Usrah Bersama Ust. Abbas

Malam tadi seperti biasa telah diadakan program usrah di Pejabat Pas Kawasan Pasir Gudang. Usrah pada kali ini dibawa oleh Ust. Abas. Beliau telah menyampaikan beberapa peringatan dan pengisian rohani khusus kepada ahli Pas dari cawangan-cawangan di sekitar Pasir Gudang.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan kepentingan ahli Pas untuk mendalami ilmu agama agar dapat seterusnya memimpin masyarakat kepada agama. Beliau yakin bilamana semua ahli Pas contohnya boleh menjadi imam di surau atau masjid sudah pasti ia akan dapat membantu ahli Pas melaksanakan tugas sebagai pendakwah dan pejuang kepada agama Allah ini.

Program usrah diakhiri dengan satu mesyuarat cawangan Permas Jaya yang membincangkan hal penubuhan Pasti di sebuah rumah flet di Permas Jaya. Wakil dari Permas Jaya, Sdr. Mazlan amat berharap agar Pasti dapat ditubuhkan di kawasan perumahan beliau memandangkan Pasti adalah satu strategi bagi Pas melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada masyarakat.

Pengerusi Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang, Sdr. Haini memberi pandangan yang positif berkaitan penubuhan Pasti tersebut. Namun begitu beliau meminta agar Ajk Pas di Permas Jaya meneliti kesesuaian lokasi Pasti yang bakal didirikan kelak. Secara jujur beliau lebih suka rumah lot tepi yang mana mematuhi kehendak undang-undang terhadap mana-mana tadika.


Beliau turut menegaskan bahawa tuan rumah itu perlu jelas bahawa premis Pasti hendaklah dibenarkan untuk diadakan mesyuarat cawangan Pas dan apa jua aktiviti Parti. Beliau optimis bahawa ramai lagi tuan rumah yang bersifat terbuka dengan membenarkan Parti Pas menyewa rumah mereka untuk dijadikan Pasti hatta memacakkan bendera Pas di halaman rumah mereka.

Video Ceramah Ust. Idris Ahmad di Tmn. Air Biru

Cawangan Taman Mawar Gerak Strategi Pasang Bendera

Pada pagi Ahad yg lalu, Pas Cawangan Taman Mawar telah bersama-sama Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang telah memasang 2 bendera di persimpangan masuk ke Taman Mawar. Gerakarja ini dilaksanakan sebagai satu strategi MTD dalam menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.





Bantuan Fakir Miskin di Kg. Pasir Gudang Baru

Semalam Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang telah memberi bantuan kepada 10 keluarga di Kg. Pasir Gudang Baru. Program dihadiri Ust. Idris Ahmad, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

Motivasi Pagi Bersama Ust. Idris Ahmad

Pagi tadi setelah qiyamulail dan solat subuh secara berjamaah, Ust. Idris Ahmad telah menyampaikan kuliah subuh yang berkonsepkan motivasi dan pengisian rohani kepada petugas Pas.





Dengarkan rakaman audio sepanjang program ini:








"Kita perlu ingat bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan dan bukan kita menamatkan perjuangan. InsyaAllah kita tak akan berasa kecewa."

"...nak buat mcmane? Dah kewajipan (berjuang). Sanggupkan kita biarkan Nabi dihina? Islam dihina?"

"...apa yang nk dibanggakan bila anak muda pakai pakaian bollywood dan hollywood, kes murtad dan mcm2 lagi?..."

Ceramah Ust. Idris Ahmad di Tmn. Air Biru

Malam tadi Ust. Idris Ahmad, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat telah turun ke Perjiranan 9, Tmn. Air Biru untuk menyampaikan ceramah beliau. Ucapannya telah membuka minda para pendengar yang hadir. Fakta yang tepat dan telus telah memberi keyakinan kepada masyarakat di sini bahawa Umno bukan lagi membela nasib Melayu apatah lagi Islam.

"Kalau kita lihat dahulu semasa pemerintahan British hanya 147 orang Islam yang murtad, tapi pada zaman Islam Had Hari lebih 250,000. Apakah Umno benar-benar memperjuangkan Islam?" sindir beliau.


Dengarkan rakaman audio sepanjang program ceramah ini:








"...masjid yang dikuasai Ajk dari kalangan Umno kebanyakannya mati sebab tak ada kuliah. Dia takut kuliah agama nanti orang akan faham Islam. Bila faham Islam automatik dia sokong Pas..."

"...seorang ketua trafik pernah memberi kenyataan bahawa mat rempit yang ditangkap kosong agamanya. "

"...ada pemimpin umno cadang kelab malam dibuka sehingga 5 pagi. Yang dijual di kelab malam pil-pil khayal, kenapa tidak diharamkan sahaja tempat-tempat maksiat macam ni?"

"...Umno gagal pertahan hak melayu dalam isu WPI. Memang di dada akhbar hartanah di Johor Bahru meningkat tapi apa nasib melayu?"

"...sehingga sekarang pemimpin umno tak mampu nak buat macam Kelantan buat. Skim kifalah yang mana waris dapat RM2500 untuk urusan jenazah dan pengebumian."

Mesyuarat Penubuhan UPU Cawangan Tmn. Mawar

Pas Cawangan Tmn. Mawar pada Selasa yang lalu telah mengadakan mesyuarat penubuhan Unit Peti Undi(UPU) bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Petanda-petanda awal seperti kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan baru-baru ini serta rentak jentera pemuda Umno dan Umno itu sendiri yang dipaparkan di dada akhbar menjelaskan tanggapan ramai penganalisis politik di Malaysia.

Justeru itu penubuhan jawatankuasa UPU di setiap cawangan perlu digerakkan bagi mengenalpasti pengundi-pengundi di cawangan berkenaan.

"Adalah suatu yang mustahil setiap ahli di cawangan ini tak kenal jiran sebelah atau satu jalan di rumahnya. Kenali mereka dan faham fikrah mereka," Kata Sdr. Azhari selaku Ketua MTD Dun Permas Jaya yang juga merangkap Timbalan YDP Pas Kawasan Pasir Gudang.

Selain itu UPU berperanan mengadakan program ziarah di setiap rumah pengundi sasaran yang berpotensi untuk mengundi Pas. Aktiviti ceramah kemolpok, edaran risalah dan program kemasyarakatan juga perlu diperhebat bagi menyediakan ruang bagi memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai matlamat perjuangan pas yang diperjuangkan sejak dahulu.

Benarkah Kos Satu Tiang Berharga RM 27,680?

Kerja-kerja memasang tiang lampu bercorak layang-layang telah dipasang di kawasan sekitar Bukit Layang-Layang bermula sejak bulan Februari yang lalu sempena meraikan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang 2007.

Namun yang menjadi persoalan adalah harga sebuah tiang yang terlalu tinggi. Jika benar maka kerajaan negeri Johor telah melakukan satu pembaziran duit rakyat kearah perkara yang tidak perlu. Walaubagaimanapun, isu ini akan dibawa dalam dewan rakyat untuk memastikan sejauh mana kebenaran ini.

Derma Sumbangan Fakir Miskin di Kg. Pasir Gudang Baru

Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang akan meneruskan program Sumbangan Fakir Miskin di Kg. Pasir Gudang Baru pada hari Ahad 27/6/2007. Program dijangka bermula jam 9.30 pagi dan akan berakhir lewat tengahari. Sehubungan dengan itu, program edaran risalah akan diadakan pada petangnya selepas asar dengan sasaran kepada remaja mat motor di lampu isyarat Masjid Jamek Pasir Gudang yang setiap minggu menunjukkan aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.

Dalam menjayakan program ini kami telah memungut derma dari sahabat-sahabat dalam jemaah Pas melalui ceramah dan usrah yang diadakan di beberapa tempat di Pasir Gudang. Namun kami masih memerlukan lagi sumbangan dalam bentuk kewangan dari mana-mana individu yang berminat untuk membantu golongan daif ini.

Sumbangan anda boleh di masukkan ke dalam akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang.

Bank Islam - 01087010019872

Di sini, Dewan Pemuda Pasir Gudang ingin melahirkan rasa kesal dengan kenaikan harga barang yang telah menekan keluarga-keluarga berpendapatan rendah seperti nelayan-nelayan di Kg. Pasir Gudang Baru. Kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan menambah beban yang mereka tanggung dengan susulan kenaikan harga gula dan tepung dan barangan keperluan yang lain. Kami yakin bahawa kenaikan gaji ini hanyalah gimik politik untuk meraih sokongan kakitangan kerajaan dalam pilihanraya umum yang akan berlaku tidak lama lagi.

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust. Ridhuan Tee Abdullah

Lajnah IT Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang telah bersama-sama dengan Persatuan Penduduk Tmn. Bukit Dahlia bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada Sabtu lepas. Dengarkan rakaman audio sepanjang program ceramah ini:










Murid-murid Pasti Al-Irfan Tmn. Bukit Dahlia menyanyikan lagu Rasulullah hasil karya Kumpulan Hijjaz.


Ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat sekitar.


Beli VCD Ini?

Siapa Punya Angkara?


Baru-baru ini kami dapati beberapa papan tanda cawangan Pas telah diconteng. Siapakah yang melakukannya? Dari penelitian kami ia bukanlah diconteng remaja tapi ia lebih dilakukan oleh orang yang rasa irihati pada parti Pas. Tuan-tuan lihat papan tanda berhampiran yang tidak diganggu. Kami telah pun membuat laporan polis dan pihak yang terbabit angaplah ini sebagai amaran. Jangan lakukan perbuatan kebudak-budakan seperti ini.

Sukan Pasti Negeri Johor 2007

Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang telah menghantar pemain Bola Sepak dan Bola Jaring ke sukan Pasti Negeri Johor yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Marathon Bola Jaring Terlama (50 Jam) & Teramai

Umno Cawangan Tmn. Mawar sedang mengadakan pertandingan Bola Jaring yang boleh dianggap keterlaluan. Bayangkanlah bilamana anak-anak muda dibiarkan bersukan walau jam sudah menunjukkan jam 5 pagi. Memang tidak dinafikan kumpulan-kumpulan yang bertanding tidak bertanding berterusan tapi adakah wajar mereka melakukan aktiviti sukan pada malam sehingga dinihari? Adakah semata-mata hendak mengejar nama mereka tercatat dalam Malaysia Book Of Records dengan memperkudakan anak-anak muda kita yang saya yakin 80 peratus melayu Islam? Adakah Islam mengajar aktiviti sebegini? Adakah Umat Islam ingin mengikut jejak barat? Makan dan bersukan secara ekstrem?




Suka diingatkan di sini bahawa Melayu memang mudah diperbodohkan setelah terjadi isu-isu yang tidak dapat ditutup lagi seperti kes Istana Isu Datuk Zakaria Md Deros, rasuah Ketua Pengarah BPR, dan Pembunuhan Altantuya. Sudah memang sejak azali lagi politik tabir sebegini yang menjadi trend Umno dulu kini dan selamanya. Akhir sekali Melayu la mangsanya...


Melayu dilekakan dengan hiburan yang membuatkan mereka meredakan segala kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka. Lihat saja JomHeboh di Perak yang terang-terang kufur terhadap nasihat Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria.

Isu PBT Roboh Gerai di Felda Cahaya Baru

Dewan Pemuda Pas hari ini telah bersama dengan keluarga mangsa kebiadaban PBT yang tiada toleransi ketika menjalankan tugas mereka. Mereka merobohkan gerai atas alasan pemilik yang gagal mendapatkan permit premis dari PBT.

Menurut Jamaluden, beliau telah dua kali ke pejabat PBT di pusat bandar pasir gudang namun tidak dilayan dan berlarutan sehingga sebulan. Apa yang dikesalkan di sini adalah sikap melulu pegawai yang bertugas. Mereka hanya seperti lembu yang dicucuk hidung. Bila diajak berbincang mereka seolah-olah tidak ada seorang manusia pun di depan mereka. Begitu juga pemandu jentera yang diupah entah berapa ringgit. Melayu memang patut pun dikatakan bangsa yang bodoh sebab memang tak boleh berfikir mana yang baik atau buruk.

"Saya telah pun mengajak mereka berbincang dan beri peluang bagi saya membela diri. Geran tanah yang saya tunjukkan kepada mereka dianggap seperti kertas tak laku." kata Jamaluden.


Wartawan Harakah, Sdr. Salman bersama dengan Syed Othman di lokasi perobohan di Felda Cahaya Baru.


Jamaluden juga mendakwa bahawa pihak polis menggari tanggannya seperti penjenayah dan dibawa ke balai polis.

Syed Othman menunjukkan gambar gerai yang dirobohkan yang terletak di bahu jalan menuju ke Loji Air Cahaya Baru.


Keluarga ini berharap kejadian yang menimpa mereka tidak akan berlaku kepada orang melayu yang lain. Mereka berharap kes ini akan mendapat pengadilan yang sewajarnya.

PBT Roboh Gerai Atas Tanah Milik Persendirian

Tengahari tadi Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang telah membuat laporan polis berkenaan kes PBT merobohkan premis gerai di Felda Cahaya Baru atas alasan tiada mendapat kelulusan dari mereka. Sdr. Syed Othman, Ketua Pemuda Pas Pasir Gudang telah bersama-sama dengan wartawan Harakah, Sdr. Salman mendapatkan butiran kes ini. Pemilik premis tersebut, Jamaluden B. Ali juga mengakui bahawa beliau dilayan secara tidak beretika oleh pegawai polis yang turut bersekongkol dalam perobohan gerai terbabit.




Petang ini akan diadakan press conference dengan akhbar dalam jam 3ptg ini di lokasi perobohan.

Jadual Tuisyen anjuran Dewan Muslimat Pas

Dewan Muslimat Pas Pasir Gudang telah menganjurkan Kelas Tuisyen Percuma di Pasti Al-Kauthar Tmn. Saujana, Plentong. Jadual seperti di bawah:

Sabtu 19/5/2007 - Sains 10.00 - 11.00 pagi
Rabu 23/5/2007 - Matematik/Matematik Tambahan 8.30 - 9.30 mlm
Khamis 31/5/2007 - Program Motivasi Diri Oleh Ust. Sani 8.30 - 9.30 mlm
Sabtu 2/6/2007 - English 10.00 - 11.00 pagi
Rabu 6/6/2007 - BM/Sejarah/Geografi 8.30 - 9.30 mlm

Hubungi:
Faizah - 019 7613680
Norasiah - 012 7447401

Ceramah Maulidur Rasul oleh Ust. Khairul Azhar di Pasti Al-'Irfan Jln. Nenas 10, Tmn. Kota Masai


Sumbangan Keluarga Daif di Taman Cendana


5 keluarga telah dipilih untuk menerima sedikit sumbangan barang keperluan harian dari Pas Pasir Gudang pagi tadi. Mereka telah dipilih berdasarkan maklumat yang diberikan oleh wakil Pas cawangan Tmn. Cendana.



Wakil penduduk blok 53, En. Atan B. Talib mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pas prihatin terhadap kesusahan yang dialami sebahagian penghuni rumah pangsa di sini.





Bagi pihak pas Pasir Gudang, program sumbangan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk berkongsi kesusahan yang ditanggung golongan sebegini.

Mesyuarat Penubuhan UPU Cawangan Megah Ria


Futsal Bersama Remaja


Ceramah oleh Ust. Ismail Noh di Markaz Tmn. Dahlia










Malam tadi sempat kami menghadiri satu ceramah anjuran Pas Cawangan Taman Dahlia dan mendengar ceramah atau pengisian yang disampaikan oleh Ust. Ismail Noh, YDP Pasir Mas. Dengarkan rakaman audio di sini:








Ceramah didahului dengan ucapan aluan dari Sdr. Syed Othman, Ketua Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang:







Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.


Video Ceramah Ust. Azman Shapawi di Markaz Pas Tmn. Mawar

Ucapan Aluan dari Sdr. Rahim Ahmad, YDP Pasir Gudang dan dikuti oleh Sdr. Syed Othman B. Syed Abdullah, Ketua Pemuda Pas Pasir Gudang.



Ceramah Ust. Azman Shapawi

Usrah bersama Ust. Roslan - Pengorbanan

Dengarkan rakaman audio sepanjang usrah:







Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.

Video Ceramah Mohd. Sabu - Pemimpin Amanah dan Isu Ijok di Markaz Pas Tmn. Saujana




Antara isi ucapan beliau yang menarik adalah mengenai Pemimpin BN yang seolah-olah berkiblatkan Barat. Contoh dalam isu polis wanita yang ingin memakai tudung. Bila pihak pembangkang memperjuangkan hak golongan sebegini langsung tak dilayan, tapi bila kerajaan United Kingdom benarkan polis wanita memakai tudung barulah kerajaan Malaysia benarkan.

Kalau dulu kita biasa dengar negara tak kan maju bila ikut Islam, tapi bila Iran berjaya menjalankan teknologi nuklear baru pemimpin2 sekular membuka mata. Islam sebenarnya membawa kemajuan bukan kemunduran yang digembar-gemburkan oleh media barat dan juga negara Malaysia yang tercinta ini.

Orang melayu ni bila diberi tanggungjawab seperti PPRT, T.Haji dsb. semua lingkup disebabkan tidak amanah.

Ceramah Ust. Azman Shapawi di Markaz Pas Tmn. Mawar

Ceramah Ustaz Azman Shapawi yang diadakan buat pertama kali di Tmn. Mawar mendapat sambutan yang menggalakkan. Dapat saya lihat beberapa orang penyokong yang saya difahamkan telah lama 'sejuk' atas sebab-sebab yang tertentu. Dengan adanya program-program sebegini saya yakin lebih ramai lagi ahli dan penyokong yang akan terpanggil untuk turut serta dan kembali beraksi di medan perjuangan ini.

Sebahagian dari jemputan yang hadir.

Ustaz Azman Shapawi memang mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam ucapannya. Aspek isu semasa telah hadam dalam fikirannya apatah lagi hal-hal berkaitan agama. Antara lain dia juga mempunyai suara iras Tn. Guru. Hj. Abdul Hadi Awang.

Dengarkan rakaman audio sepanjang program ceramah ini:









Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.

Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor 2007/2009

Perwakilan kawasan-kawasan kelihatan sedang mendengar perbahasan ucaptema Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor.

Sistem Pengundian Berkomputer yang telah dibangunkan oleh Lajnah IT Pas Negeri Johor telah melancarkan proses pengundian untuk pemilihan AJK Pas Negeri Johor sessi kali ini.


Saf kepimpinan Pas Johor sessi 2007/2009.












Sebahagian dari respon oleh barisan Exco terhadap perbahasan, cadangan dan komen yang dikemukakan oleh perwakilan.



Lihat Video Montaj Perasmian:

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor 2007/2009

Dewan Pemuda Pas Kawasan telah menghantar 12 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Pemuda Pas Johor kali ke-35 ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Mahfuz Omar, AJK Pas Pusat.




Klik untuk dengar Ucaptema Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor:








Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.

Klik untuk dengar Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor:








Download Flash Player jika anda tidak dapat mendengar rakaman ini.

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular