Derma Sumbangan Fakir Miskin di Kg. Pasir Gudang Baru
Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang akan meneruskan program Sumbangan Fakir Miskin di Kg. Pasir Gudang Baru pada hari Ahad 27/6/2007. Program dijangka bermula jam 9.30 pagi dan akan berakhir lewat tengahari. Sehubungan dengan itu, program edaran risalah akan diadakan pada petangnya selepas asar dengan sasaran kepada remaja mat motor di lampu isyarat Masjid Jamek Pasir Gudang yang setiap minggu menunjukkan aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.
Dalam menjayakan program ini kami telah memungut derma dari sahabat-sahabat dalam jemaah Pas melalui ceramah dan usrah yang diadakan di beberapa tempat di Pasir Gudang. Namun kami masih memerlukan lagi sumbangan dalam bentuk kewangan dari mana-mana individu yang berminat untuk membantu golongan daif ini.
Sumbangan anda boleh di masukkan ke dalam akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang.
Bank Islam - 01087010019872
Di sini, Dewan Pemuda Pasir Gudang ingin melahirkan rasa kesal dengan kenaikan harga barang yang telah menekan keluarga-keluarga berpendapatan rendah seperti nelayan-nelayan di Kg. Pasir Gudang Baru. Kenaikan gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan menambah beban yang mereka tanggung dengan susulan kenaikan harga gula dan tepung dan barangan keperluan yang lain. Kami yakin bahawa kenaikan gaji ini hanyalah gimik politik untuk meraih sokongan kakitangan kerajaan dalam pilihanraya umum yang akan berlaku tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan