Himpunan lebih besar bantah judi bola

Dewan Pemuda PAS akan mengadakan himpunan lebih besar bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung sepanjang Jun ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, perhimpunan yang belum ditetapkan tarikh itu turut akan menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

"Kita akan bincang perkara tersebut dalam mesyuarat dewan harian pemuda PAS esok.

"InsyaAllah, selepas mesyuarat esok kita akan umumkan tarikh dan maklumat-maklumat lain," katanya.

Menurutnya, perhimpunan kali ini adalah terbuka kepada semua pihak dan dijangka mendapat kerjasama dari beberpa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Isu ini bukan isu agama Islam sahaja, judi ini mana-mana agama pun tidak membenarkannya kerana mengundang banyak keburukan dari kebaikan," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa bukan sahaja orang Islam, malah bukan Islam juga untuk menyertai himpunan tersebut.

Himpunan tersebut bagi mendesak kerajaan menarik balik lesen yang telah dikeluarkan dan menghormati pandangan rakyat negara ini.

Jumaat lalu, lebih 500 menyertai himpunan aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi dan konsert 12 jam Pitbull.

Perhimpunan tersebut bagaimanapun diganggu pihak polis sehingga berlaku pergelutan dengan beberapa penyokong yang hadir sebelum diarah bersurai.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular