Antara Dua Darjat : Polis Guna Pistol Untuk Selamatkan Diri

Ketika saya tiba di Markas PAS Kawasan Sri Gading setelah baru tiba daripada misi kemanusiaan di Temerloh Pahang, saya mendapat SMS daripada seorang sahabat bertanyakan perkembangan terkini kes polis menembak pemain bolasepak UMNO di Batu Pahat.

Sudah tentu saya terkejut kerana saya tidak mengetahui perkara tersebut dan cuba mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.

Sdr Hamid Jamah (Ketua Penerangan DPPNJ) yang kebetulan berada bersama saya sepanjang hari terus menghubungi pelbagai sumber untuk memastikan kesahihan berita tersbut.

Memang mengejutkan tetapi itulah yang berlaku. Dalam pelbagai versi maklumat yang diterima, anggota polis yang mengadili perlawanan bolasepak tersebut membawa pistol ketika sedang bertugas sebagai pengadil.

Namun semalam, Ketua Polis Johor menyebut bahawa pistol tersebut diambil daripada keretanya setelah penyokong pasukan berkenaan mengejarnya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad mereka kepada salah seorang pemain.

Ketua Pemuda UMNO Batu Pahat pula melahirkan terhadap kejadian yang berlaku dalam pertandingan akhir kejohanan Liga Bolasepak Pemuda UMNO Batu Pahat.
Ada dua pihak yang terlibat dalam perbincangan ini. Pertamanya pemuda UMNO dan yang keduanya adalah polis yang melepaskan tembakan tersebut.

Saya cukup tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Johor tentang isu ini yang disiarkan dalam Berita Harian semalam. Beliau berkata bahawa tindakan pengadil tersebut melepaskan tembakan kerana untuk menyelamatkan diri daripada diserang dalam suasana yang tidak terkawal.

Jawapan yang diberikan lebih kurang sama dengan kejadian di Batu Burok sebelum ini yang mana PDRM mempertahankan tindakan pegawainya yang menembak dua orang rakyat Malaysia ditembak dengan alasan polis yang terbabit cuba mempertahankan diri daripada ancaman.

Dalam kes yang berlaku di Batu Pahat ini, anggota polis berusia 38 tahun yang memiliki tauliah pengadilan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat tidak dibenarkan manakala lima pemain berusia antara 23 dan 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Saya bersetuju dengan penahanan anggota polis tersebut yang saya kira telah melakukan tindakan diluar batasan namun apa bezanya dengan anggota polis yang melepaskan tembakan malah mencederakan mangsa di Batu Burok. Apakah anggota polis di Batu Burok tersebut tidak menghadapi suasana yang sama dengan apa yang berlaku di Batu Pahat?

Bezanya, di Batu Burok melibatkan PAS/BERSIH tetapi di Johor ianya melibatkan UMNO. Saya yakin bahawa sekiranya perlawanan bolasepak tersebut diadakan oleh Pemuda PAS Kawasan Batu Pahat dan bukannya Pemuda UMNO Batu Pahat sudah tentu media akan memfokuskan bahawa pemuda PAS yang betidak liar menyerang pengadil dan keputusan pengadil yang juga merupakan anggota polis menggunakan pistol adalah keputusan yang wajar kerana ia dibuat untuk mempertahankan diri daripada serangan.

Sekiranya yang berlaku di Batu Pahat ini melibatkan pemuda PAS maka bukan sahaja pemain-pemain yang ditahan tetapi penyokong-penyokong juga akan menerima nasib yang sama. Media akan mengekspoitasi berita ini bagi menunjukkan bahawa PAS suka kepada kekecohan dan keganasan.

Itulah yang dinamakan ANTARA DUA DARJAT.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor
http://minda-kembara.blogspot.com/
26 Disember 2007

Galeri Korban Anjuran Pas Kawasan Pasir Gudang

Lihat gambar-gambar menarik semasa program Ibadah Korban Anjuran Pas Kawasan Pasir Gudang minggu lalu.

Klik di sini.

Video: Ibadah Korban Anjuran Pas Kawasan Pasir Gudang

Kerja-kerja menaip buku Persediaan Mengajar Guru PASTI

Kerja-kerja membukukan buku persediaan mengajar guru Pasti Kawasan pasir Gudang sedan g giat dilakukan dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang dan Dewan Muslimat. Guru Pasti telah menyediakan draf perancangan dan kemudian ditaipkan oleh pemuda ke dalam microsoft word untuk tujuan percetakan.



Sdr. Haini, Pengerusi PASTI Kawasan Pasir Gudang sedang berbincang dengan AJK dan guru Pasti.



Mesyuarat guru Pasti juga diadakan serentak.



Bingkisan perancangan mengajar yang disediakan oleh guru Pasti.

Program Ibadah Korban Anjuran Pas Kawasan Pasir Gudang

Pas Kawasan Pasir Gudang semalam telah berjaya melaksanakan program ibadah korban bersempena sambutan Idul Adha 1428H.









Persiapan Program Ibadah Korban

Persiapan tempat program telah diadakan malam semalam di Pasti Al-Kauthar 9, Tmn. Saujana dengan kehadiran AJK kawasan dan cawangan.


Muslimat di dapur.



Tenaga orang muda dan lama.


Beristirehat selepas menyiapkan tugas.


Pejuang, hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail - Ketua Muslimat

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha (korban) kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS sempena sambutannya esok (20 Disember 2007).

Beliau yang ditemui semasa menyertai himpunan aman di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini berkata, ahli PAS khususnya haruslah mengambil iktibar dan semangat dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan membela agama.

Katanya lagi, pengorbanan dalam perjuangan menegakkan Islam serta kebenaran akan dihadiahkan oleh Allah dengan nikmatnya, jika tidak di dunia ia akan diberikan di Akhirat.

Dalam perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa pejuang itu sendiri, ujarnya.

Penangkapan beliau pada 11 Disember lalu dalam himpunan di hadapan Parlimen baginya memberi satu inspirasi untuk beliau terus istiqamah dalam berjuang.

Semasa menceritakan pengalaman ditahan itu Ustazah Nuridah berkata, beliau sedikitpun tidak merasakan ia satu ancam,an kepadanya dalam meneruskan perjuangan.

Meskipun tidak bersetuju dengan tindakan polis menahannya ketika sedang ditemuramah oleh wartawan, beliau bagaimanapun tidak kesal dengan pengalaman pertama yang ditempuhinya itu.

Beliau juga berhasrat untuk menggerakkan Muslimat PAS dalam aktiviti-aktiviti himpunan bagi merasai sendiri denyut nadi perjuangan rakyat menuntut hak yang dicabuli pemerintah.

Justeru beliau mengulangi nasihatnya kepada Muslimat PAS dan ahli PAS supaya mengambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai pendorong dalam perjuangan.

Penduduk Kg. Pasir Putih Tuntut Hak

Dijangkakan bahawa petang ini sebahagian penduduk Kg. Pasir Putih akan berdemo di sepanjang Jln. Tenang bagi membantah pembinaan tembok penghalang di hadapan kediaman mereka.

Update: Demo telah bermula sejak pagi tadi dan telah tamat sebelum tengahari. Antara mereka menuntut agar tembok berkenaan tidak perlu diwujudkan kerana ia akan menjejaskan perniagaan mereka dan juga menyulitkan pergerakan penduduk kampung tersebut.

Penduduk Kg. Pasir Putih nampak seperti baru kenal taring kerajaan Umno BN.


Kelihatan deretan susunan batu blok yang akan digunakan bagi membina benteng sepanjang jalan.



Temuramah Mangsa Banjir di Kg. Plentong Baru

Unit Amal Bantu Pindah Mangsa Banjir

Unit Amal dan Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang semalam telah menggerakkan jentera penyelamatnya bagi memindahkan lebih 1000 orang penduduk Kg. Plentong Baru ke penempatan sementara di dewan Sekolah Permas Jaya 1 berikutan paras air yang naik sedalam 4 kaki.





10 Langkah menyekat Malaysia menjadi Negara Polis yang kejam

 "Apakah ciri ciri negara polis?. Pertama ialah pihak memerintah akan menggunakan undang undang untuk menangkap rakyat sewenang wenang tanpa peri kemanusiaan. Malaysia telah mempunyai sifat ini apabila menangkap ramai pemimpin bersih dan seteru politik tanpa sebab .Dalam masa yang sama kerajaan tidak melayan langsung desakan rakyat kepada perubahan sistem pilihanraya yang lebih bersih. Ciri kedua ialah penguasaan makhamah dan polis oleh parti tertentu dengan tujuan menggunakan kuasa untuk menghapuskan kebebasan rakyat. Konspirasi menenggelamkan kes tape Lingam adalah buktinya.

malaysia memang sedang berada dalam satu persimpangan yang sangat kritikal SEKARANG. Peristiwa yang berlaku dengan cepat dan nekad memerlukan rakyat dan Umat Islam mesti juga bertindak cepat dan bijak untuk tidak kalah dari di out moneuvered sehingga terpaksa menjadi hamba kepada segelintir manusia durjana di negara ini. Kita tidak oleh teragak agak untuk berusaha menahan Malaysia dari merudum kepada jalan tanpa kembali yang gelap ia itu kearah wujudnya Malaysian Police State yang zalim di bawah parti Gestapo UMNO.

Sebenarnya umno telah KETAGIH dengan salah guna kuasa untuk terus memerintah Malaysia yang kaya raya dengan harta mahsul yang di beri oleh Allah kepada rakyat Malaysia.Harta ini adalah kurniaan Allah kepada rakyat malaysia bukan untuk di curi oleh pemimpin yang khianat . Umno sudah terlalu ketagih menyalah guna kuasa kerana bagi mereka semenjak 50 tahun yang lalu , salah guna kuasa , salah guna petadbir awan , salah guna dana awam dan salah guna undang undang telah menjadi taktik yang begitu selesa bagi mereka untuk terus memenangi poiliharaya dan memerintah rakyat dengan segala jenis ugutan. Monopoli kuasa perundangan dan penafsiran mengikut nafsu mereka tidak boleh terus di izinkan kerana yang merana ialah rakyat juga

Siri penankapan Mohd Saboo, Tian Chua , Dr Zul dan ramai aktivis rakyat terutama aktivis PAS adalah bukti kukuh bahawa UMNO mahu menutup semua mulut mengkritik mereka dengan kekerasan dan langkah yang kurang ajar. Semua saluran mengkritik kerajaan zalim ini sudah tertup. Masjid sudah di kunci , universiti di mandulkan , sekolah hilang kehebatannya dan semua aktiviti berceramah di sekat.Perkara ini akan terus berlaku di bawah kepimpinan Dollah Badawi . president UMNO yang degil , bodoh ,zalim dan keras hati.

Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menyekat negara kita merudum ke arah menjadi negara polis (police state) atas nafsu serakah UMNO untuk terus memerintah walau pun mereka telah melakukan beribu salah laku dan kemunkaran.

Inshaaalah saya akan mengariskan 10 langkah yang boleh di amalkan untuk melambatkan , menahan dan survive program golongan jahat untuk menjadikan Malaysia negara polis saperti Burma.

1. Pastikan anda dapat maklumat dari berbagai sumber apabila menganalisa sesuatu isu atau berita yang berlaku dalam negeri.

2. Ketahui hak saudara saudari dari segi perundangan Malaysia apabila ada pihak ingin menzalimi saudara dengan undang undang

3. Menguatkan hubungan dengan keluarga , jiran dan masyarakat setempat supaya keluarga anda terbela apabila anda di zalimi

4. Mempunyai perniagaan sendiri walau pun anda telah bekerja dengan kerajaaan. Dengan langkah ini anda tidak senang diugut oleh mana mana pihak dari segi periuk nasi menampung keluarga

5. Sentiasa mempunyai simpanan kewangan secukup sebagai persiapan untuk keluarga kalau di zalimi.

6. Ajarkan anak dan keluarga berdikari supaya mereka dapat meneruskan hidup apabila anda di zalimi

6. Berada bersama Jemaah Islam kerana kesusahan dan kesakitan di atas perjuangan Islam adalah amal soleh

7. Sentiasa membaca Quran dan berzikir untuk menguatkan ruh islam bagi menghadapi 'mental torture' mereka yang memusuhi manusia dan islam

8. Sentiasa memikirkan apakah sumbangan yang terbaik yanng boleh anda sumbangkan untuk memastikan orang jahat tidak di beri peluang memerintah negara

9. Pastikan anda tidak terpengaruhi dengan dakyat jahat golongan anti Islam dan anti kebaikan yang di sebar melalui TV , Radio, Ucapan perasmian dan buku buku rasmi

10. Memastikan tubuh badan sihat dan gagah kerana tubuh yang lemah dan tidak sihat adalah unsur yang menjemput manusia jahat menindas kita.

Inshaallah dengan petua di atas kita akan di lindungi Allah untuk terus istiqamah dan berani melangkah bersma perjuangan Islam dan perjuangan membela rakyat demi untuk memberi keadilan dan kesahjateraan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum atau ugama.

Allah hu Akbar
Cukuplah Allah sebagai Pelindung Kita"
Ahmad Hadeed

Ummu Hadhari

Saksikanlah video dibawah dan sama-samalah kita renungkan betapa manusia yang dianggap bijaksana sedang memperbodohkan dirinya dengan mempertikaikan hukum Allah. Apakah Asma' Allah "Al 'Alim dan Al Hakim" itu tidak menepati dengan sifatNya? Mungkin inilah akibat dari tarikan cahaya duniawi sehingga buta hatinya ketika membicarakan hal addin. Wa||ahua'alam...

Kisah "Puteri Tak Dilindungi Bulan" dan "Puteri Keris" di Dun Negeri

Sudah terlalu lama penulis tidak membaca cerpen atau novel, malah untuk menghabiskan sebuah cerpen yang dikarang dengan pelbagai ragam bahasa kadang-kadang terasa amat menyusahkan. Malah ruangan tersebut pula akan menjadi satu kemestian untuk penulis 'skip' setiap kali membaca akhbar.

Ahad lalu (2 Disember), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin menghulurkan akhbar Berita Minggu kepada penulis.
"Anta baca cerpen ni, ada mesej yang baik," katanya.
Cerpen bertajuk 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan karangan penulis veteran, Dr Fatimah Busu ini tiba-tiba menarik minat penulis.
Mungkin kerana naluri ingin menyelami apakah maksud 'bulan' yang tersirat di sebalik cerpen ini membuat penulis ingin membaca.
Tidak tahulah apa yang dimaksudkan oleh pengarang cerpen frasa "tidak dilindungi bulan" itu. Namun di nota kaki cerpen diterangkan: Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.
Bagaimanapun bagi penulis, erti bulan di sini mungkin lebih menjurus ke arah 'bulan' yang terdapat pada parti yang penulis dokongi ini.
"Kalau dibaca keseluruhannyapun memang ke arah tulah," kata seorang sahabat yang turut membacanya.
Kepada Dr Fatimah yang mengarang cerpen tersebut, penulis mohon berbanyak maaf kerana cuba membuat huraian berkaitan cerpen ini mengikut versi sendiri.
Cerpen tersebut diserikan dengan rangkap-rangkap seumpama lagu rakyat terkenal 10 Budak Hitam disebalik kisahnya.

10 Puteri Tak Dilindungi BulanBertemasya di Pantai Sri Pengkalan Satu kena rogol beramai-ramai Tinggal lagi Sembilan.
9 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta seks - video lucah di apartmen Satu sempat dicekup pencegah maksiat Tinggal lagi lapan.
8 Puteri Tak Dilindungi BulanPergi ke konsert Jom Heboh Satu hilang ikut jantan Tinggal lagi tujuh.
7 Puteri Tak Dilindungi BulanJadi GRO di Kelab Nilam Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuhTinggal lagi enam.
6 Puteri Tak Dilindungi BulanBerpesta arak dan karaoke di kota Satu terus jadi pelacur Tinggal lagi lima.
5 Puteri Tak Dilindungi BulanSatu disuruh seludup dadah dan ditangkapTinggal lagi empat.
4 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bercinta dengan Mat Hitam Uganda Satu sudah murtad hendak kahwin Tinggal lagi tiga.
3 Puteri Tak Dilindungi BulanTerjebak dengan kumpulan bohsia Satu ditangkap bunuh bayinyaTinggal lagi dua.
2 Puteri Tak Dilindungi BulanJadi Minah Rempit bersama Mat KutuSatu mati eksiden ketika lumba haram Tinggal lagi satu.
1 Puteri Tak Dilindungi BulanSangat-sangat susah hati Termenung-menung seorang diri Bagai ayam mabuk tahi Rasa hidup sunyi sepi Berkurung dalam bilik setiap hariIbu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana siniLalu terjun dari pangsapuriLangsung diapun mati

Bagi penulis, inilah dia gejala yang sering dilaporkan di dada-dada akhbar di negara kita, malah dihuraikan lagi kesan-kesannya di media alternatif seperti Harakah, di laman web, blog dan sebagainya.
Ternyata ianya sebuah cerpen yang menarik dan boleh dijadikan pengajaran. Dr Fatimah berjaya mengumpulkan pelbagai permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat khususnya bagi remaja Melayu-Islam untuk dimuatkan dalam karangannya.
Cerpen ini adalah satu kritikan sosial yang mampu dihayati kerana menggunakan bahasa kontemporari yang bersahaja, sesuai dengan kehidupan harian masyarakat.
Tidak hairanlah bila Dr Fatimah menceritakan tentang cara berpakaian (baju singkat nampak pusat), kurangnya didikan agama, pergaulan bebas, Mat Rempit, buang bayi dan sebagainya.
Penulis melihat sudah berbuih mulut para tok guru, ustaz, pendakwah, penceramah (agama atau politik) bercakap tentang gejala sosial, hedonisme, keruntuhan akhlak muda-muda, murtad dan sebagainya, tapi ianya terus berleluasa. Mengapa ya?
Sebab itulah penulis cuba mengulas cerpen ini dengan erti 'bulan' versi sendiri.
Bila kita berada dalam 'parti bulan', keadaannya amat berbeza dengan parti lain khususnya 'parti keris'. Bezanya dari segi matlamat perjuangan, kepimpinan parti, pengisian program dan banyak lagi hatta penampilan ahli khususnya kaum Hawa.
Parti 'bulan' bukan sekadar sebuah parti politik pilihan raya tetapi ianya juga sebuah gerakan Islam yang terangkum di dalamnya setiap aspek politik, tarbiyah, dakwah, kemasyarakatan, hubungan kaum, kenegaraan dan hubungan antarabangsa.
'Parti keris' pun mungkin tidak banyak perbezaannya tetapi penulis percaya tiada langsung aspek dakwah atau tarbiyah yang diterapkan kepada ahli mereka.
Justeru tanpa kekukuhan aspek keagamaan di dalam jiwa ahli, 'parti keris' akan mudah menghanyutkan sesiapa sahaja yang berada di dalam kelompok mereka.
Golongan muda yang berada dalam 'parti keris' akan mudah terpengaruh dengan dengan pimpinan parti, mudah diajak berbuat apa sahaja dan diindoktrinasikan pemikiran mereka dengan fahaman parti.
Baru-baru ini penulis menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perlis yang diadakan di dewan yang baru disiapkan. Sudah tentu sidang Dun di tempat baru menarik minat ramai orang untuk hadir sebagai pemerhati termasuk sekumpulan Puteri Keris dan Putera Keris.
Ketika wakil parti bulan sedang berucap, beberapa orang Putera Keris sering mengejek-ejek apa yang diucapkan beliau, walhal ianya tentang masalah rakyat.
“Isy..Isy.. kalau bukan disebabkan kamu tu baru berumur belasan tahun dan kurang arif tentang keadaan sekeliling dah tentu aku jerkah hangpa semua,” bisik penulis di dalam hati.
Si Puteri Keris yang duduk tidak berapa jauh dari situ pun seperti mencebik-cebikkan muka tatkala mendengar ucapan wakil parti bulan.
Lantas terfikir, inikah dia golongan muda yang bakal mewarisi pemerintahan negara pada masa akan datang?. Terfikir juga, alangkah baiknya jika golongan muda dari parti bulan yang menrajui kepimpinan negara suatu masa lagi.
Penulis akui bukannya semua golongan muda dalam parti bulan itu orang-orang yang warak, tawaduk atau zuhud, tetapi apabila mereka sudah mahu bersama-sama parti inipun sudah dikira baik.
Bukannya tidak ada pemuda parti bulan yang ‘merempit’, melepak atau terjebak dengan pelbagai aktiviti kurang sihat. Orang muda macam tulah, mudah terpengaruh dengan perkara-perkara sedemikian.
Bagaimanapum penulis optimis dengan aktiviti-aktiviti parti bulan yang mendekati golongan muda, mereka boleh dijinakkan, boleh ditarbiyah dan diasuh, yang pentingnya berusaha dan bekerja.
Setidak-tidakpun, anak-anak muda yang mana ibubapa mereka adalah aktivis atau orang kuat parti bulan akan menjaga nama baik ibubapa mereka untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menggugat maruah keluarga.
Dipendekkan cerita, parti bulan ini adalh parti di mana orang-orang berada di dalamnya (mendokong atau menyokong) adalah mereka yang mahukan kebaikan, mahu kepada agama dan mahukan masyarakat di tadbir dengan mengikut al-Quran dan As-Sunnah.
Bezanya, 'parti keris' yang memerintah sekarang tidak pula menjurus ke arah itu. Di sebalik laungan kemajuan negara, pengukuhan ekonomi dan sebagainya akhlak golongan muda semakin teruk. Nilai moral dan pegangan semakin terhakis.
Apapun, sekiranya 10 Puteri itu dilindungi 'bulan', sudah tentu pelbagai masalah yang berlaku seperti yang dimuatkan di dalam cerpen tersebut dapat dikawal.Semoga negara ini juga akan dilindungi bulan sedikit masa lagi. - mnr

PROGRAM BERKHATAN PAS PASIR GUDANG MERIAH

Pasir Gudang : Satu program berkhatan beramai-ramai telah diadakan di PASTI AL-KAUTHAR, Taman Air Biru. Program anjuran Dewan Muslimat Pas Kawasan Pasir Gudang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Program tahunan itu bermula dari 8 pagi sehingga ke detik 4 petang. Seramai 18 anak-anak masyarakat setempat dari kawasan Pasir Gudang telah disambut bagaikan wira. Mereka telah diarak bagaikan wakil-wakil rakyat masuk ke perkarangan Pasti al-Kauthar.


Rata-rata dikalangan peserta program khatan ini kelihatan riang gembira walaupun tidak dinafikan terdapat yang berdebar-debar sampai menitiskan air mata. Biasalah itu menjadi lumrah peristiwa dalam program berkhatan beramai-ramai.


Menurut Timbalan Pengarah Program berkhatan beramai-ramai ini, Puan Hjh Murni Binti Abd Razak, program khatan tahun ini telah mencatat kejayaan. Dimana pada tahun ini mencatat peningkatan penyertaan sebanyak 5 penyertaan berbanding program berkhatan tahun lepas yang telah diadakan di Pasti al-Kauthar Taman Saujana. Ini menjadi petunjuk bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin diterima oleh masyarakat Pasir Gudang.


Salah seorang bapa kepada peserta program berkhatan yang sempat ditemuramah menyatakan bahawa beliau cukup berpuashati dengan pengurusan program yang sistematik dan program yang dianjurkan juga lancar dan meriah.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang, En.Syed Othman B.Syed Abdullah " saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Dewan Muslimat kerana telah berjaya menganjurkan program berkhatan dengan jayanya. Pemuda kawasan sewajarnya tercabar dengan inisiatif muslimat dan menjadikan program ini sebagai titik tolak untuk pemuda lebih banyak turun ke medan masyarakat". Tambahnya lagi, terdapat ramai sekali ibu bapa meminta program ini terus dianjurkan lagi pada tahun akan datang.

"Tahniah dan Syabas Kepada Semua Yang Terlibat, Moga Allah Memberi Ganjaran Yang Sewajarnya Untuk Usaha Yang Sedikit Kita Ini"

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular