Jangan Kotorkan Malam Tahun Baru Dengan Maksiat.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama-sama- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan Ekspedisi Dakwah atau 'Ziarah Kasih' sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2010 malam ini.


Program yang akan diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hasan itu dan turut disertai oleh muslimat dan Nisa' Wilayah Persekutuan bermula jam 10 malam dan akan berakhir pada jam 12 malam.

Ziarah Kasih ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengaruh budaya barat dan ancaman kepada masyarakat selain menjalin hubungan secara terus dengan pengujung sambutan tahun baru.

Program ini juga bagi mendapatkan maklumat ringkas dan kajian ringan tentang pola kehadiran pengunjung.

Ia mensasarkan kepada anak muda dan golongan remaja bawah umur yang berada di kawasan sambutan tahun baru.

Untuk tujuan itu, DPPP dan DPPWP telah menyediakan risalah untuk diedarkan selain berbicara secara terus dengan mereka.

Tiga lokasi utama iaitu KLCC, Dataran Merdeka dan Taman Tasik Titiwangsa dipilih untuk Ziarah Kasih kerana tiga lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali menjelangnya tahun baru.

PAS melalui DPPP, muslimat dan Nisa' mengambil inisiatif ini pada setiap tahun sebagai satu langkah untuk mendekati dan menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat.
Program sebegini juga merupakan salah satu cara 'amar makruf nahi mungkar' yang menjadi perjuangan PAS.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23938:ziarah-kasih-dekati-masyarakat-malam-tahun-baru&catid=1:utama&Itemid=50

Program Kebajikan DPPKPG

Assalamua'alaikum
[55.31] Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

[55.32] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Pada hari sabtu yang lalu satu program kebajikan bantuan fakir miskin telah dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang yang diketuai oleh Sdr Muslimin selaku Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama PAS Kawasan Pasir Gudang. Alhamdulillah kami telah dapat menyalurkan sedikit sumbangan bagi menampung keperluan penduduk fakir miskin sekitar Pasir Gudang.



Jambatan buatan sendiri untuk menghubungkan laluan ke rumah keluarga tersebut


Sdr Rozi bersama dengan keluarga yang tak berkemampuan


Kami berbual mesra dengan keluarga tersebut.


Sdr Ady Louis menyampaikan sumbangan kepada Pak Cik




Semoga Program seumpama ini akan sentiasa dapat dilakukan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Ceramah YB Ust. Mujahid Yusof Rawa


MAJLIS DIALOG ANTARA KAUM

Assalamua'laikum

MAJLIS DIALOG

YB. USTAZ MUJAHID YUSOF RAWA
(AP PARIT BUNTAR)

SDR KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
(KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR)

TARIKH: 26/12/2009

MASA: 5.00 PETANG

TEMPAT: PEJABAT PAS KAWASAN PASIR GUDANG

ANJURAN: PAKATAN RAKYAT PASIR GUDANG

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada para blogger PAS khususnya di kawasan Gombak, harap dapat menyahut kempen pendaftaran pemilih baru.

Untuk makluman, berdasarkan daftar pemilih terkini sehingga Mac 2009, UMNO lebih terkehadapan dan agresif mendaftarkan pengundi dengan nisbah 10:1 (10 pengundi ahli UMNO, 1 pengundi ahli PAS).

Apa yang para blogger perlu buat ialah dengan meletakkan borang online daftar pemilih di blog masing-masing sebagai salah satu usaha kempen.

Caranya copy code html di bawah ini. Kemudian paste ke dalam sidebar/widget text html :


Image Hosted by Pas Gombak™

Pengunjung blog boleh membuat pendaftaran pemilih dengan klik pada imej tersebut dan terus ke borang online.Pendaftaran pemilih ini boleh dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia (21 tahun & ke atas), tidak kira di mana sahaja. Tidak semestinya yang tinggal di Gombak. Di luar dari Gombak pun boleh.

Selamat mencuba!. Usaha sehingga berjaya!

Gotong-Royong Pemuda PAS Bersama Masyarakat

pemuda membersih kawasan masjid

[3.133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Suatu program gotong royong telah dianjurkan oleh Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama pasukan Unit Amal membersihkan Masjid Taman Air Biru Pasir Gudang telah di adakan pada hari ahad bersamaan dengan 20-12-2009 yang lalu.


Anggota Unit Amal bersama pemuda membersihkan masjid

Program gotong royong tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari. Gotong-royong tersebut melibatkan kerja-kerja memberisih di dalam masjid dan rumput rumpai serta membersihkan daun-daun kering di persekitaran Masjid Tersebut tersebut.

menjamu selera selepas gotong-royong

Program yang di adakan ini selain dari melakukan kerja amal, ianya dapat mengeratkan lagi persefahaman dan perhubungan antara Penduduk Taman Air Biru, supaya tidak hanya melabelkan Pas hanya Parti ceramah sahaja, diharap program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang.



Seminar Memperkasa Parti



5.54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Alhamdulillah pada 12 Desember 2009 yang lalu Pas Kawasan Pasir Gudang dengan kerjasama Pas Kawasan Tebrau telah mengadakan suatu seminar yang diberi nama seminar memperkasakan parti. Antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua ahli berkenaan dengan hala tuju pas yang sebenar biarpun mungkin sesetengah ahli sudah hadam dan tahu tentang perkara ini.




Antara ahli - ahli yang hadir

Pada mulanya berdasarkan perancangan awal program, pembentang kertas kerja yang telah dijemput adalah Senator Ustaz Hassan Shukri mantan Timbalan Presiden Pas Pusat dan Ustaz Abdullah Husin Ketua dewan Ulama’ Pas Negeri Johor. Walau bagaimanapun perancangan Allah adalah sentiasa terbaik, kedua-dua tetamu jemputan kita tidak menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan telah diambil alih oleh kedua-dua YDP Pas kawasan Pasir Gudang dan Tebrau iaitu Tuan Haji Azhari dan Ustaz Khir.
para peserta khusyuk mendengar perbentangan

Antara yang menarik untuk dikongsi bersama teman-teman seperjuangan adalah semasa sesi perbentangan dan brainstorming memperkasakan parti. Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi muslimin dan 2 kumpulan bagi muslimat. Antara tajuk-tajuk yang diberi untuk dibincang dan dibentangkan adalah:

1. Memperkasakan Pas Cawangan.

2. Memperkasakan tarbiyah.

3. Memperkasakan ekonomi

4. Memperkasakan muslimat


pengerusi majlis membuka majlis aluan


Sesi perbentangan dari setiap kumpulan

Diharapkan program seumpama ini akan mampu melahirkan ahli-ahli yang murni fikrahnya dan tulus perjuangannya selain daripada mampu memberi pemahaman secara jelas kepada ahli. Majlis berakhir selepas solat zohor.

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular