SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam dan tidak lupa kepada semua sahabat yang mengenali saya kalau ada terkasar bahasa harap di maaf kan. Teruskan perjuangan ini ...

Kronologi Kampung Baru Plentong Tengah


SELAMATKAN
KAMPUNG KAMI

Kronologi Kampung Baru Plentong Tengah :

1984 - 1986 :

KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT)

1987

PTG telah kurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). !!! KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2kali dalam masa dan waktu yang sama.!!!

( Mosbert Berhad (MB) Jet Ace Const (JAC) Oakfield Ent ( OE )

1989 - 1993

Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan diatas sokongan serta galakan daripada Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417,307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10% drpd harga jualan telah diSONGLAP oleh Peguam yang dilantik.!!!

1994 - 1995

KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dgn bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10% dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE.

1996

OE telah menjual KBPT kpd Bukit Lenang Devp

Persoalannya , perlukah kami akur dengan penindasan ini ?

1999

PENEMPATAN SEMULA - Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yg ditawarkan & hanya 123 yg terima kurnia.

2000

RUMAH IBU - BLD menawarkan utk membina rumah ibu di Penempatan Semula, Tapi TIPU.!!!

2006

TAWARAN MUHIBAH #1 - Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 10K + RM 2K, KAMI ajak runding, BLD buat derk.!!!

2007

RUMAH MESRA RAKYAT - Seramai 134 Penduduk yg dikurniakan Penempatan Semula menghadiri temuduga Syarikat Perumah Negara Berhad, tapi takde respond.

2007

TAWARAN MUHIBAH #2 - BDL tawarkan RM 2K dan bina jalan di Penempatan Semula, KAMI ajak runding, BDL buat derk jugak.!!! Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak plak, tapi tipu gak.!!!

2007

RUMAH KOS RENDAH - 67 generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui Tn Hj Baha (Pegawai Khas DSK), tapi diPENDAM sehingga OGOS, 2008

15 hb OGOS 2008

KALAH DI MAHKAMAH - Hampir 3K Penduduk KBPT hendak dihalau dari KAMPUNG HALAMAN KAMI.!!!

SIAPA PEMBELA KAMI


Inilah Perjuangan Kami,
Dalam Menuntut Hak Kami,
Kg Baru Plentong Tengah

Disediakan Oleh
JENTERA KOMUNITI BELIA
JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB) KBPT

Bantuan Fakir Miskin Berbuka Puasa di Tmn. Air Biru








Bantuan Fakir Miskin di Permas Jaya






IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISIKIN DI PLENTONG

Tidak kira apa parti sumbangan tetap di beri


kelihatan Pak Joe ..banyak bantu saya untuk cari

warga misikin
terima kasih banyak banyak"...Kak murni



Ibu tunggal yang baru kehilangan suami
Hari ini saya sekali lagi pergi ke kampung Plentong untuk beri sumbangan kepada fakir misikin dan ibu tunggal ..turut hadir kak murni dan Puan Ros ,terima kasih juga kepada Pak joe yang turut membantu saya ..sepuluh keluarga yang dapat kami beri sumbangan .syed othman.20.090.08.

SAYA TERIMA UJIAN ALLAH

Saya dapat maklumat daripada rakan rakan kelab penyokong yang di mana penderitan seorang ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya Rm 700 sebulan dan beliau mempunyai anak seramai tiga orang yang masih bersekolah ,Beliau tinggal diBlock ketapang. Terima kasih kelab penyokong atas maklumat 18.09.08

BANTUAN DI KAMPUNG PLENTONG

Pak joe yang berbaju dan wak man.di hadapan rumah wak man

Akak jual kuih nak sara anak anak

Pada !6 .9.08 saya sempat beri sumbangan kepada penduduk kampung Plentong seramai lima keluarga.walaupun hanya saya seorang saja kerana rakan rakan lain semua kerja jadi saya terpaksa seorang diri.wak man yang tak berbaju beliau sara istri yang kurang sihat dan berkerja sebagai nelayan.Pak joe pun sama kerja nelayan .

PUSAT ADUAN RAKYAT(ABANG IPAR JUAL ANAK SAYA)

saya terima aduan dari mangsa yang dimana beliau mengadu anak beliau berusia dua bulan telah di jual oleh abang ipar sendiri ketika kejadian mangsa berada di dalam penjara selama empat bulan ,mangsa telah buat laporan polis tetapi belum ada tindakkan sudah tiga kali laporan polis di buat ..walaupun beliau tahu dimana anak beliau berada kerana telah di beritahu oleh abang ipar ..kes ini saya serah pada peguam dan satu kenyatan akhabar akan di buat dalam masa terdekat.Aduan di terima pada 11. 9 2008. mangsa telah saya bawa jumpa peguam..untuk tindakkan.

Lawatan Dewan Ulamak - Ust. Khir

Bantuan Fakir Miskin di Kg. Pasir Gudang Baru

Pas kawasan Pasir Gudang telah memberi bantuan kepada sejumlah 46 keluarga yang miskin di Kg. Pasir Gudang Baru. 15 keluarga telah diberi semalam dan hari ini lagi 31 keluarga.


Bergambar di rumah salah seorang penerima zakat.




Maklumlah, Kg. Pasir Gudang Baru berhampiran laut.










Sdr. Rozi (Bendahari PASTI) menyampaikan duit zakat kepada Ibu Tunggal.


Kakak ini menyara 6 orang anak kecil.


Sumbangan Fakir Miskin di Tmn. Cendana

Pagi tadi kami telah selesai memberi sumbangan kepada fakir miskin di Tmn. Cendana. Sejumlah 20 keluarga telah disaring oleh petugas cawangan Tmn. Cendana yang diketuai saudara Kelana bagi memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan zakat.

Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada mereka sila
berhubung dengan saudara Kelana (h/p 013 7884001) atau Syed Othman (h/p 013 7511818).





Perjumpaan di perkarangan Masjid Jamek Tmn. Cendana.


Syed Othman(Arab) banyak cari sponsor beras.


Kelana, Hamized dan Khairul(SB)

Otot Khairul(SB) yang besar tidak disia-siakan.


Ibu tunggal dapat sumbangan.


Cepatlah, mana beras ni?


Ibu Tunggal


Bantuan untuk Nenek yang menjaga anak(ibu tunggal) dan 4 orang cucu yang seorang darinya OKU.


Sdr. Kelana yang banyak membantu Pas mengenalpasti fakir miskin.


Ibu tunggal yang menjaga 3 cucu.


Ibu tunggal yang menjaga 3 cucu.


Ibu tunggal berasal dari Madura.



Sebatang kara...

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular