Ustaz Akil Hayy ditahan JAIS
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Pendakwah dan juga bekas penyanyi kumpulan rock The Riyadh, Ustaz Akil Hayy Rawa mendakwa wujud 'tangan ghaib' bermotif politik yang mengarahkan agar beliau ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
Beliau yang ditahan ketika memberi kuliah di Surau al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada malam 23 Jun lalu mendakwa ada usaha pihak tertentu yang cuba memerangkapnya, katanya semasa ditemui Harakahdaily dalam satu majlis pelancaran album di Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, selepas ditahan beliau dibawa dengan ke balai polis dengan kereta peronda polis dengan siren yang dibunyikan seolah-olah dirinya adalah penjenayah yang sangat dikehendaki.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk memburuk-burukkan imej beliau, Akil menganggapnya sebagai ujian Allah memandangkan dalam berdakwah rintangan sebegini adalah biasa. (Harakahdaily)
Syabas kepada Ust. Akil Hayy kerana berani berdepan dengan ujian sebagai pendakwah. JAIS hanya menjalankan tugas. Kita perlu ingat bahawa pemimpin yang dengki dengan dakwah Islam akan ada pada setiap zaman. Bersabarlah.
Apapun, kita perlu berdoa agar Ust. Akil Hayy boleh terus berdakwah khususnya menarik golongan remaja kepada mendekati Islam. Teruskan perjuangan! Takbir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan