Marathon Bola Jaring Terlama (50 Jam) & Teramai

Umno Cawangan Tmn. Mawar sedang mengadakan pertandingan Bola Jaring yang boleh dianggap keterlaluan. Bayangkanlah bilamana anak-anak muda dibiarkan bersukan walau jam sudah menunjukkan jam 5 pagi. Memang tidak dinafikan kumpulan-kumpulan yang bertanding tidak bertanding berterusan tapi adakah wajar mereka melakukan aktiviti sukan pada malam sehingga dinihari? Adakah semata-mata hendak mengejar nama mereka tercatat dalam Malaysia Book Of Records dengan memperkudakan anak-anak muda kita yang saya yakin 80 peratus melayu Islam? Adakah Islam mengajar aktiviti sebegini? Adakah Umat Islam ingin mengikut jejak barat? Makan dan bersukan secara ekstrem?




Suka diingatkan di sini bahawa Melayu memang mudah diperbodohkan setelah terjadi isu-isu yang tidak dapat ditutup lagi seperti kes Istana Isu Datuk Zakaria Md Deros, rasuah Ketua Pengarah BPR, dan Pembunuhan Altantuya. Sudah memang sejak azali lagi politik tabir sebegini yang menjadi trend Umno dulu kini dan selamanya. Akhir sekali Melayu la mangsanya...


Melayu dilekakan dengan hiburan yang membuatkan mereka meredakan segala kesalahan yang dilakukan pemimpin mereka. Lihat saja JomHeboh di Perak yang terang-terang kufur terhadap nasihat Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu jela depa tau.....bersukan n hiburan..xsalah jika nak buat kedua2nya tapi jangan terlalu over akibatnya lihatlah apa yang terjadi..ramai remaja lebih cenderung kepada kehidupan yang berkisar kpd sukan dan hiburan realiti cth spt AF, MI dsbnya..tak terkira rasanya.......

Tanpa Nama berkata...

inilah dikatakan semangat Malaysia Boleh! tiada yang tidak boleh..melainkan boleh belaka...

Annawawiy berkata...

Demi negara Malaysia tak mustahil mereka mengejar apa sahaja yang akan memberi kebanggaan negara walaupun salah di sisi Islam.

Seperti yang kita tahu jika nak mengharumkan nama negara tak berlu bersolat. Berenang merentasi selat dibolehkan untuk tinggalkan solat kata ulamak umno).

Dan kali ni berlaku lagi di depan mata kita. Apa tidaknya? Orang dah azan tapi mereka masih meneruskan permainan. Setakat berhenti untuk dengar azan sahaja. Fikir-fikirkanlah.

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular