KAMI BAKAL DI HALAU
Penduduk Kampung saya bersama YB DR Boo
Kami dah meneroka Kampung ini hampir 25 tahun .Kampung Baru Plentong Tengah dan mendapat sokongan dari pada wakil rakyat kami..sekarang ni kami bakal di halau keluar tanpa pampasan yang sewajarnya walaupun kami dah habis beribu ringit untuk membeli tanah ini.tetapi semua nya sia sia sahaja malahan kami di tipu oleh pihak tertentu.. nak harap wakil rakyat kami tolong kami..muka dia pun tak nampak pasal tu saya jemput wakil PKR untuk dengar rintihan kami. ..kata salah seorang penduduk pada saya .Pada 5.8.2008. saya sekali lagi melawat kampung tersebut,bersama dengan Yb Dr Boo Adun Skudai . isu ini akan beliau sebut dalam sidang dun yang akan bermula pada 9.8.2008 walaupun sebelum ni saya dan penduduk dah usaha macam macam termasuk buat demo di hadapan pejabat Mb dengan harapan MB akan dengar rintihan penduduk kampung ,tapi MB pun buat tak tahu sahaja walaupun penduduk kampung adalah penyokong kuat umno .
1 ulasan:
Catat Ulasan