Perbahasan yang hambar



Ramai para perwakilan menyatakan mutu perbahasan yang hambar dan saya melihat dari sudut ini kurangnya persediaan sebelum membahas ucapan presiden. Yang menarik hanyalah pemuda yang mempunyai sikap terbuka menegur saf kepimpinan dewan ulama’ yang tidak turun ke padang. Dalam perbahasan tersebut pemuda mengajak ulama’ sama-sama dengan pemuda dalam siri-siri demonstrasi tidak hanya majlis ilmu sahaja. Perwakilan yang lain nampaknya tidak kritik pemimpin yang memegang lajnah-lajnah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ulama’ juga dilihat kurang proaktif dalam menangani isu-isu yang sedang hangat diperkatakan pada hari ini sebagai contoh permasalahan pelaburan internet. Ulama’ dikatakan lambat bertindak.

Lajnah penerangan juga telah disentuh oleh perwakilan tetapi sayangnya tidak bagi lajnah-lajnah yang lain. Sepatutnya inilah masanya untuk kita menegur saf kepimpinan. Bukan hanya kita pandai mengkritik di belakang sahaja tetapi kita mesti berani mengkritik secara terbuka.

Dan saya percaya dewan ulama’ menerima kritikan ini dengan hati yang terbuka. Inilah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh saf kempimpinan. Bukan seperti umno yang hanya pandai mengampu pemimpin mereka dalam setiap kali perhimpunan agung parti mereka.

Perbahasan tahun ini juga kebanyakan tertumpu kepada isu demokrasi dan SPR serta isu murtad. Boleh dikatakan semua perwakilan negeri-negeri menyentuh isu tersebut sehinggakan mereka terlupa untuk beri tumpuan kepada saf kepimpinan yang bakal dibentuk untuk menghadapi satu perkara yang lebih besar iaitu Pilihanraya Umum ke-12.

Saya tidak mengatakan bahawa isu murtad tidak penting Cuma para perwakilan terleka tentang saf kepimpinan yang bakal dibentuk. Sedangkan saf kepimpinan yang dipilih ini bakal menerajui gerakerja pas dalam pilihanraya umum kali ini. Tetapi sayangnya tidak ada kritikan yang membina untuk ahli jawatankuasa pas pusat untuk mereka post-mortem kelemahan yang ada sepanjang mereka menerajui jawatan tersebut.

Begitu juga dengan usul yang dibawa semuanya diterima tanpa dibahaskan. Satu atau dua usul sahaja yang nampak diperbahaskan. Mungkin ada antara perwakilan yang hanya tahu duduk sahaja dan tidak tahu peranan sebenar mereka menjadi wakil kepada pas negeri.

Kebanyakan para perwakilan tak sabar untuk menunggu keputusan siapakah bakal timbalan presiden. Perkara ini yang lebih hangat diperkatakan oleh para perwakilan yang menenggelamkan isu perbahasan. Pergilah ke gerai-gerai dan warong-warong yang disinggahi oleh mereka. Semuanya mempercaturkan siapakah yang bakal menjadi timbalan presiden dan saya juga turut ditanya oleh pemerhati. Saya disapa oleh seorang yang agak berumur, “awak perwakilan ke?” dan saya akui memang saya perwakilan dengan menunjukkan kad pas perwakilan saya. “boleh tak ust. Nasharuddin mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden ataupun ust. Harun taib menang?” Saya hanya mampun tersenyum dan membalas,”kita tunggulah keputusannya pada esok hari.” Ini menunjukkan pemilihan timbalan presiden hangat diperbincangkan. Agaknya kenapa ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular