Teks Ucapan Calon Wakil Rakyat PR Di Hulu Selangor

Assalamualaikum,

Bila saya menulis buku “Saya pun Melayu”, saya ingin tegaskan jiwa dan cara hidup saya Melayu. Saya yakin saya faham pemikiran dan emosi Melayu. Sungguhpun saya menerima hakikat dalam jiwa, pemikiran dan juga cara hidup orang Melayu, pun ada banyak perspektif dan sisinya, saya percaya orang Melayu pun mempunyai akal budi yang boleh menerima perbezaan pandangan.

Oleh itu, dalam usaha pihak tertentu untuk menjarakkan saya daripada teras jiwa dan akal budi Melayu iaitu Agama Islam, saya ingin menegaskan, sebagai orang Melayu saya percaya kepada Allah dan akur serta tnduk pada ketetapan dan peraturanNya. Saya percaya kepada qada dan qadarNya, saya sedar akan takrif pahala dan dosa yang telah ditentukanNya.

Paling penting saya percaya kepada sifat Pengasih dan PenyayangNya. Dalam pengalaman hidup saya, saya terima sebagai satu proses memperbaiki akidah saya sendiri. Alhamdulillah, apabila ada peringatan seumpama ini, saya akan lebih berhati untuk tidak mengulangi keterlanjuran silam. Saya percaya bahawa rasa menyesal dan azam untuk tidak mengulangi maksiat silam adalah prasyarat taubat.

Maka apabila saya membuka diri kepada Allah, saya lakukan dengan penuh keinsafan dam keyakinan bahawa sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-GhaffarNya akan menelurkan perkenenNya untuk menerima saya sebagai muslim yang amat perlu belas kasihanNya.

Begitu juga sebagai seorang Melayu yang menyapa saudara-saudara pengundi Islam di Hulu Selangor saya insaf dan yakin pemikiran, jiwa dan adab Melayu mereka adalah dibingkai oleh ciri taubat dan pemaaf yang diimani daripada ajaran Allah S.W.T. Saya bukan maksum tetapi insane Muslim yang mahu kesempurnaan iman. Saya bukan sempurna tetapi saya mahu kesempurnaan untuk seluruh orang Melayu di Hulu Selangor dan kesaksamaan bagi setiap insan, di mana jua.

Saya mahu meneruskan niat dan tekad saya. Saya melihat pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah satu peluang dan jalan untuk saya merapati sasaran kesempurnaan iman, amal dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan Melayu.

Wassalam.

Datuk Haji Zaid Ibrahim


Undilah Calon Pakatan Rakyat


PRK Hulu Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular