Kronologi Kampung Baru Plentong Tengah


SELAMATKAN
KAMPUNG KAMI

Kronologi Kampung Baru Plentong Tengah :

1984 - 1986 :

KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT)

1987

PTG telah kurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). !!! KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2kali dalam masa dan waktu yang sama.!!!

( Mosbert Berhad (MB) Jet Ace Const (JAC) Oakfield Ent ( OE )

1989 - 1993

Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan diatas sokongan serta galakan daripada Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417,307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10% drpd harga jualan telah diSONGLAP oleh Peguam yang dilantik.!!!

1994 - 1995

KAMI sekali lagi ditawarkan utk membeli KBPT secara individu dgn bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10% dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE.

1996

OE telah menjual KBPT kpd Bukit Lenang Devp

Persoalannya , perlukah kami akur dengan penindasan ini ?

1999

PENEMPATAN SEMULA - Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yg ditawarkan & hanya 123 yg terima kurnia.

2000

RUMAH IBU - BLD menawarkan utk membina rumah ibu di Penempatan Semula, Tapi TIPU.!!!

2006

TAWARAN MUHIBAH #1 - Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 10K + RM 2K, KAMI ajak runding, BLD buat derk.!!!

2007

RUMAH MESRA RAKYAT - Seramai 134 Penduduk yg dikurniakan Penempatan Semula menghadiri temuduga Syarikat Perumah Negara Berhad, tapi takde respond.

2007

TAWARAN MUHIBAH #2 - BDL tawarkan RM 2K dan bina jalan di Penempatan Semula, KAMI ajak runding, BDL buat derk jugak.!!! Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak plak, tapi tipu gak.!!!

2007

RUMAH KOS RENDAH - 67 generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui Tn Hj Baha (Pegawai Khas DSK), tapi diPENDAM sehingga OGOS, 2008

15 hb OGOS 2008

KALAH DI MAHKAMAH - Hampir 3K Penduduk KBPT hendak dihalau dari KAMPUNG HALAMAN KAMI.!!!

SIAPA PEMBELA KAMI


Inilah Perjuangan Kami,
Dalam Menuntut Hak Kami,
Kg Baru Plentong Tengah

Disediakan Oleh
JENTERA KOMUNITI BELIA
JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB) KBPT

3 ulasan:

CERITA BONUS CNI berkata...

ayuh bersama kita selamatkan kampung ini...

Unknown berkata...

Saya anak kepada pemilik malang yg telah membayar berpuluh2 ribu ringgit utk guaman dan pendahuluan sejak awal 90an lg. Bayangkan jika akhirnya ibubapa saya dihalau, dipaksa tinggal di sebidang tanah yg dgr ceritanya masih hutan belantara.. Itu takpa lg. Dgn usia yg mana2 bank pun takkan meluluskan ape jua loan, rumah seperti apa yg harus ibubapa kami duduki? Ada org kata "dah dpt tanah dh kira bagus!" tp kami bukan penduduk setinggan, kami adalah golongan teraniaya! Memang ibubapa kami kurang pandai, in total dah berjuta org kampung kami korek dr tabung mereka. Ramai yg ambil kesempatan, terutamanya dr golongan United Malay of National Organisation! Memang ibubapa kami kurang cerdik dulu, mereka2 inilah yg telah meragut wang kami! Jika ibubapa kami boleh ditipu, tidak kepada generasi mereka. Mereka belajar tinggi, mereka tahu IT, mereka faham english, mereka faham law! Dan yg paling penting, mereka tidak akan menyokong United Malays of National Organisation!

Abu Mustafar ArRidho berkata...

Macam biasalah.. 'oh! Malaysiaku'
kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
Rakyat sendiri dihalau dan dihambat, pendatang pula yg ada banglo,dapat tanah dan dapat kerakyatan.

Sebabnya kerana kebanyakan orang kita tak pilih kepimpinan dari segi tuntutan Islam tapi dari segi secularima.

Penindasan dan ketidakadilan akan terus berluluasa, hanya Islam yang dapat mencerahkan zaman.

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular