Perusuh Myanmar bagaikan pejuang, perusuh Malaysia dianggap petualang?
Pelik tetapi benar. Pada malam Ahad 30 September 2007 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 'menyelar' sikap tentera dan paskan polis yang bertindak kejam terhadap orang ramai yang mengadakan demonstrasi.
Perusuh di Myanmar disifatkan sebagai 'pro demokrasi'. Abdullah menyelar tentera dan polis Myanmar kerana bertindak kasar terhadap perusuh dan masyarakat umum di sana.
Apakah anggapan Abdullah terhadap polis dan tentera Myanmar di sana? Kejam atau zalim? Bagaimana pula dengan perusuh Myanmar yang marah disebabkan kenaikan harga petrroleum? Apakah perusuh ini sebagai 'hero'.
Itulah hakikat fikiran sesetengah masyarakat umum di negara ini termasuk pemimpin media elektronik, media cetak perdana negara, intelektual Melayu dan yang terpenting sekali adalah para pemimpin Barisan Nasional yang kononnya berfikiran intelek tetapi separuh masak dan bebal.
Majoriti mereka hanya berfikiran 'selapis' atau 'malas berfikir' dengan kita sememangnya sedih dengan hakikat ini kerana sudah 50 tahun kita merdeka tetaspi cara berfikir masih di tahap tahun 1954.
Pelik tetapi benar adalah kisah pandangan Abdullah, Syed Hamid dan majoriti pemimpin media utama negara ini dan sesetengah masyarakat umum yang bersikap Pak Kaduk terhadap polis, tentera Myanmar dan polis di Malaysia serta antara demontarisi atau perusuh di Myanmar dan perusuh di negara ini.
Seluruh dunia marah termasuk dengan pemimpin Barisan Nasional termasuk RTM, TV3 dan sekutu-sekutunya apabila pasukan keselamatan Myanmar bertindak kejam dengan melepaskan tembakan ke arah perusuh sehingga ada yang menyebabkan kematian dan kecederaan.
Dalam laporan The Associated Press pada 28 Jumaat ini dipetik sebagai berkata sejumlah tentera Myanmar telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penunjuk perasaaan antikerajaan di Yagoon menyebabkan sembilan orang terbunuh termasuk seorang warga Jepun.
Kejadian tembakan itu mengakibatkan 11 lagi cedera itu dilakukan ketika puluhan ribu orang enggan mematuhi arahan supaya tidak melakukan tunjuk perasaan.
Apa yang menarik para saksi dan diplomat Barat mendakwa bahawa puluhan orang ditahan dan sebahagian dibelasah selepas askar-askar melepaskan tembakan di Yangoon. Di beberapa bahagian lain di bandar itu, ribuan penunjuk perasaan melarikan diri dan tompokan darah dan selipar bertaburan di jalan raya.
Apakah punca berlakunya tunjukan perasaan itu? Ia adalah disebabkan apabila 100 sami Buddha yang mengetuai tunjuk perasaan itu yang bermula kerana membantah kenaikan harga petroleum sejak Ogos lepas.
Pemimpin Barisan Nasional bersama dengan pemimpin Barat melemparkan pelbagai tekanan dan kekecewaan dengan sikap Junta tentera yang kononnya menolak demokrasi. Mereka marah dan menganggap tindakan pasukan keselamatan Myanmar itu disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Gambaran yang dapat diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional dan pemimpin dunia lainnya adalah tentera dan polis Myanmar kejam dan tidak berperikemanusiaan sementara para perusuh dianggap sebagai kumpulan wira dan pejuang yang perlu diberikan pembelaan.
Apa yang lebih menarik lagi kerana disebabkan tindakan pasukan keselamatan dan polis yang kejam terhadap perusuh, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan bahawa akan merujuk Myanmar yang diperintah tentera junta dengan nama lamanya, Burma.
Tindakan itu kononnya diambil sebagai menyokong aktivis pro demokrasi yang sedang mengadakan bantahan. Jurucakap White House dipetik sebagai berkata, keengganan kami menggunakan nama yang digunakan oleh pihak junta bertujuan untuk tidak menyokong rejim yang ditolak oleh rakyat.
Begitu juga sebelum ini dengan rusuhan yang berlaku di Pakistan dan beberapa negara lainnya. Para perusuh atau para demonstrasi dianggap sebagai 'wira' sementara pasukan keselamatan atau polis yang bertindak menembak dan memukul dianggap sebagai 'crook' atau penjahat.
Demonstrasi yang dilakukan di Pakistan telah berjaya mengembalikan semula Ketua Hakim Negara yang dipecat kepada kedudukan asalnya.
Bagaimana dengan negara kita? Negara ini yang mengamalkan demokrasi terpimpin menganggap perusuh Myanmar sebagai wira dan pasukan keselamatan, polis dan pemimpinnya sebagai 'crook' cukup berbeza sekali dengan cara berfikir dengan diri sendiri Perusuh dan para demonstrasi dianggap 'crook' dan petualang sementara pasukan keselamatan pula sebagai hero atau penyelamat. Pelik tetapi benar.
Apabila berlaku rusuhan di Batu Buruk, pasukan Keselamatan dan polis mengedarkan gambar mereka yang terbabit untuk diambil tindakan. Perusuh dianggap orang yang paling bersalah dan paling dikehendaki seolah-olah mereka menjadi ancaman kepada seluruh masyarakat di negara ini.
Lebih ironis lagi apabila Dato' Seri Zainuddin Maidin telah mengarahkan RTM supaya menyiarkan slot rusuhan di Batu Buruk ini berulangkali sebagai suatu propaganda murahan dengan menanam di fikiran rakyat bahawa perusuh ini adalah paling teruk dan biadap.
Perusuh ini yang hanya berada di satu daerah dan ada yang terkena tembakan peluru hidup, menghadapi FRU dan ada yang ditangkap termasuk yang menyerah diri disifatkan sebagai 'crook' atau 'penjahat' sementara pasukan keselamatan pula dianggap sebagai 'hero'.
Begitu juga apabila berlakunya tunjukkan perasaan membantah kenaikan harga tol, minyak dan barangan lain yang benar-benar membebankan rakyat, situasinya adalah sama iaitu perusuh dan para demonstrasi sebagai 'crook' atau petualang sementara pasukan keselamatan atau polis sebagai hero. Pemimpin Barisan Nasional pula dianggap sebagai pemimpin yang benar dan perlu disanjung sepanjang hayat!
Sekali lagi pelik dan benar cara orang-orang kita berfikir. Para demontrasi dianggap wira negara kerana mengadakan demonstrasi sebagai membantah kenaikan harga petroleum sejak Ogos lalu di negara ini pula para demonstrasi yang membantah kenaikan harga minyak dianggap 'pesalah' kepada negaranya.
Sekali lagi ia menunjukan kecelaruan yang bermula dengan pemimpin utama Barisan Nasional dengan diikuti oleh sesetengah kumpulan rakyat pandir!
Bagaimanapun harus difahami tidak semua pasukan keselamatan terutama polis tunduk kepada arahan pemimpin Barisan Naisonal. Ada juga yang berfikiran terbuka dan memberi kebebasan kepada pemimpin pembangkang untuk berceramah atau berdialog dengan syarat ia tidak mengganggu ketenteramaan awam.
Kita yang paling cukup kecewa dengan intelektual pandir yang sentiasa membenarkan kata-kata pemimpin Barisan Nasional walaupun segala ceritanya berkisar kepada rakan-rakan Pak Kaduk dan Pak Pandir.
Kadang-kadang kita tertarik dengan pandangan Ketua Pengarah Ikim mengenai cerita Pak Pandir dan Pak kaduk yang sedang memerintah sekarang. Yang paling teruk adalah balaci-balaci Kaduk dan Pandir selepas tahu bos mereka sememangnya 'kurang bernasih baik' kerana malas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan