Menjejaki Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu










Menjejak Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu
2010-08-14T13:13:00+08:00
Izzul Islam
Tokoh dan Sejarah|

Nama Rosli Dhobi memang tercatat dalam buku sejarah.Tapi beliau
hanya dikenali sebagai seorang pemberontak yang mati di tali
gantung kerana terlibat membunuh Gabenor Sarawak.Kisah sebenar
beliau tidak banyak dipaparkan kepada umum.

Alhamdulillah kesempatan berkunjung ke Sibu bersama rombongan
Lujnah Tanah PAS Pusat selama seminggu dapat menambah maklumat
kami berkaitan tokoh pejuang kemerdekaan di bumi Kenyalang itu.

Tidak terfikir dibumi yang pernah diperintah oleh keluarga di
Raja Brooke,tanpa pondok atau pasantren tiba tiba muncul anak
muda yang berjiwa agama bangkit menentang penjajahan British
di atas wadah Islam.Tidak terdengar nama tokoh tokoh agama ketika
itu di bumi Sarawak seumpama nama nama Tuan Guru Hj Hasan Monas
yang popular sebagai Tok Janggut di Kelantan ,atau sehebat Haji
Abdul Rahman Limbung dan Tokku Paloh di Terengganu,Syeikh
Samad Palembang yang menentang Siam di Kedah atau sekurang
kurangnya seperti Mat Kilau,Imam Rasul alias Tok Gajah dan Dato
Bahaman Orang Kaya Semantan di Pahang yang sempat berguru
dengan Tokku Paloh ulama besar di Terengganu itu.





Rupa rupanya Allah telah mentakdirkan dibumi Sarawak yang
diperintah penjajah itu munculnya seorang anak muda dalam usia
16 tahun yang kalau hari ini nya,masih dibangku sekolah dan tidak
pernah faham akan perjuangan.Itulah pemuda Rosli Dhobi yang
menggerakan pergerakan pemuda Rukan 13 yang menjadikan ibadah
solat sebagai teras utama dalam perjuangannya.

Berkunjung ke rumah nenek Halimah Dhobi yang berusia 81 tahun
kakak kepada Rosli yang masih hidup telah mengimbau kembali
nostalgia silam 60 tahun yang lalu kisah kehebatan dan pengorbanan
seorang anak muda yang bencikan penjajahan hingga sanggup
mengorbankan nyawanya bersama 3 sahabat yang lain demi
Islam dan tanahair tercinta.

Pada 1946 ketika keluarga Raja Brooke yang memerintah
Sarawak menyerahkan kuasa kepada British,berlaku kebangkitan
rakyat menentang kemasukan Brirish ke Sarawak.

Pemuda bernama Rosli ,yang dikatakan mendapat bimbingan daripada
Awang Rambli Hamit seorang peguam bertindak berani menulis surat
amaran kepada Gabenor baru yang kedua Sir Duncan Stewart supaya
tidak datang ke Sarawak.Surat dari remaja kampong itu tentu
sekali dipandang sebelah mata oleh ‘orang putih’.Penjajah Inggeris
tidak pedulikan amaran budak kampong itu.

Disember 1949,belum sempat Gabenor itu menikmati dan meratah
hasil bumi Sarawak,perutnya terburai di kawasan berhampiran anak
sungai Rajang di Bandar Sibu yang hari ini terletaknya bangunan
Lembaga Pelabuhan.Barangkali Sir Duncan Stewart ketika itu baru
saja samapai ke Sibu melalui jalan air.Pemuda Rosli Dhobi bukan
pemuda bacul,amaran telah diberi,dia merasa bertanggungjawab
untuk memberi pengajaran kepada penjajah yang angkuh sebelum
mereka meratah hasil bumi rakyat Sarawak.

Dengan laungan Allahu Akbar,anak muda yang berusia 16 tahun itu
meluru ke arah Gabenor British itu,tanpa membuang masa senjata
‘badik dalam genggamannya dibenamkan sepuas puasnya ke perut
Gabenor itu hingga rebah ke bumi.Orang ramai bertempiaran lari.
Tentera tentera pengiring Gabenor tentu sahaja terkejut beruk
dengan kejadian yang tidak diduga.Rosli ditangkap,dan anda
bayangkanlah sahaja apa yang terjadi ke atas beliau selepas itu.
Gabenor yang parah dibawa ke Singapura untuk dirawat.Tiga hari
kemudian norang putih itu menemui ajalnya.

Rosli bersama tiga rakannya merengkok dipenjara Kuching.Kesempatan
dalam tahanan beliau mengutus surat kepada ibu bapanya
menasihatkan mereka agar bersabar dan berdoa untuk keselamatan
dirinya dan rakan di dalam tahanan.Dia juga berpesan agar diadakan
solat hajat moga diberi bantuan dari Allah.

Beberapa ketika ditahanan sementara menunggu
keputusan pengadilan,tentera gurkha datang ke rumah kakaknya
Halimah yang sedang mengandung,memintakan sijil beranaknya,
katanya untuk proses pembebasan Rosli.Kakak Halimah tentu gembira
sekali dengan perkhabaran tersebut,tanpa berfikir panjang diserahkannya
sijil beranak adiknya mudah mudahan Rosli yang dirinduio akan
dibebaskan segera.

Jangkaan Halimah jauh meleset.Surat beranak yang membuktikan
adiknya itu baru berusia 16 tahun dan tidak boleh dihukum mati kerana
masih juvana telah dikhianati British.Tarikh lahirnya telah diubah
supaya melebihi 18 tahun.Maka layaklah Rosli dijatuhkan
hukuman mati.Begitulah qada’ dan takdirnya yang tentu sekali tak
dapat dilupakan keluarga Rosli yang masih hidup hinggalah ke saat ini.

Sebelum dijatuhkan hukuman mati, Rosli sempat mewasiatkan
kepada keluarganya dalam surat terakhirnya supaya sentiasa bersabar,
berilah didikan agama kepada anak anak dan jangan lupa
perbanyakkan kebajikan dan jangan tinggalkan solat untuk bekalan
di hari baqa’.

Empat puluh tahun berlalu,selepas dijatuh hukuman mati,mayatnya
tak dibenarkan dilihat ahli keluarga.Jasadnya terus berada di penjara
Kuching walau negara sudah merdeka. Dia masih tak dihargai
sebagai pejuang.Hinggalah pada tahun 1996, selepas berbagai
desakan, kerajaan membenarkan pusaranya bersama tiga rakan
yang lain dipindahkan ke Makam Pahlawan di Masjid Sibu.

Tetapi ada kejadian aneh berlaku yang menjawab teka teki selama l
ebih 40 tahun. Pusara Rosli kosong, tiada tulang rangka, gigi,
maupun rambut. Berbeza dengan 3 sahabatnya yang ditemui tulang
rangka, gigi dan rambut.

Benarlah cerita cerita dahulunya,isteri kepada Gabenor yang mati
dibunuh sangat berhajat untuk menatap wajah pemuda yang
berani membunuh suaminya itu. Rosli dikatakan tidak digantung,
tetapi dibawa ke England untuk diperlihatkan kepada isteri Gabenor.
Di sana kemungkinan dia disiksa, dibunuh, dicincang atau dicampak
ke laut, wallahu a’lam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Menurut catatan pada batu nesan di makam pahlawan tarikh kematian
mereka adalah berbeza. Rosli dan Morshidi Sidek dijatuhkan hukuman
mati pada 2 Mac 1950, manakala peguam dan juga mentor beliau
Awang Ramli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman pada 23 Mac 1950.

Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Rosli
Dhobi, Allahyarham Awang Rambli Amit, Allahyarham Bujang Suntong
dan Morshidi Sidek. Nudah mudahan mereka termasuk di kalangan
para syuhada yang mati kerana memperjuangkan agamaNya.

Kisah di atas diceritakan sendiri oleh ahli keluarganya khususnya kakak
beliau Halimah,anak saudara beliau Mohammad Asfia Haris aktivis
pemuda PAS Sibu yang terlibat menggali pusara beliau pada 2 Mac 1996.


Sumber: Tranungkite.Net


PESANAN TERAKHIR ROSLI DHOBI




Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis
surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya
dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau
Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan
sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan
Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi
akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai,
dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua,
dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun
10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi
selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat
yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2
kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima
hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak
balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah
sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi
saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh
Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2
sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah.
Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah
sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan,
nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan
baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular