Sdr. Halim PKR



Mazlan Aliman

Ceramah TG Hadi Awang di Tmn. Mawar







Persembahan oleh Azhan Atan

NILAI SENDIRI


GAMBAR INI BARU AKU DAPAT ..SAYA ADA BACA SATU ARTIKEL YANG DI MANA PENGAKUAN BERSUMPAH OLEH THAGARAJOO A/L THANGAVELU DALAM AKUAN BERSUMPAH INI THAGARAJOO MENDEDAHKAN BAHAWA DATOK SERI NAJIB DAN ISTERINYA ROSMAH MENGUNAKAN KHIDMAT SEORANG BOMOH HINDU YANG DI KENALI SEBAGAI MR JI BAGI TUJUAN KESELAMATAN DIRI DAN KUASA...NILAI SENDIRI

Mutiara Kata untuk Guru Pasti dan Pendokong Gerakan Islam.

Rumah Terbuka Pas Negeri Johor










‘Israel’ robohkan penempatan rakyat di Johor

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Sudah tiada perkataan lain lagi yang sesuai bagi mengambarkan kezaliman Kerajaan BN melainkan memanggil mereka sebagai ‘Israel Malaysia’. Kes perobohan rumah-rumah rakyat marhaien bagi memberi laluan golongan korporat dan aristokrat BN meraih keuntungan atas nama projek pembangunan bukanlah perkara baru. Kali, ini mereka tunjukkan sekali lagi kezaliman mereka tanpa memikirkan untung nasib rakyat yang kini tertekan dengan sikap sombong pemimpin Bn dan juga balaci-balaci mereka ini.

Malaysiakini Berita 1: 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah diroboh

Oleh Abdul Rahim Sabri

Kira-kira 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah yang tidak berpenghuni di kampung tersebut, telah dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju semalam.

Tindakan itu diambil selepas penduduk enggan berpindah ke penempatan sementara sementara. Kampung tersebut akan dimajukan sebagai kawasan komersil.

Dalam operasi semalam, 27 penduduk serta aktivis ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah di situ. Mereka bagaimana telah dibebaskan pada hari yang sama dengan ikatjamin.

Setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk kampung tersebut, Taslim Nani, berkata sejumlah 310 keluarga terbabit tidak bersetuju berpindah ke penempatan sementara itu.

Katanya, ia kerana mereka tidak mahu dipisah-pisahkan memandangkan lokasi penempatan sementara terletak di tempat yang berasingan.

Bagaimanapun, Taslim menegaskan sekali lagi bahawa penduduk terbabit bersedia berpindah ke kawasan baru di Bukit Dagang, kira-kira 50 km dari situ.

“Kami sepakat untuk berpindah, tetapi rumah di tapak ganti di Bukit Dagang belum siap, dan belum ada kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik serta jalan.

“Kami tetap akan berpindah ke sana bila semuanya siap,” katanya

Ditanya mengapa mereka enggan berpindah ke penempatan sementara itu, Taslim berkata, ia merupakan rumah sewa yang perlu dibayar sendiri oleh penduduk terbabit.

Penduduk juga, tambahnya, akan berdepan dengan masalah jika berpindah ke kawasan rumah sementara itu

Menurutnya, ini kerana ramai penduduk bekerja sendiri termasuk berniaga, dan tentulah sukar bagi mereka memulakan perniagaan baru di tempat sementara itu.

Ditanya mengenai keadaan di kampung itu hari ini, Taslim berkata, beliau tidak pasti, tetapi sehingga ini tiada kerja perobohan rumah dilakukan.

Katanya, pihaknya sedang menunggu keputusan rayuan mereka di mahkamah berhubung isu tersebut.

Malaysiakini Berita 2 : 27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah dirobohkemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.

Oleh Abdul Rahim Sabri

Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.

Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah. [sumber]

Keganasan Polis, Tribut Kepada Pejuang Kg Baru Plentong Tengah

Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam dikejutkan dengan keganasan pihak polis yang dihadiri oleh 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, mula dibangunkan sekitar tahun 1984 iaitu antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan kawasan itu selepas mendapat perintah mahkamah dengan merobohkan rumah-rumah kosong yang sudah ditinggalkan.

Keganasan pihak polis berlaku sebaik sahaja beberapa amaran dikeluarkan oleh pihak polis untuk menyuraikan penduduk yang membuat benteng manusia kira-kira 500 orang penduduk biarpun wakil peguam Sdr Hassan Karim(Presiden PRM) dan Sdr Mazlan Aliman(AJK PAS Pusat) sedang berbincang dengan pemaju dan pihak polis untuk tidak merobohkan dahulu rumah-rumah tersebut memandangkan rumah tersebut masih ada barang dan bertuan.

Anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU)semacam dirasuk kerana merempuh benteng manusia tersebut, seperti yang diceritakan oleh Sdr Andre Zulkarnain(Bendahari PAS Pasir Gudang) dimana polis memberikan masa 10 minit untuk bersurai dan tiba-tiba tidak sampai seminit penduduk dihenyak,dilibas dihayun dan disebat dengan rotan dan cota yang mengakibatkan kecederaan dan ada pakaian yang koyak.

Di maklumkan juga ,polis mensasarkan 9 orang wakil penduduk untuk ditangkap dahulu dan polis juga mengherdik serta memarahi penduduk yang membawa anak-anak mereka dan semasa rempuhan inilah 57 orang ditangkap termasuk dua orang wanita, disumbat kedalam dua lori polis dan dibawa ke balai polis Taman Johor Jaya.

Saya sendiri kebalai polis selepas solat maghrib untuk memberikan sokongan moral kepada mereka yang ditahan. Dikhabarkan masih tinggal Sdr Syed Othman (bekas calon PAS Dun Permas) yang belum dibebaskan dan kira-kira jam 7.45 malam setelah mereka semua solat berjemaah maghrib bersama mereka semua keluar bersalaman dan berpelukan sesama mereka biarpun idealogi politik mereka sangat berbeza.

Sebelum pulang ketua cawangan Umno kampung tersebut Mohd Shahari Mohd Sham mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dengan nada terharu mengucapkan terima kasih kepada Sdr Syed Othman dari PAS yang kata ketua cawangan Umno tersebut semasa rempuhan polis siang tadi beliau jatuh diperut Syed Othman.

Mereka semua dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang dan diminta untuk melapor diri di balai polis Taman Johor Jaya pada 30 Oktober jam 8 pagi.

Saya difahamkan penduduk bukannya tidak mahu berpindah, tetapi mereka meminta tempoh untuk membangunkan rumah ditanah Bukit Dagang yang terletak kira-kira 50km dari Plentong yang khabarnya tidak ada infrastruktur awam yang sempurna seperti sekolah, jalan raya, air dan elektrik. - pasjohorbahru.com

Rumah Terbuka Pas Johor di Pasir Gudang [Pengumuman]


Tarikh: 18/10/2008 (Sabtu)
Tempat: Jln. Mawar 35, Tmn. Mawar.
Penceramah: TG. Hj. Abd. Hadi Awang & Dr. Boo Cheng How (Ketua Pembangkang Johor)

Aturcara
Jamuan: 7.30mlm
Ceramah: 9.30 mlm

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular