Konvensyen Gerakan Islam 22 Mei

Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan konvensyen Gerakan Islam dan Persaingan Demokrasi pada 22 Mei di hotel D'Palma Ampang.

Program tersebut anjuran bersama Adun Chempaka, Iskandar Abd Samad.

Menurut Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohamad Nor, matlamat konvensyen untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan gerakan Islam dalam persaingan demokrasi abad ke 20 hingga 21.

Ia juga, katanya untuk menjana kekuatan intelektual dalam gerakan Islam selain mendedahkan pengalaman gerakan Islam seluruh dunia yang terlibat dengan persaingan kuasa rejim negara masing-masing.

Program tersebut menjemput tokoh gerakan Islam daripada PAS, Ikhwanul Muslimin, Parti Sejahtera (PKS) Indonesia serta tokoh akadmik yang membuat pengkhususan dalam bidang gerakan Islam.

Yuran pendaftaran sebanyak RM30 seorang termasuk makan dan kertas kerja.

Program bermula 8 pagi hingga 3.30 petang segala pertanyaan hubungi Nik 019-3238455.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular