1,040 undi pos luar Sibu untungkan BN


Sebanyak 1,040 undi pos yang datang daripada luar Sibu dijangka akan memberi kelebihan besar kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sebanyak 1,040 undi pos ini berada dalam bahaya apabila tiada ejen ataupun wakil Pakatan Rakyat yang boleh mengawal undi tersebut.

"Masalah ini telah pun terbukti apabila pernah berlaku seorang pegawai tentera memangkah untuk kesemua anggota di bawahnya," katanya yang kini berada di sini bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Richard Wong Ho Leng.

Menurut beliau, BN boleh memanipulasi ruang itu seperti yang berlaku di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila PAS tidak memperolehi undi pos.

Beliau juga berkata bahawa itulah sebab Barisan Nasional sangat mempertahankan undi pos.

"Ruang manipulasi sangat besar apabila proses pengundian ini diserahkan 100 peratus kepada polis dan tentera dan tidak ada wakil kita yang tahu," tambahnya.

Daripada undi pos itu, seramai 882 pengundi tentera dan 158 orang pengundi polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini telah menolak cadangan Pakatan Rakyat bagi memansuhkan undi pos.

Rusli Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular