Pejuang, hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail - Ketua Muslimat

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha (korban) kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli PAS sempena sambutannya esok (20 Disember 2007).

Beliau yang ditemui semasa menyertai himpunan aman di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini berkata, ahli PAS khususnya haruslah mengambil iktibar dan semangat dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan membela agama.

Katanya lagi, pengorbanan dalam perjuangan menegakkan Islam serta kebenaran akan dihadiahkan oleh Allah dengan nikmatnya, jika tidak di dunia ia akan diberikan di Akhirat.

Dalam perjuangan, rintangan adalah satu nikmat yang sebenarnya memberi kekuatan kepada jiwa pejuang itu sendiri, ujarnya.

Penangkapan beliau pada 11 Disember lalu dalam himpunan di hadapan Parlimen baginya memberi satu inspirasi untuk beliau terus istiqamah dalam berjuang.

Semasa menceritakan pengalaman ditahan itu Ustazah Nuridah berkata, beliau sedikitpun tidak merasakan ia satu ancam,an kepadanya dalam meneruskan perjuangan.

Meskipun tidak bersetuju dengan tindakan polis menahannya ketika sedang ditemuramah oleh wartawan, beliau bagaimanapun tidak kesal dengan pengalaman pertama yang ditempuhinya itu.

Beliau juga berhasrat untuk menggerakkan Muslimat PAS dalam aktiviti-aktiviti himpunan bagi merasai sendiri denyut nadi perjuangan rakyat menuntut hak yang dicabuli pemerintah.

Justeru beliau mengulangi nasihatnya kepada Muslimat PAS dan ahli PAS supaya mengambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai pendorong dalam perjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular