Ustaz Hadi : MEB Tiada Semangat 1 Malaysia

Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan 'sekerat-sekerat' oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak disifatkan tidak mengambil semangat dalam konsep "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan".

Demikian tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengulas dasar baru kerajaan Umno-BN dalam sidang media bersama pinpinan Pakatan Rakyat di Parlimen 31 MAC lalu.

Berikut adalah antara isi kandungan ulasan beliau :-

1- Sikap Perdana Menteri yang mengumumkannya diluar Parlimen seolah-olah tidak mengutamakan rakyat kerana di Parlimen wakil-wakil yang dipilih rakyat seolah-oleh diabaikan sahaja. Ia seperti tidak tidak mengiktiraf kewujudan Dewan Rakyat tempat suara rakyat diutarakan.

2- Objektif kesejahteraan ekonomi yang ingin dicapai akan hanya menjadi retorik jika Kerajaan Persekutuan tidak menghormati konsep federalism dan demokrasi. Antara kesannya adalah kerajaan negeri yang munkin diperintah oleh parti yang berbeza dari parti di peringkat Persekutuan akan menerima penindasan ekonomi dan dikekang pelaburan luar dengan semahunya oleh Kerajaan Persekutuan.

3- MEB masih lagi tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi.

4- Objektif MEB adalah supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan wang yang baik dan pemuliharaan sumber alam. Objektif ini sangat murni tetapi penekanan terhadap peranan syarikat swasta dalam memacu ekonomi liberal kapitalis ini secara drastik akan meninggalkan kesan ekonomi terhadap penduduk luar bandar dan memungkinkan jurang antara bandar dan luar bandar terus melebar.

5- Apa yang diinginkan rakyat ialah kesan sebenar dari perubahan suasana masyarakat yang lebih kondusif dan selamat dari jenayah, sifar rasuah, akuntabiliti yang nyata serta struktur ekonomi yang lebih adil dan jauh dari tekanan politik sempit.

Harakah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular