, semakin dikosongkan dengan hiburan, dan keseronokan yang semakin dipopularkan. Adakah dengan adanya KLCC, negara sudah dikira maju?

Genting Highland? Perjudian? Cinema dan bertimbun lagi maksiat-maksiat di seluruh pelusuk Malaysia, adakah masih ingin mengatakan Malaysia sebuah negara maju? Trend muda-mudi yang tidak bertmadun juga hendak dikatakan maju? Fikirlah sendiri

Kesimpulan
Setiap manusia telah dikurniakan oleh Allah akal supaya digunakan untuk berfikir. Pada saya, persoalan tentang “kelayakan Malaysia sebagai negara contoh” sudah terjawab. Anda boleh bandingkan sendiri. Adakah Bosnia akan menjadi Malaysia yang kedua? Fikirlah sendiri.

http://drfikrah.blogspot.com/2007/06/layakkah-malaysia-dijadikan-contoh_23.html

Dapatkan isu Parlimen dengan layari blog ahli Parlimen PAS

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Baru-baru ini, ahli Parlimen PAS telah menwujudkan satu blog baru bagi menyediakan maklumat tentang hal ehwal Parlimen dan penglibatan ahli Parlimen pembangkang.

Blog tersebut mengandungi profil peribadi ahli Dewan Rakyat dan juga ahli Dewan Negara dari kalangan PAS yang juga turut memuatkan senarai blog ahli Parlimen secara khusus dan blog lain yang berkaitan.

Selain itu, pelawat juga boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai isu semasa yang diperdebatkan di dalam Parlimen serta penyata-penyata rasmi yang dikeluarkan Parlimen.

Ahli parlimen juga berpeluang untuk menyatakan pandangan mereka pada laman tersebut mengenai pelbagai isu khususnya yang tidak diberi ruang kepada mereka bercakap mengenainya di dalam Parlimen.

Pada masa yang sama pengunjung laman akan dapat mengikuti aktiviti bergambar ahli Parlimen serta menyatakan pandangan dan komen mereka secara terus kepada mereka.

Bagi yang belum pernah melayari web tersebut dan ingin mendapatkan info berguna sila layari http://mppas.wordpress.com

-Harakahdaily.net

Ustaz Akil Hayy ditahan JAIS

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Pendakwah dan juga bekas penyanyi kumpulan rock The Riyadh, Ustaz Akil Hayy Rawa mendakwa wujud 'tangan ghaib' bermotif politik yang mengarahkan agar beliau ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
Beliau yang ditahan ketika memberi kuliah di Surau al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada malam 23 Jun lalu mendakwa ada usaha pihak tertentu yang cuba memerangkapnya, katanya semasa ditemui Harakahdaily dalam satu majlis pelancaran album di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, selepas ditahan beliau dibawa dengan ke balai polis dengan kereta peronda polis dengan siren yang dibunyikan seolah-olah dirinya adalah penjenayah yang sangat dikehendaki.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk memburuk-burukkan imej beliau, Akil menganggapnya sebagai ujian Allah memandangkan dalam berdakwah rintangan sebegini adalah biasa. (Harakahdaily)

Syabas kepada Ust. Akil Hayy kerana berani berdepan dengan ujian sebagai pendakwah. JAIS hanya menjalankan tugas. Kita perlu ingat bahawa pemimpin yang dengki dengan dakwah Islam akan ada pada setiap zaman. Bersabarlah.

Apapun, kita perlu berdoa agar Ust. Akil Hayy boleh terus berdakwah khususnya menarik golongan remaja kepada mendekati Islam. Teruskan perjuangan! Takbir!



Bacaan Tahlil di rumah Sdr. Rashid

Remaja Lemas ketika mandi di sebuah tasik terbiar di Bandar Seri Alam, Jalan Tasek.

Ziarah Guru Pasti

Sumbangan Kebajikan

Perasmian Pelancaran Unit Amal Zon Selatan

Mimpi Islam Hadhari

Bak kata pepatah, seperti menegakkan benang yang basah. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk slogan Islam Hadhari anjuran Pak Lah Badawi yang dikenali dengan nama timangan Imam Besar Islam Hadhari.


Saya rasa umum telah dapat menerima bahawa Islam Hadhari bukanlah satu agama baru. Tetapi ramai tidak dapat menerima imej Islam Hadhari yang tidak mencerminkan Islam sebenar. Sebagai contoh ramai di kalangan pemimpin yang berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram, bercium dengan artis tanpa ada bangkangan dari pimpinan tertinggi negara. Seolah-olah perkara tersebut dibolehkan dan diterima sebagai satu amalan yang sejajar dengan prinsip Islam Hadhari yang mereka laungkan menerusi media dan 'roadshow' yang diadakan di segenap ceruk rantau dan juga institusi-institusi kerajaan di seluruh negara.

Suka saya petik satu perenggan dari sebuah laman web pro Islam Hadhari,
Konsep & Falsafah Islam Hadhari
Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah (Islam Fundamental). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. (http://www.islamhadhari.net/v4/prinsip/)

Bila kita lihat prinsip Islam Hadhari di atas, apa yang jelas di mata masyarakat hari ini adalah tiadanya keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual seperti yang digariskan. Apakah yang dikatakan seimbang? Adakah kemajuan akhlak dan spiritual yang seimbang dengan terlaksananya konsert-konsert hiburan seperti Jom Heboh, Gangstarz, Malaysian Idol, atau Akademi Fantasia? Apakah hiburan seperti ini melambangkan kemajuan akhlak rakyat Malaysia yang boleh dibangga-banggakan sama seperti pembangunan material negara? Inilah yang menjadikan rakyat tidak yakin dengan konsep kepemimpinan Pak Lah yang gagal dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai akhlak dan spiritual yang tinggi mengikut acuan hadharinya.

Banteras Punca

Dan hari ini satu lagi isu yang mendedahkan peningkatan kadar penagih dadah yang membimbangkan dari tahun ke tahun.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, usaha membanteras pengedaran dadah sehingga ke peringkat akar umbi masih kurang berjaya apabila statistik menunjukkan peningkatan terhadap jumlah kes yang ditangkap dari setahun ke setahun. (Utusan Malaysia - 23 Jun 2007)
Dalam hal ini saya yakin kerajaan juga sedar akan punca sebenar kepada permasalahan penagihan dadah ini. Kita biasa melihat dalam setiap serbuan yang dijalankan ke atas premis-premis hiburan pasti ada dadah atau pil-pil khayal yang dirampas. Jika benar kerajaan bersungguh dalam membanteras masalah dadah ini maka mereka wajib menutup premis-premis ini atau tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen berkaitan.

Namun, saya yakin tiada apa yang mereka akan lakukan melainkan hanya berslogan sahaja. Slogan anti rasuah yang sampai sekarang tiada hukuman yang diputuskan dalam kes Rasuah Kasitah Gadam dan Eric Chia, dan slogan Islam Hadhari yang menjadi tampalan ke atas Islam sebenar dengan tujuan membenarkan perkara-perkara haram yang mereka lakukan. Dan akhirnya Islam Hadhari akan terus menjadi mimpi mainan tidur Pak Lah Badawi.

Video Sukan Pasti Negeri Johor


Beli VCD Ini?

Ucapan pembukaan sebelum Ceramah Mohd. Sabu - Pemimpin Amanah dan Isu Ijok di Markaz Pas Tmn. Saujana

Ucapan aluan oleh Sdr. Rahim (YDP Pas Pasir Gudang), Sdr. Zulkifli yang dipengerusikan oleh Sdr. Syed Othman (Ketua Pemuda Pas Pasir Gudang).


Ikuti Ceramah seterusnya di sini:
http://dppkpg.blogspot.com/2007/05/video-ceramah-mohd-sabu-pemimpin-amanah.html

BN Parti Perkauman - Ust. Kamal Ashaari

Himpunan besar-besaran Persatuan Penduduk Felda Cahaya Baru

Semalam telah diadakan satu himpunan besar-besaran Persatuan Penduduk Felda Cahaya Baru menuntut hak pampasan hasil penjualan tanah mereka kepada syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) yang masih tertangguh sehingga ke hari ini. Himpunan ini telah dihadiri seramai lebih kurang 400 orang yang bertempat di dataran Pekan Sri Tanjung di sini.

Keris masih jelas terhunus tetapi tiada apa yang diperjuangkan melainkan perut sendiri.

Masih lagi mengundi Barisan Nasional?

Antara resolusi yang dicapai adalah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor dan menuntut pihak kerajaan campur tangan dalam perkara ini.

En. Ahad ketika ditemuramah oleh para wartawan berkata bahawa mereka tiada jalan lain lagi setelah gagal di segi perundangan. Ini kerana syarat-syarat perjanjian yang agak kemas sehingga mereka mati akal. Beliau juga berharap pihak kerajaan campur tangan dalam hal ini.

Persoalannya, apakah penduduk felda cahaya baru tidak belajar dari pengalaman lalu? Perjuangan isu berkaitan rumah rakyat di sini pada satu ketika dulu telah membuahkan hasil. Kejayaan itu adalah hasil desakan pas dan persatuan penduduk yang bersatu ke atas kerajaan negeri ketika itu.

Apa yang diresolusikan kali ini adalah satu langkah ke belakang bila mana persatuan ini mengambil jalan menyerahkan memorandum sahaja. Mereka perlu ingat perkara ini sudah berlarutan selama lebih 10 tahun dan ini adalah suatu jangka masa yang amat lama. Mana campurtangan wakil rakyat, pemimpin umno yang mengaku memperjuangkan bangsa melayu? Di sinilah sepatutnya mereka menggunakan kuasa politik yang dimiliki pemimpin kerajaan ini.

Bagi saya, orang melayu masih lemah dalam memahami konsep politik yang sebenar di negara ini. Siapa lagi pemimpin yang kita harapkan selain pemimpin yang kita angkat dalam pilihanraya? Mereka inilah yang sepatutnya ke hadapan dalam menghadapi isu ini. Tapi apa yang kita lihat tidak sepertimana sepatutnya. Mereka hanya berdiam diri dan lena di kerusi empuk masing-masing.

Sedikit pengajaran yang boleh kita ambil dari Isu Geran Tanah di Ijok yang dituntut kaum india di sebuah estet di sana pada pilihanraya kecil lalu. Mereka bersatu untuk tidak mengundi BN jika geran tanah masih tidak diserahkan walaupun telah 10 tahun mereka hidup sebagai peneroka di situ. Mereka berjaya kerana mereka faham apa erti atau fungsi wakil rakyat yang mereka angkat menjadi pemimpin mereka.



Walaubagaimanapun, saya tidak yakin orang melayu felda cahaya baru akan berani melakukannya sebagaimana penduduk india di Ijok untuk mengubah undi yang sepatutnya diumumkan dalam resolusi himpunan ini jika minda mereka masih tertutup dengan doktrin pemikiran kuno yang mereka warisi sejak dahulu lagi.

Mesyuarat Terakhir Ceramah Perdana Ust. Kamal Ashaari

Pas Cawangan Bandar Seri Alam 2, Jln. Tasek bersama-sama AJK Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang telah mengadakan mesyuarat terakhir malam semalam.

Edar Risalah Jom Heboh di Danga Bay

Dewan Pemuda Pas Johor bersama dengan Unit Amal telah bersama-sama mengedarkan risalah kepada pengunjung Jom Heboh di Danga Bay ahad lalu.


Beberapa risalah yang dikoyakkan oleh pengunjung yang kurang faham. Semoga kita berdoa agar mereka ini diberi hidayah oleh Allah s.w.t.

Ceramah Ust. Kamal Ashaari

Semua Muslimin Muslimat Dijemput Hadir.

PENCERAMAH : Ust. Kamal Ashaari ( EXCO Dewan Pemuda Pas Pusat )

TARIKH : 16 Jun 2007 ( 9.00 Mlm )

TEMPAT : Pasti Al Kauthar 7, Jalan Tasek 22, Bandar Seri Alam, Masai Johor.

ANJURAN : PAS Cawangan Seri Alam 2 DAN Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

* Untuk ke lokasi ceramah sila ikut petunjuk arah dan bendera yang disediakan petugas:

Sambutan Hari Guru Pasti Al-Kauthar

Pada 10 Jun 2007 Pasti Al Kauthar Kaw Pasir Gudang telah mengadakan sambutan hari guru Pasti di sebuah restoran di Kg Pasir Putih Pasir Gudang. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Sdr Mazlan Aliman AJK Pas Pusat dengan tema ‘ Guru Bertakwa Menjana Insan Terbilang’.

Turut hadir di dalam majlis tersebut Sdr Hj Zubaidi mewakili YDP Pas Kaw Pasir Gudang, Sdr Puat Ibrahim Timb Pengarah Pasti Negeri Johor dan AJK Pasti Al Kauthar Kaw Pasir Gudang. Dalam ucapan perasmian Sdr Mazlan Aliman menyarankan guru-guru tidak hanya meningkatkan pencapaian pembelajaran ke atas murid-murid tetapi juga meningkatkan amalan rohani dan jasmani agar dapat menghadapi cabaran dunia semasa. Guru-guru bukan sahaja sewajarnya menumpukan mutu pengajaran tetapi melibatkan diri di dalam jemaah agar ada kesinambungan di dalam pendidikan masyarakat. Adalah diharapakn dengan sambutan ini sedikit sebanyak dapat menghargai jerih perih guru-guru yang mendidik anak-anak bagi mencapai kecemrlangan dunia dan akhirat.

Barang Naik (BN) Salah Siapa?

Kerajaan Umno Barisan Nasional mengetahui kenyataan apa jua yang dirancangkan dan diwartakan pasti akan memberi kesan kepada pengguna dan rakyat negara ini. Apakah mereka hanya memekakkan telinga dan membutakan mata? Tidak, cuma mereka tidak terkesan di atas apa jua perlakuan dan tindakan pengilang, pemborong dan peniaga runcit dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Sudah tentu mereka pemimpin kerajaan (BN) berpendapatan tinggi kalau dibandingkan dengan rakyat rata-rata berpendapatan rendah. Apakah dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang?. Sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan dapat menarik nafas lega di atas kenaikan gaji tetapi bagaimana beban sara hidup dengan kenaikan harga barang masa kini? Bagaimana nasib pekerja swasta, nelayan, dan sektor awam yang terasa akibat kenaikan harga barang masa kini?

Dari kenaikan harga barang hinggalah kenaikan kadar tol dan kenaikan harga minyak, sehingga hari ini memang terbukti kerajaan BN melakukan tindakan zalim terhadap rakyat. Dalam satu kajian di bawah Lajnah Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor yang memantau kenaikan harga barang. Boleh dikatakan kesemua barang dinaikkan harga. Harga minuman panas dan sejuk dinaikkan sebanyak 10 sen.

Hasil tinjauan Jawatankuasa Pengguna Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, terbuktinya di sekitar negeri Johor harga barang telah naik. Tinjauan telah dibuat di beberapa pasaraya, kedai mini, kedai runcit, dan pasar malam. Harga barang terkini adalah seperti berikut:


Barangan

Harga Sebelum

Harga Terkini

Minyak masak 5kg

RM 10.90

RM 13.20

Telur Sepapan Gred A

RM 6.70

RM 8.60

Limau Nipis (1 kg)

RM 5.90

RM 7.90

Milo (1kg)

RM 10. 40

RM 12. 90

Susu F&N

RM 1.80

RM 2.10

Kacang Panjang

RM 1.79

RM 3.00

Ayam (1kg)

RM 4.80

RM 5.80

Cili Kering (1kg)

RM 7.60

RM 8.90

Kacang Bendi (1kg)

RM 3.50

RM 4.50




Inilah sebahagian daripada barangan keperluan harian yang naik hasil dari tinjauan Lajnah Pengguna. Boleh dikatakan bahawa kesemua barang-barang dinaikkan harga. Dengan kenaikan harga barang ini tentunya akan membebankan rakyat berpendapat rendah khususnya dan rakyat amnya. Inikah hasil pembangunan yang dicanangkan. Inikah hasil pembangunan wilayah pembangunan Iskandar yang dijalankan. Adakah inibukti BN mengawal kepentingan rakyat atau ini adalah komplot jahat BN dengan pengilang dan pemborong dengan sengaja menaikkan harga barang?

Pada masa ini para peniaga bebas menaikkan harga barang. Harga sekeping roti canai di Johor adalah 90 sen dan Roti Telur RM 1.80 dan Roti Sardin RM 3. Krisis kenaikan harga barang ini berpunca selepas kenaikan harga tepung. Siapa yang harus kita salahkan? Peniaga atau Kerajaan?

Remaja Oh Remaja

Negara malaysia merupakan sebuah negara yang "advance" berbanding dengan negara-negara Nusantara yang lain dari segi pengamalan ideologi dan gaya hidup barat. Berikut disenaraikan beberapa ideologi dan attitude yang telah dan sedang berkembang di Malaysia dibawah pimpinan kerajaan BN/UMNO dibawah pimpinan Amirul Mukminin Daulah Hadhari: As Sheikh Al-Imam Dato Seri Abdullah Ibnu Ahmad Badawi Al-Hadhari.

Rockers


Chaos Punk


Peace Punk (Anarcho Punk)


Skinheads


Gothic




Rastaman


Black Metal


Rempit



Lesbian


Bohsia dan Bohjan


Nyah (Pondan / Bapok)


Ini hanyalah sebahagian daripada apa yang berlaku di Malaysia. Persoalannya, apakah tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah dan gejala sosial ini? adakah dengan menganjurkan lebih banyak konsert? jomheboh? realiti tv (AF, Malaysian Idol, etc), Mengadakan pertandingan karaoke?, perhimpunan Abu lahab rempit? main sukan 50 jam tanpa henti? atau terjun kat kutub utara?

Catatan: Gambar diatas adalah sekadar bukti kebejatan gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Bukan niat untuk memalukan atau menghina tuan empunya diri atau sengaja menyebarkan dan mempertontonkan bahan lucah kepada pihak umum.

Mesyuarat Persiapan Ceramah Ust. Kamal Ashaari

Semalam Pas Cawangan Bandar Seri Alam Jalan Tasek telah mengadakan mesyuarat persiapan untuk ceramah penerangan Pas oleh Ust. Kamal Ashaari, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor.

Rukun Baiah Siri 1 - Ust. Azam Razak



Download Video
Beli VCD

Pas Pasir Gudang hantar perwakilan ke Muktamar Pas Ke-53

Pas Kawasan Pasir Gudang telah menghantar 5 orang perwakilan untuk menghadiri Muktamar Pas di Pusat Tarbiyan Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa minggu lepas. Dari kiri Sdr. Rahim (YDP), Sdr. Syed Othman (Ketua Dewan Pemuda Pas), Hj. Azhari Mohd. (TYDP), Sdr. Haini Harun(SU) dan Sdr. Zubaidi (PSU).

Klik untuk melihat gambar sekitar Muktamar.

Parti Karaoke Melayu Malaysia

Nama jolokan seperti ini nampak kelakar tapi memang sesuai ditujukan kepada Pemuda Umno Mersing yang berjaya menganjurkan pertandingan karaoke Perdana di Sekolah Menengah Ungku Husin Endau bulan lalu. Pemuda Pas Pasir Gudang amat kesal dengan pendekatan yang Pemuda Umno gunakan untuk menarik golongan muda menyertai umno dengan aktiviti hiburan sebegini. Kita semua perlu sedar dan memahami bahawa sesungguhnya dalam Islam, Matlamat tidak menghalalkan cara.

Lihat sajalah cara berpakaian anak-anak muda melayu yang dipupuk pemimpin yang menjadikan agama di tingkat yang kedua selepas nafsu mereka.

Dipetik dari sebuah laman web pemuda umno,

... bahawa menjadi tanggungjawab Pergerakan Pemuda UMNO untuk memberi kesedaran, keinsafan dan membimbing halatuju anak-anak muda ke jalan yang di redhai Allah.

"Anak-anak muda di sini akan dipastikan mempunyai jatidiri yang kukuh bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan negara di masa akan datang," tambahnya.

Dalam hal ini kita dapati Pemuda Umno Mersing telah gagal membentuk anak-anak muda ini dengan mengadakan hiburan yang melalaikan seperti ini. Mana mungkin mereka boleh membentuk anak-anak bangsa yang cintakan agama bilamana konsert hiburan menjadi asasnya?

Dan semalam Kementerian Pelancongan mengumumkan satu Konsert Karaoke besar-besaran yang diadakan selama 50 jam tanpa henti. Program yang akan di adakan di taman tasek titiwangsa ini jelas membuktikan budaya Karaoke yang telah menjadi kebiasaan dalam pimpinan Umno Barisan Nasional. Jadi sekarang telah terbukti di depan mata kita bahawa pemimpin Umno memang menghalalkan apa yang haram di atas tiket pelancongan, parti, melayu dan seumpamanya. Adakah ini semua bertepatan dengan konsep Islam Hadhari?

Perbahasan yang hambar



Ramai para perwakilan menyatakan mutu perbahasan yang hambar dan saya melihat dari sudut ini kurangnya persediaan sebelum membahas ucapan presiden. Yang menarik hanyalah pemuda yang mempunyai sikap terbuka menegur saf kepimpinan dewan ulama’ yang tidak turun ke padang. Dalam perbahasan tersebut pemuda mengajak ulama’ sama-sama dengan pemuda dalam siri-siri demonstrasi tidak hanya majlis ilmu sahaja. Perwakilan yang lain nampaknya tidak kritik pemimpin yang memegang lajnah-lajnah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ulama’ juga dilihat kurang proaktif dalam menangani isu-isu yang sedang hangat diperkatakan pada hari ini sebagai contoh permasalahan pelaburan internet. Ulama’ dikatakan lambat bertindak.

Lajnah penerangan juga telah disentuh oleh perwakilan tetapi sayangnya tidak bagi lajnah-lajnah yang lain. Sepatutnya inilah masanya untuk kita menegur saf kepimpinan. Bukan hanya kita pandai mengkritik di belakang sahaja tetapi kita mesti berani mengkritik secara terbuka.

Dan saya percaya dewan ulama’ menerima kritikan ini dengan hati yang terbuka. Inilah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh saf kempimpinan. Bukan seperti umno yang hanya pandai mengampu pemimpin mereka dalam setiap kali perhimpunan agung parti mereka.

Perbahasan tahun ini juga kebanyakan tertumpu kepada isu demokrasi dan SPR serta isu murtad. Boleh dikatakan semua perwakilan negeri-negeri menyentuh isu tersebut sehinggakan mereka terlupa untuk beri tumpuan kepada saf kepimpinan yang bakal dibentuk untuk menghadapi satu perkara yang lebih besar iaitu Pilihanraya Umum ke-12.

Saya tidak mengatakan bahawa isu murtad tidak penting Cuma para perwakilan terleka tentang saf kepimpinan yang bakal dibentuk. Sedangkan saf kepimpinan yang dipilih ini bakal menerajui gerakerja pas dalam pilihanraya umum kali ini. Tetapi sayangnya tidak ada kritikan yang membina untuk ahli jawatankuasa pas pusat untuk mereka post-mortem kelemahan yang ada sepanjang mereka menerajui jawatan tersebut.

Begitu juga dengan usul yang dibawa semuanya diterima tanpa dibahaskan. Satu atau dua usul sahaja yang nampak diperbahaskan. Mungkin ada antara perwakilan yang hanya tahu duduk sahaja dan tidak tahu peranan sebenar mereka menjadi wakil kepada pas negeri.

Kebanyakan para perwakilan tak sabar untuk menunggu keputusan siapakah bakal timbalan presiden. Perkara ini yang lebih hangat diperkatakan oleh para perwakilan yang menenggelamkan isu perbahasan. Pergilah ke gerai-gerai dan warong-warong yang disinggahi oleh mereka. Semuanya mempercaturkan siapakah yang bakal menjadi timbalan presiden dan saya juga turut ditanya oleh pemerhati. Saya disapa oleh seorang yang agak berumur, “awak perwakilan ke?” dan saya akui memang saya perwakilan dengan menunjukkan kad pas perwakilan saya. “boleh tak ust. Nasharuddin mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden ataupun ust. Harun taib menang?” Saya hanya mampun tersenyum dan membalas,”kita tunggulah keputusannya pada esok hari.” Ini menunjukkan pemilihan timbalan presiden hangat diperbincangkan. Agaknya kenapa ye?

Bisik-bisik para perwakilan

Mengapa Ust. Harun Taib meninggalkan Dewan Ulama’ dan bertanding sebagai naib presiden sedangkan beliau mempunyai kedudukan yang tertinggi sebagai ketua dewan ulama’. Ramai dari perwakilan tertanya mengapa dan kenapa ust. Harun lawan ust. Nasharuddin?

Apakah ust. Nasharuddin tidak berkaliber sebagai timbalan presiden sehingga beliau dicabar oleh ust. Harun. Ataupun ust. Nasharuddin tidak menunjukkan kematangannya dalam menjalankan tugas sebagai timbalan presiden? Ataupun ust. Nasharuddin bukan seorang ulama’ dan mungkin beliau dipandang sebagai golongan professional. Inilah yang sedang diperkatakan oleh para perwakilan di kedai-kedai dan warung-warung.

Apapun pengundian telah pun dijalankan pada petang tadi. Persoalan hari ini kalau ust. Nasharuddin tewas di manakah beliau akan ditempatkan. Adakah beliau akan kembali diletakkan sebagai setiausaha agung? sedangkan tempat ini telah disandang oleh dato’ kamarudin. Andaikata ust. Harun taib tewas dimana pula beliau akan ditempatkan. Isu ini kalau dibincang makin lama makin menarik dan berbagai andaian dan spekulasi timbul. Adakan ust. Nasharuddin akan diletakkan sebagai ajk tambahan seandai dia kalah? Sedangkan beliau sebelum ini sebagai timbalan presiden dan ust. Harun taib sebagai ketua dewan ulama’.

Adakah mereka ini akan redha dengan kekalahan yang akan dihadapi. Kita maklum bahawa mereka dikalangan ulama’ yang mungkin akan redha dengan kekalahan mereka. Tapi ini adalah kehendak perwakilan. Tapi di hati kecil mereka siapa yang tahu?

Bagaimana pula pandangan ahli-ahli politik yg lain? Dan mungkin ramai yg tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Hanya saf kepimpinan sahaja yang tahu dalam hal ini. Bagi kita, kita bimbang akan menimbulkan suatu suasana politik yang kurang menarik yang akan mendapat kritikan dan serangan yang hebat dari pihak musuh.

Saya percaya isu ini akan diputarbelitkan oleh pihak media memandangkan kedua-duanya adalah tokoh yang berkaliber. Ramai di kalangan perwakilan agak keliru untuk memberikan undi pada mereka ini. Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak.

Dan agak pelik juga mengapa ust. Harun taib seorang tokoh ulama’ tiba-tiba bertanding untuk jawatan timbalan presiden? Dan apakah ust. Nasharuddin bukan seorang tokoh ulama’? cakap-cakap politik yang menyatakan ust. Nasharuddin orang yang dikira terlalu muda untuk memegang jawatan tersebut. Tetapi mengapa sebelum ini beliau dipilih sebagai timbalan presiden dan mendapat sokongan daripada perwakilan? Ataupun untuk perubahan kepimpinan ulama’ memandangkan era kepimpinan ust. Harun taib seorang tokoh ulama’.

Dalam suasana hari ini pas akan menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa sahaja. Dan saya pasti isu ini akan hangat diperkatakan oleh media untuk bahan pilihanraya pihak lawan(Umno).

Apakah akan berlaku perpecahan selepas ini? Apapun kita mendoakan mudah-mudahan dengan terbentuknya jawatankuasa pas pusat ini yang dijangka keputusannya akan diumumkan pada petang sabtu atau pun ahad pagi akan memantapkan lagi kepimpinan pas.

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular