Memahami Tarbiah Ramadhan dan Penghayatan Perjuangan Islam.
Usrah yang dijalankan pada minggu yang lalu menampilkan Ketua Lajnah Tarbiah Pemuda Pas Negeri Johor, Ust. Azam Abd. Razak. Dalam ceramahnya, beliau menghuraikan beberapa pengajaran dari Ramadhan dalam konteks perjuangan Islam.
“Perjuangan Islam ini memerlukan pengorbanan masa. Lebih-lebih lagi masa perdana iaitu waktu pagi dan petang. Pengorbanan ini seumpama pengorbanan Habil yang diterima oleh Allah hasil dari keikhlasannya mengorbankan ternakan yang terbaik...”
“... Oleh sebab itu, dalam perjuangan Islam mesti ada individu yang bekerja sepenuh masa. Mereka ini memikirkan strategi dan melaksanakan perancangan untuk memperkukuhkan organisasi dan segera melengkapkan prasyarat kemenangan...”
“... janganlah kita jadi seperti orang munafik. Orang-orang munafik bila bertemu Rasulullah selalu menanyakan bila mereka perlu berperang bersama Rasulullah. Namun bila sampai arahan berperang mereka inilah yang berpaling dari menghadapi musuh...”
Lihat rakaman video program ini di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan