Kursus Kewartawan bersama Ahmad Lutfi Othman

Pas Negeri Johor di bawah Unit ICT Pas Johor telah menganjurkan Kursus ICT dan Kewartawanan di Pejabat Pemuda Negeri di Simpang Rengam.

Lawatan Ir. Nizar Jamaludin ke Kg. Baru Plentong Tengah







YB. Dato' Ir. Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak

Ceramah Husam Musa - Isu Perobohan Rumah Setinggan Kg. Baru Plentong Tengah











Ceramah Pelancaran Tabung Kemanusiaan Kg. Baru Plentong Tengah

Kerajaan Kelantan memberi bantuan sebanyak RM10,000 sepertimana yang diumumkan oleh Dato' Husam Musa dalam ceramahnya.

"Perjuangan Pas adalah menuju keredhaan Allah, Umno berjuang untuk poket sendiri" - Husam Musa.


Pelancaran Tabung Kemanusiaan Kg. Plentong Baru Tengah.


Mazlan Aliman menggesa agar rakyat memastikan pemimpin yang dipilih perlulah berakhlak dan mengecam rakyat yang terus menerus menyokong pemimpin Umno yang banyak terlibat dengan kes rasuah dan salahguna kuasa.


Husam Musa bersama Rakyat Kg. Baru Plentong Tengah

Di atas dasar simpati, Pas Negeri Johor telah bersama dengan Pas Kawasan Pasir Gudang bagi menyempurnakan program mengumpul dana bagi penduduk Kg. Plentong Baru Tengah. Program penerangan diadakan di surau kampung tersebut dengan kehadiran kira-kira 300 orang peduduk.


Ketua Perhubungan Umno Cawangan Kg. Plentong Baru Tengah dalam ucapannya mengakui pemimpin Umno tidak membela nasib rakyat.


Sdr. Mazlan Aliman, memberi perbandingan bagaimana wilayah Guangzhou di negara Komunis China yang sebesar negeri Johor mampu memberi tanah kepada semua rakyatnya. Namun di Malaysia, akibat ada kerajaan negeri di bawah pimpinan Umno yang hendakkan kemajuan (baca komisen dari pemaju) daripada membela nasib rakyat.

Sdr. Mazlan Aliman membawa isu ladang babi di Melaka di mana FRU dengan penghadang diri dan belantan tidak berani melakukan kekerasan kepada penternak-penternak babi. Kita dapat lihat di sini FRU lebih takutkan penternak babi daripada rakyat melayu khususnya.





Dato' Husam Musa hadir ke Kg. Plentong Baru Tengah bagi memberi sokongan dan simpati kepada warga penduduk di situ. Menurutnya, di Kelantan rakyat diberi masa untuk berunding serta diberi pampasan.

Menurutnya, Umno telah hilang pedoman dan sekarang Umno sendiri telah meletak racun dalam periuk nasi rakyat yang mengundi mereka dulu. Beliau berharap penduduk bersabar dan beliau merasakan bahawa nasib malang ini adalah kaffarah dosa mereka mengundi Umno sejak 50 tahun yang lalu.



Sidang akhbar bersama wartawan akhbar berbahasa Cina. Manakala wartawan akhbar melayu pula bersekongkol memperbodoh-bodohkan bangsa Melayu dengan tidak bersama melaporkan isu ini walaupun isu ini telah menjadi isu utama negara masa kini.

Ucapan Syed Othman ketika Perasmian Pusat Aduan Rakyat PKR



ISA Bukti kezaliman Umno - Saari Sungip











Bongkar Korupsi Pentadbiran Negeri Johor



Ceramah Dato' Husam Musa

Ceramah Dato' Husam Musa, Dato' Mahfodz dan Anuar Tahir

Tarikh: 23/11/2008 (Ahad)
Tempat: Markaz Pas Tmn. Saujana, Plentong.
Masa: 9 mlm

Semua Dijemput Hadir.

Rumah Pangsa Skudai Kanan membahayakan keselamatan penduduk

Baru-baru ini, Sdr. Syed Othman telah dilantik menjadi Pengerusi Badan Bertindak Rumah Pangsa Skudai Kanan bagi membantu menyelesaikan masalah keretakan dan kebocoran dinding dan lantai rumah yang serius.






Ikuti ulasan Pas Johor Bahru.

Pencerobohan Tanah Peneroka Gunung Pulai

Peneroka tanah ini telah mendapat PTD dari Kerajaan Negeri namun sebuah kontraktor telah melaksanakan projek tanpa kebenaran dari Kerajaan. Setelah berjumpa dengan Pejabat Tanah dan BPR akhirnya projek ini diminta dihentikan.




Perasmian Pusat Aduan Rakyat PKR




Kemaskini Dokumen Pusat Aduan Rakyat Dun Permas


Sdr. Syed Othman sedang menyusun semula keratan-keratan akhbar berkaitan isu yang berjaya diselesaikan beliau untuk dipersembahkan kepada ahli korporat yang ingin menyumbang kepada Pusat Aduan Rakyat Dun Permas Disember nanti.

Antara yang boleh dimuatkan di sini:







Pusat Aduan Rakyat Dun Permas, secara tidak rasminya telah dijalankan sejak 10 tahun yang lalu yang mana diselia sendiri oleh Syed Othman atas dasar keprihatinan beliau terhadap kebajikan masyarakat.

Bagi menyebarluaskan lagi keupayaan pusat ini, kami memohon agar individu yang berkemampuan dapat membiayai keperluan pejabat ini di akaun:

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

No. 32, Jalan Mawar 33, Tmn. Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Akaun Bank Islam - 01087010019872

atau terus hubungi Syed Othman - 013 7511818

Ceramah Hanipa Maidin - Tmn. Air Biru







Ceramah YB Shaari Sungip [Pengumuman]

Ceramah Pakatan Rakyat

Penceramah: YB. Shaari Sungip (ADUN Hulu Kelang)

Tarikh: 15/11/2008 (Sabtu)
Tempat: Jln. Tasek 22, Bandar Seri Alam.
Masa: 9.30 mlm.

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Peguam Pas - Hanipa Maidin



Ihitfal Pasti Al-Kauthar 2008














Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular