Usrah Bersama Ust. Abbas

Malam tadi seperti biasa telah diadakan program usrah di Pejabat Pas Kawasan Pasir Gudang. Usrah pada kali ini dibawa oleh Ust. Abas. Beliau telah menyampaikan beberapa peringatan dan pengisian rohani khusus kepada ahli Pas dari cawangan-cawangan di sekitar Pasir Gudang.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan kepentingan ahli Pas untuk mendalami ilmu agama agar dapat seterusnya memimpin masyarakat kepada agama. Beliau yakin bilamana semua ahli Pas contohnya boleh menjadi imam di surau atau masjid sudah pasti ia akan dapat membantu ahli Pas melaksanakan tugas sebagai pendakwah dan pejuang kepada agama Allah ini.

Program usrah diakhiri dengan satu mesyuarat cawangan Permas Jaya yang membincangkan hal penubuhan Pasti di sebuah rumah flet di Permas Jaya. Wakil dari Permas Jaya, Sdr. Mazlan amat berharap agar Pasti dapat ditubuhkan di kawasan perumahan beliau memandangkan Pasti adalah satu strategi bagi Pas melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada masyarakat.

Pengerusi Pasti Al-Kauthar Kawasan Pasir Gudang, Sdr. Haini memberi pandangan yang positif berkaitan penubuhan Pasti tersebut. Namun begitu beliau meminta agar Ajk Pas di Permas Jaya meneliti kesesuaian lokasi Pasti yang bakal didirikan kelak. Secara jujur beliau lebih suka rumah lot tepi yang mana mematuhi kehendak undang-undang terhadap mana-mana tadika.


Beliau turut menegaskan bahawa tuan rumah itu perlu jelas bahawa premis Pasti hendaklah dibenarkan untuk diadakan mesyuarat cawangan Pas dan apa jua aktiviti Parti. Beliau optimis bahawa ramai lagi tuan rumah yang bersifat terbuka dengan membenarkan Parti Pas menyewa rumah mereka untuk dijadikan Pasti hatta memacakkan bendera Pas di halaman rumah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular