‘Israel’ robohkan penempatan rakyat di Johor
Sudah tiada perkataan lain lagi yang sesuai bagi mengambarkan kezaliman Kerajaan BN melainkan memanggil mereka sebagai ‘Israel Malaysia’. Kes perobohan rumah-rumah rakyat marhaien bagi memberi laluan golongan korporat dan aristokrat BN meraih keuntungan atas nama projek pembangunan bukanlah perkara baru. Kali, ini mereka tunjukkan sekali lagi kezaliman mereka tanpa memikirkan untung nasib rakyat yang kini tertekan dengan sikap sombong pemimpin Bn dan juga balaci-balaci mereka ini.
Malaysiakini Berita 1: 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah diroboh
Oleh Abdul Rahim Sabri
Kira-kira 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah yang tidak berpenghuni di kampung tersebut, telah dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju semalam.
Tindakan itu diambil selepas penduduk enggan berpindah ke penempatan sementara sementara. Kampung tersebut akan dimajukan sebagai kawasan komersil.
Dalam operasi semalam, 27 penduduk serta aktivis ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah di situ. Mereka bagaimana telah dibebaskan pada hari yang sama dengan ikatjamin.
Setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk kampung tersebut, Taslim Nani, berkata sejumlah 310 keluarga terbabit tidak bersetuju berpindah ke penempatan sementara itu.
Katanya, ia kerana mereka tidak mahu dipisah-pisahkan memandangkan lokasi penempatan sementara terletak di tempat yang berasingan.
Bagaimanapun, Taslim menegaskan sekali lagi bahawa penduduk terbabit bersedia berpindah ke kawasan baru di Bukit Dagang, kira-kira 50 km dari situ.
“Kami sepakat untuk berpindah, tetapi rumah di tapak ganti di Bukit Dagang belum siap, dan belum ada kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik serta jalan.
“Kami tetap akan berpindah ke sana bila semuanya siap,” katanya
Ditanya mengapa mereka enggan berpindah ke penempatan sementara itu, Taslim berkata, ia merupakan rumah sewa yang perlu dibayar sendiri oleh penduduk terbabit.
Penduduk juga, tambahnya, akan berdepan dengan masalah jika berpindah ke kawasan rumah sementara itu
Menurutnya, ini kerana ramai penduduk bekerja sendiri termasuk berniaga, dan tentulah sukar bagi mereka memulakan perniagaan baru di tempat sementara itu.
Ditanya mengenai keadaan di kampung itu hari ini, Taslim berkata, beliau tidak pasti, tetapi sehingga ini tiada kerja perobohan rumah dilakukan.
Katanya, pihaknya sedang menunggu keputusan rayuan mereka di mahkamah berhubung isu tersebut.
Malaysiakini Berita 2 : 27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah dirobohkemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.
Oleh Abdul Rahim Sabri
Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.
Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.
Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.
Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.
Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.
Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.
Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.
Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.
Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.
Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.
Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.
Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.
Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah. [sumber]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan