APCO Punca Najib Enggan Halang Blair, Rakyat Akan Berhimpun

Parti- Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana hingga ke hari ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberikan respon terhadap desakan PAS dan pelbagai NGO yang membantah kehadiran mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Sebelum ini PAS sudah mendedahkan bahawa Blair merupakan ahli utama dalam kumpulan pelobi Israel dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London iaitu Darren Murphy.

APCO yang merupakan syarikat perunding kerajaan Britain telah menghasut Kerajaan yang dipimpin Blair untuk menyerang Iraq pada 2003 bersama Amerika. Mereka telah menuduh Iraq sebagai negara yang menaja pengganas dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran termasuk dari jenis nuklear dan senjata kimia.

Pembohongan itu terbongkar dalam satu laporan siasatan suruhanjaya bebas yang dipengerusikan oleh Willibrord Davids di di The Hague, Belanda awal tahun ini. Ribuan rakyat Iraq dibunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian dinegara sendiri. Hingga ke hari ini Kerajaan Iraq masih dijaja oleh Amerika dan Britain.

Oleh itu kehadiran Blair ke Malaysia jelas sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan dan keamanan sejagat. Tangan Blair masih berlumuran darah, tapi Najib masih bangga untuk menyambutnya hanya kerana APCO menjadi tulang belakang kepada gagasan 1 Malaysia hari ini.

PAS bertegas mahu agar Blair tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Jika kerajaan berdegil, PAS menyeru seluruh warganegara Malaysia yang prihatin kepada nasib mangsa-mangsa perang di Iraq untuk turun berhimpun bagi menunjukan bantahan pada 24 April 2010 di Sunway Pyramid Convention Centre Persiaran Lagoon Bandar Sunway Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi kerana Blair akan akan berucap ditempat berkenaan. Perhimpunan aman ini akan dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular