PR ada kelebihan di Hulu Selangor kerana jadi kerajaan

Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, meskipun Parlimen itu sudah menjadi kawasan tradisi Umno BN, namun PR harus menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangi hati pengundi.

"BN ada kekuatan di Hulu Selangor sebab itu kita kalah di tiga Dewan Undangan Negeri dalam PRU lepas. Itu kawasan tradisi Umno jadi kita tidak hairan kalau pun BN boleh menang tapi sudah tentu kita punya kelebihan kerana kita sekarang ini menjadi Kerajaan di Selangor dan kelebihan ini harus digunakan oleh PR kerana kita sudah pun hampir dua tahun berjaya menjalinkan hubungan di akar umbi.

"Jentera harus digemblengkan bagi memastikan maklumat yang luas mengenai kejayaan kerajaan Selangor diperoleh rakyat di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.

Menyentuh mengenai persiapan PR khususnya PAS dalam menghadapi peilihanraya kecil kali ini, Mahfuz berkata, PAS telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat bagi memabnatu PKR yang akan bertanding nanti.

Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagi Pengarah Jentera Pilihan raya kali ini.

"Kita telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi membantu PKR untuk menjayakan misi kemenangan di Hulu Selangor.
"Kita serah kepada Ustaz Nasharuddin untuk kemukakan cadangan balas kepada lajnah politik atau dewan harian dalam masa terdekat ini untuk menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PAS bersama PKR juga, ujarnya akan menggariskan beberapa isu penting yang dijangkakan akan digunakan sepanjang kempen nanti.

"PAS bekerjasama dengan PKR atas nama Pakatan untuk membariskan isu-isu yang penting bagi memastikan kemenangan di pihak kita," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.

Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3).

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik SPR sebagai Pegawai Pengurus manakala Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular