Syariat Islamiyah Satu Alternatif

1. Negara kita kini sedang dilanda Bencana Sosial bahkan telah mencetus malapetaka yang sangat menggerunkan. Ia dapat dilihat sendiri dengan mata kepala kita bagaimana berlakunya peningkatan kadar jenayah , rogol , zina , buang bayi dan sebagainya.

2. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan cadangan mereka untuk berdepan dengan bencana sosial yang semakin dahsyat ini. Sebahagian menggesa agar satu hukuman berat mandatori iaitu bunuh mati ke atas pesalah seperti perogol dan pembunuh bayi .

3. Selain penyelesaian dalam bentuk pendekatan , penjelasan , pendidikan , pencegahan dan pengawalan , hukuman juga adalah sebahagian dari penyelesaian yang perlu dikaji dan difikirkan .

4. Ternyata sistem pendekatan , penjelasan , pendidikan , pencegahan dan pengawalan termasuk hukuman yang ada pada hari ini [ yang telah diterima pakai sejak sekian lama negara merdeka ] gagal dan tidak berkesan . Saya kira perlu ada perubahan kepada sistem yang ada .

5. Menghormati pandangan pihak - pihak lain yang mengemukakan pandangan masing - masing malah jelas mereka mahukan satu hukuman berat dikenakan ke atas penjenayah kerana perkiraan mereka kini masyarakat hampir hilang sabar untuk terus berdiam diri menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan bencana sosial yang semakin menakutkan , maka saya sekali lagi menyokong pandangan al Mursyidul Aam PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berpengalaman sebagai ketua kerajaan negeri lebih 20 tahun agar undang - undang syariah dijalankan dalam negara kita .

6. Undang - undang syariah juga satu daripada alternatif , setelah lebih 50 tahun rakyat menyaksikan indeks sosial yang semakin hari semakin buruk bahkan kini telah merosakkan masyarakat dan peradaban mereka . Justeru undang - undang syariah menepati pakej penyelesaian yang diperlukan oleh negara dan walaupun perlaksanaannya hanya ke atas orang - orang Islam tetapi kesan positifnya [ rahmah dan barakahnya ] akan meliputi keseluruh negara dan meliputi isinya.

7. Antara pakej penyelesaian yang saya maksudkan itu ialah bagaimana undang - undang syariah memiliki rangkaian seperti :

  • pendidikan dan pentarbiyahan
  • pencegahan dan pengawalan
  • pembinaan dan pemuliharaan
  • pembicaraan dan penyelidikan
  • keadilan dan ketelusan
bahkan perlaksanaan undang - undang syariah Islamiyah juga bermaksud untuk memelihara dan mengawal kesejahteraan :

  • Agama
  • Nyawa
  • Aqal
  • Harta
  • Keturunan
8. Cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tepat pada masanya dan ia menjadi satu alternatif yang perlu difikir dan diterima oleh semua pihak termasuk pihak pemerintah negara hari ini agar mereka segera menggubal undang - undang jenayah syariah setelah negara memiliki peraturan dan undang syariah dalam muamalah [ perbankan Islam ] dan munakahat [ nikah cerai secara Islam ] .

9. Sebelum ini negara telah memiliki dwi sistem dalam negara dan ia diterima tanpa sebarang masaalah . Sistem syariah dalam urusan ekonomi dan nikah cerai boleh diterima dalam negara kita dan ia terpakai ke atas ummat Islam sahaja , kenapa tidak diwujudkan pula sistem syariah dalam urusan jenayah yang juga terpakai ke atas ummat Islam sahaja . Dari sini , fungsi dan peranan mahkamah syariah boleh diperluaskan . Bukan sahaja membincangkan soal nikah cerai , harta pusaka tetapi juga soal jenayah .

10. Saya dengan segala kerendahan diri tidak boleh bersetuju dengan pandangan agar cadangan dan pandangan mengenai undang - undang syariah termasuk hukum hudud [ qanun jenayah syariah ] dihentikan perbahasannya buat masa ini kerana bimbang tidak mendapat sokongan non muslim dan bimbang juga kita kalah dalam pilihanraya . Lebih - lebih lagi mahu mendiamkan diri dan menyembunyikan undang - undang syariah ini di saat jelas kelihatan ummat Islam memerlukannya pada hari ini bagi membebaskan mereka dari bencana sosial yang melanda.

11. Janganlah kita biarkan ummah terkapai - kapai mencari dahan berpaut untuk selamat dari dibawa arus jahiliyyah moden hari ini sedang kita mempunyai bahtera penyelamat [ Islam ] untuk menyelamatkan mereka . Kalaupun syariah Islam itu tidak boleh dilaksanakan sekarang kerana kekangan kuasa maka jadikanlah ia peluang untuk memberi ilmu [ education ] kepada masyarakat mengenai undang - undang syariah . Kerana sebelum ini selalu dilaungkan antara sebab kenapa undang - undang syariah tidak boleh dilaksanakan ialah kerana masyarakat belum memahaminya . Soalnya sampai bila rakyat nak faham jika kita menghentikan penjelasan dan perbahasannya mengenainya ?

12. Saya mengambil pendekatan untuk manafaatkan situasi tenat yang sedang dihadapi oleh negara hari ini untuk mereka melihat bahawa syariat Islamlah sebagai alternatif dan pilihan terbaik yang ada pada mereka untuk mereka keluar dari ancaman dan bencana sosial yang melanda mutaakhir ini . Kerana sistem sedia ada tidak boleh diharapkan lagi . Malah semua orang setuju agar dibuat pindaan bahkan mereka cadang hukuman yang lebih berat .

13. Saya tegaskan , kenapa tidak beri peluang kepada syariah Islam dalam keadaan masyarakat memerlukan satu alternatif. Saya menghormati cadangan yang mahukan hukuman yang lebih keras kerana mereka juga telah hilang keyakinan terhadap hukuman yang ada sekarang . tetapi perlu diinsafi juga bahawa hukuman keras semata - mata tidak juga boleh menyelesaikan masaalah seperti hukuman bunuh [keras] ke atas pengedar dadah telah berkuatkuasa sejak sekian lama namun dadah masih teredar dengan luasnya dalam negara kita sehingga ia mudah diperolehi.

14. Jika isunya kerana ummat islam masih belum memahami , maka janganlah kita terus diamkan perkara ini kerana ia akan membuatkan mereka terus dalam keadaan tidak faham sampai bila - bila . Sebaliknya perlu diberikan penjelasan dan saya kira tidak sukar untuk memberikan penjelasan kepada mereka pada hari ini . Malah saya saya cadangkan agar pihak PAS mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan secara hikmah kepada masyarakat non muslim malah kepada masyarakat Islam juga yang masih ramai keliru mengenai undang - undang syariah ini setelah sekian lama ianya ditinggal dan diabaikan .

15. Secara praktisnya , undang - undang syariah ini bukan perkara baru dalam negara kita . Ianya pernah dilaksanakan di zaman awal negara kita seperti di Terengganu , Kelantan dan Melaka . Justeru itu , saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat membuat komitmen sekali lagi bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia menemui siapa jua dan memberikan penjelasan secara baik , terbuka dan lapang dada kepada mereka yang mahu mengetahui mengenai undang - undang syariah , bagaimana ia berfungsi , kejamkah undang - undang ini ? dimana keadilannya ? apakah keadilannya ? apakah hikmah perlaksanaannya dan mengapa ia sebagai alternatif yang sewajarnya diterima pakai .

Ust Nasrudin Hassan At-Tantawi

Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi

GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.

Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.

Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.

Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.

"Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau.

Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.

Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.

"Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini. Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

harakahdaily.net

Menjejaki Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu










Menjejak Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu
2010-08-14T13:13:00+08:00
Izzul Islam
Tokoh dan Sejarah|

Nama Rosli Dhobi memang tercatat dalam buku sejarah.Tapi beliau
hanya dikenali sebagai seorang pemberontak yang mati di tali
gantung kerana terlibat membunuh Gabenor Sarawak.Kisah sebenar
beliau tidak banyak dipaparkan kepada umum.

Alhamdulillah kesempatan berkunjung ke Sibu bersama rombongan
Lujnah Tanah PAS Pusat selama seminggu dapat menambah maklumat
kami berkaitan tokoh pejuang kemerdekaan di bumi Kenyalang itu.

Tidak terfikir dibumi yang pernah diperintah oleh keluarga di
Raja Brooke,tanpa pondok atau pasantren tiba tiba muncul anak
muda yang berjiwa agama bangkit menentang penjajahan British
di atas wadah Islam.Tidak terdengar nama tokoh tokoh agama ketika
itu di bumi Sarawak seumpama nama nama Tuan Guru Hj Hasan Monas
yang popular sebagai Tok Janggut di Kelantan ,atau sehebat Haji
Abdul Rahman Limbung dan Tokku Paloh di Terengganu,Syeikh
Samad Palembang yang menentang Siam di Kedah atau sekurang
kurangnya seperti Mat Kilau,Imam Rasul alias Tok Gajah dan Dato
Bahaman Orang Kaya Semantan di Pahang yang sempat berguru
dengan Tokku Paloh ulama besar di Terengganu itu.





Rupa rupanya Allah telah mentakdirkan dibumi Sarawak yang
diperintah penjajah itu munculnya seorang anak muda dalam usia
16 tahun yang kalau hari ini nya,masih dibangku sekolah dan tidak
pernah faham akan perjuangan.Itulah pemuda Rosli Dhobi yang
menggerakan pergerakan pemuda Rukan 13 yang menjadikan ibadah
solat sebagai teras utama dalam perjuangannya.

Berkunjung ke rumah nenek Halimah Dhobi yang berusia 81 tahun
kakak kepada Rosli yang masih hidup telah mengimbau kembali
nostalgia silam 60 tahun yang lalu kisah kehebatan dan pengorbanan
seorang anak muda yang bencikan penjajahan hingga sanggup
mengorbankan nyawanya bersama 3 sahabat yang lain demi
Islam dan tanahair tercinta.

Pada 1946 ketika keluarga Raja Brooke yang memerintah
Sarawak menyerahkan kuasa kepada British,berlaku kebangkitan
rakyat menentang kemasukan Brirish ke Sarawak.

Pemuda bernama Rosli ,yang dikatakan mendapat bimbingan daripada
Awang Rambli Hamit seorang peguam bertindak berani menulis surat
amaran kepada Gabenor baru yang kedua Sir Duncan Stewart supaya
tidak datang ke Sarawak.Surat dari remaja kampong itu tentu
sekali dipandang sebelah mata oleh ‘orang putih’.Penjajah Inggeris
tidak pedulikan amaran budak kampong itu.

Disember 1949,belum sempat Gabenor itu menikmati dan meratah
hasil bumi Sarawak,perutnya terburai di kawasan berhampiran anak
sungai Rajang di Bandar Sibu yang hari ini terletaknya bangunan
Lembaga Pelabuhan.Barangkali Sir Duncan Stewart ketika itu baru
saja samapai ke Sibu melalui jalan air.Pemuda Rosli Dhobi bukan
pemuda bacul,amaran telah diberi,dia merasa bertanggungjawab
untuk memberi pengajaran kepada penjajah yang angkuh sebelum
mereka meratah hasil bumi rakyat Sarawak.

Dengan laungan Allahu Akbar,anak muda yang berusia 16 tahun itu
meluru ke arah Gabenor British itu,tanpa membuang masa senjata
‘badik dalam genggamannya dibenamkan sepuas puasnya ke perut
Gabenor itu hingga rebah ke bumi.Orang ramai bertempiaran lari.
Tentera tentera pengiring Gabenor tentu sahaja terkejut beruk
dengan kejadian yang tidak diduga.Rosli ditangkap,dan anda
bayangkanlah sahaja apa yang terjadi ke atas beliau selepas itu.
Gabenor yang parah dibawa ke Singapura untuk dirawat.Tiga hari
kemudian norang putih itu menemui ajalnya.

Rosli bersama tiga rakannya merengkok dipenjara Kuching.Kesempatan
dalam tahanan beliau mengutus surat kepada ibu bapanya
menasihatkan mereka agar bersabar dan berdoa untuk keselamatan
dirinya dan rakan di dalam tahanan.Dia juga berpesan agar diadakan
solat hajat moga diberi bantuan dari Allah.

Beberapa ketika ditahanan sementara menunggu
keputusan pengadilan,tentera gurkha datang ke rumah kakaknya
Halimah yang sedang mengandung,memintakan sijil beranaknya,
katanya untuk proses pembebasan Rosli.Kakak Halimah tentu gembira
sekali dengan perkhabaran tersebut,tanpa berfikir panjang diserahkannya
sijil beranak adiknya mudah mudahan Rosli yang dirinduio akan
dibebaskan segera.

Jangkaan Halimah jauh meleset.Surat beranak yang membuktikan
adiknya itu baru berusia 16 tahun dan tidak boleh dihukum mati kerana
masih juvana telah dikhianati British.Tarikh lahirnya telah diubah
supaya melebihi 18 tahun.Maka layaklah Rosli dijatuhkan
hukuman mati.Begitulah qada’ dan takdirnya yang tentu sekali tak
dapat dilupakan keluarga Rosli yang masih hidup hinggalah ke saat ini.

Sebelum dijatuhkan hukuman mati, Rosli sempat mewasiatkan
kepada keluarganya dalam surat terakhirnya supaya sentiasa bersabar,
berilah didikan agama kepada anak anak dan jangan lupa
perbanyakkan kebajikan dan jangan tinggalkan solat untuk bekalan
di hari baqa’.

Empat puluh tahun berlalu,selepas dijatuh hukuman mati,mayatnya
tak dibenarkan dilihat ahli keluarga.Jasadnya terus berada di penjara
Kuching walau negara sudah merdeka. Dia masih tak dihargai
sebagai pejuang.Hinggalah pada tahun 1996, selepas berbagai
desakan, kerajaan membenarkan pusaranya bersama tiga rakan
yang lain dipindahkan ke Makam Pahlawan di Masjid Sibu.

Tetapi ada kejadian aneh berlaku yang menjawab teka teki selama l
ebih 40 tahun. Pusara Rosli kosong, tiada tulang rangka, gigi,
maupun rambut. Berbeza dengan 3 sahabatnya yang ditemui tulang
rangka, gigi dan rambut.

Benarlah cerita cerita dahulunya,isteri kepada Gabenor yang mati
dibunuh sangat berhajat untuk menatap wajah pemuda yang
berani membunuh suaminya itu. Rosli dikatakan tidak digantung,
tetapi dibawa ke England untuk diperlihatkan kepada isteri Gabenor.
Di sana kemungkinan dia disiksa, dibunuh, dicincang atau dicampak
ke laut, wallahu a’lam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Menurut catatan pada batu nesan di makam pahlawan tarikh kematian
mereka adalah berbeza. Rosli dan Morshidi Sidek dijatuhkan hukuman
mati pada 2 Mac 1950, manakala peguam dan juga mentor beliau
Awang Ramli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman pada 23 Mac 1950.

Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Rosli
Dhobi, Allahyarham Awang Rambli Amit, Allahyarham Bujang Suntong
dan Morshidi Sidek. Nudah mudahan mereka termasuk di kalangan
para syuhada yang mati kerana memperjuangkan agamaNya.

Kisah di atas diceritakan sendiri oleh ahli keluarganya khususnya kakak
beliau Halimah,anak saudara beliau Mohammad Asfia Haris aktivis
pemuda PAS Sibu yang terlibat menggali pusara beliau pada 2 Mac 1996.


Sumber: Tranungkite.Net


PESANAN TERAKHIR ROSLI DHOBI




Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis
surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya
dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau
Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan
sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan
Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi
akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai,
dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua,
dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun
10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi
selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat
yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2
kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima
hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak
balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah
sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi
saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh
Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2
sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah.
Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah
sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan,
nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan
baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.


120 keluarga terima sumbangan dari pada Pas Pasir gudang

















Seratus dua puluh orang fakir miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Pasir Gudang menerima bantuan dari pada Pas Kawasan Pasir Gudang yang diadakan pada Pada 15hb 08.2010 Jam 9 pagi di Dewan serba guna Taman cendana Pasir gudang.

Dengan kerjasama Pas cawangan Taman cemdana kita mengumpulkan fakir miskin dan memberikan bantuan, untuk meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadhan ini turut hadir Ydp kawansan ,Dewan muslimat serta Pemuda.

Taskirah oleh Ustazah fatimah... beliau mengingatkan supaya umat Islam berpegang kepada ajaran al-Quran yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.

Menurutnya, gejala yang menimpa keatas umat manusia pada hari ini adalah kerana manusia tidak mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran.

Katanya, puasa mengajar kita supaya takut kepada Tuhan dan selepas bulan Ramadhan, kita kena bersungguh untuk menegakkan al-Quran.

”Quran mengajar jual beli, mengharamkan riba, Quran mengajar politik memerintah negara bagaimana undang-undang perlembagaan bagaimana berperang bagaimana berdamai,

”kalau tidak mengikut Quran , berlakunya macam-macam keruntuhan akhlak kerana tidak mengikut Quran,

”Puasa mengajak kita supaya takur kepada Tuhan, bertaqwa, lepas puasa ini kita kena bersungguh menegakkan al-Quran ini,”jelasnya.

Buku terbaru Presiden PAS dilancar

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, menunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisannya bertajuk, Fiqh Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk ‘Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin’.


Buku tersebut dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang di Masjid Rusila, pagi tadi. (Gambar)

Di halaman prakata buku tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, para sahabat adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah s.a.w.

Tambahnya, Khulafa ar-Rasyidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah.

Beliau menambah, itulah rahsia kejayaan Islam meski pun para penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran yang suci itu serta melaksanakannya secara tidak sempurna.

“Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.

“Al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu daripada Allah SWT,” ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.

Menurutnya, pendukung al-Quran tetap ada sama ada wujud negara yang berdaulat atau negara Islam yang dihilangkan.

“Pendukungnya tidak dapat dikalahkan, dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat,” jelasnya.

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular