Keganasan Polis, Tribut Kepada Pejuang Kg Baru Plentong Tengah

Kg Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam dikejutkan dengan keganasan pihak polis yang dihadiri oleh 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, mula dibangunkan sekitar tahun 1984 iaitu antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan kawasan itu selepas mendapat perintah mahkamah dengan merobohkan rumah-rumah kosong yang sudah ditinggalkan.

Keganasan pihak polis berlaku sebaik sahaja beberapa amaran dikeluarkan oleh pihak polis untuk menyuraikan penduduk yang membuat benteng manusia kira-kira 500 orang penduduk biarpun wakil peguam Sdr Hassan Karim(Presiden PRM) dan Sdr Mazlan Aliman(AJK PAS Pusat) sedang berbincang dengan pemaju dan pihak polis untuk tidak merobohkan dahulu rumah-rumah tersebut memandangkan rumah tersebut masih ada barang dan bertuan.

Anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU)semacam dirasuk kerana merempuh benteng manusia tersebut, seperti yang diceritakan oleh Sdr Andre Zulkarnain(Bendahari PAS Pasir Gudang) dimana polis memberikan masa 10 minit untuk bersurai dan tiba-tiba tidak sampai seminit penduduk dihenyak,dilibas dihayun dan disebat dengan rotan dan cota yang mengakibatkan kecederaan dan ada pakaian yang koyak.

Di maklumkan juga ,polis mensasarkan 9 orang wakil penduduk untuk ditangkap dahulu dan polis juga mengherdik serta memarahi penduduk yang membawa anak-anak mereka dan semasa rempuhan inilah 57 orang ditangkap termasuk dua orang wanita, disumbat kedalam dua lori polis dan dibawa ke balai polis Taman Johor Jaya.

Saya sendiri kebalai polis selepas solat maghrib untuk memberikan sokongan moral kepada mereka yang ditahan. Dikhabarkan masih tinggal Sdr Syed Othman (bekas calon PAS Dun Permas) yang belum dibebaskan dan kira-kira jam 7.45 malam setelah mereka semua solat berjemaah maghrib bersama mereka semua keluar bersalaman dan berpelukan sesama mereka biarpun idealogi politik mereka sangat berbeza.

Sebelum pulang ketua cawangan Umno kampung tersebut Mohd Shahari Mohd Sham mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dengan nada terharu mengucapkan terima kasih kepada Sdr Syed Othman dari PAS yang kata ketua cawangan Umno tersebut semasa rempuhan polis siang tadi beliau jatuh diperut Syed Othman.

Mereka semua dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang dan diminta untuk melapor diri di balai polis Taman Johor Jaya pada 30 Oktober jam 8 pagi.

Saya difahamkan penduduk bukannya tidak mahu berpindah, tetapi mereka meminta tempoh untuk membangunkan rumah ditanah Bukit Dagang yang terletak kira-kira 50km dari Plentong yang khabarnya tidak ada infrastruktur awam yang sempurna seperti sekolah, jalan raya, air dan elektrik. - pasjohorbahru.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular