PROGRAM BERKHATAN PAS PASIR GUDANG MERIAH

Pasir Gudang : Satu program berkhatan beramai-ramai telah diadakan di PASTI AL-KAUTHAR, Taman Air Biru. Program anjuran Dewan Muslimat Pas Kawasan Pasir Gudang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Program tahunan itu bermula dari 8 pagi sehingga ke detik 4 petang. Seramai 18 anak-anak masyarakat setempat dari kawasan Pasir Gudang telah disambut bagaikan wira. Mereka telah diarak bagaikan wakil-wakil rakyat masuk ke perkarangan Pasti al-Kauthar.


Rata-rata dikalangan peserta program khatan ini kelihatan riang gembira walaupun tidak dinafikan terdapat yang berdebar-debar sampai menitiskan air mata. Biasalah itu menjadi lumrah peristiwa dalam program berkhatan beramai-ramai.


Menurut Timbalan Pengarah Program berkhatan beramai-ramai ini, Puan Hjh Murni Binti Abd Razak, program khatan tahun ini telah mencatat kejayaan. Dimana pada tahun ini mencatat peningkatan penyertaan sebanyak 5 penyertaan berbanding program berkhatan tahun lepas yang telah diadakan di Pasti al-Kauthar Taman Saujana. Ini menjadi petunjuk bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin diterima oleh masyarakat Pasir Gudang.


Salah seorang bapa kepada peserta program berkhatan yang sempat ditemuramah menyatakan bahawa beliau cukup berpuashati dengan pengurusan program yang sistematik dan program yang dianjurkan juga lancar dan meriah.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang, En.Syed Othman B.Syed Abdullah " saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Dewan Muslimat kerana telah berjaya menganjurkan program berkhatan dengan jayanya. Pemuda kawasan sewajarnya tercabar dengan inisiatif muslimat dan menjadikan program ini sebagai titik tolak untuk pemuda lebih banyak turun ke medan masyarakat". Tambahnya lagi, terdapat ramai sekali ibu bapa meminta program ini terus dianjurkan lagi pada tahun akan datang.

"Tahniah dan Syabas Kepada Semua Yang Terlibat, Moga Allah Memberi Ganjaran Yang Sewajarnya Untuk Usaha Yang Sedikit Kita Ini"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular