PR : Pengalaman & Kebolehan Zaid Akan Membawa Kemenangan
PENGALAMAN luas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim sudah cukup memberikan peluang kemenangan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, menurut Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
"Zaid seorang yang tahu selok belok pentadbiran negara dan juga permasalahan yang sering membelenggu rakyat." katanya ketika diminta mengulas kelebihan calon Pakatan Rakyat.
"Saya melihat petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bawahan.
"Pengalaman beliau (Zaid) menjadi menteri, mengurus sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia, akan membantu memenangkan beliau, membantu Pakatan Rakyat di Parlimen dan memperkukuh Pakatan Rakyat mendepani politik mendatang," katanya.
Ketika diminta mengulas berkenaan pertandingan empat penjuru, beliau dengan yakin mengatakan dua calon bebas tidak sedikitpun menggugat kedudukan Zaid sebagai calon terbaik pilihan rakyat Hulu Selangor.
"Saya tidak melihat ada sebarang kekuatan pada calon bebas kerana rakyat tahu mereka ini tidak punya sebarang dokongan dan asas untuk membantu rakyat dan membela nasib mereka," katanya lagi.
Pertandingan empat penjuru antara Datuk Zaid Ibrahim, P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah sudah pasti menjanjikan suatu catatan sejarah dalam negara dan menjadi penantian seluruh rakyat tanah air. Go PR! Takbir (3x)!
DPP Pasir Gudang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan