Memorandum Isu Bayaran Tambahan Persekolahan

MEMORANDUM KEPADA
PENGARAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
Wisma Pendidikan

Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru, Johor

KHAMIS 17HB. JANUARI 2008
MUQADIMAH

Pada 7 September 2007 ketika membentangkan Belanjawan 2008, Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah telah dimansuhkan. Malah Y.B. Menteri Pelajaran sendiri ketika mengumumkan kepada pemberita pada 8 September 2007 menegaskan bahawa tiada alasan bagi ibubapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.” (Utusan Malaysia: 8 September 2007)

Namun begitu ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah:

Lebih malang lagi, apabila terdapat sekolah yang mengenakan yuran tambahan lain seperti yuran PIBG, yuran tandas dan yuran komputer.

Lebih memeranjatkan, apabila Yang Berhormat Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa Pakej bayaran tambahan ini tidak wajib dan ibu bapa boleh menuntut kembali wang yang telah dibayar. Sedangkan terdapat sekolah yang mengeluarkan surat kepada ibu bapa bahawa yuran tersebut adalah wajib.

Dewan Permuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merasa bertanggungjawab untuk :
  • Memenuhi hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia untuk melihatkan semua rakyat mendapat pendidikan secara percuma.
  • Memenuhi hasrat Yang berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran agar jurang pendidikan antara golongan kaya, miskin, orang asli dan anak Kurang upaya dapat dirapatkan
  • Mematuhi tuntutan Konvesyen Hak Kanak-kanak (UNCRC) perkara 28(1) Hak untuk mendapat pendidikan percuma dan wajib.
  • Menghilangkan kekeliruan di kalangan ibu bapa tentang polemik tentang yuran percuma yang diwar-warkan oleh kerajaan.

Maka DPPNJ mendesak kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor :

  1. Mengeluarkan kenyataan akhbar tentang perkara ini.
  2. Mengeluarkan pekeliling kepada sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu ini.
  3. Mengarahkan sekolah di negeri Johor mengeluarkan surat penjelasan kepada ibu bapa tentang isu yuran sekolah ini.
  4. Mendesak sekolah memulangkan kembali bayaran yang dikenakan jika benar bahawa bayaran ini boleh di tuntut kembali oleh ibu bapa.

“MEMBINA KEYAKINAN, MENJANA KEMENANGAN”

Yang Benar


KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
KETUA DEWAN PEMUDA PAS JOHOR
019-7701830

-----------------------------------------------------------------

Membuat kenyataan media dihadapan bangunan Jabatan Pelajaran Johor

Memorandum telah diterima oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Johor


-Kembara Minda Perjuangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular