Tazkirah Isu Banjir di Surau Kg. Plentong Baru

Pas Kawasan Pasir Gudang hari ini telah berjaya menganjurkan suatu majlis tazkirah maghrib di Surau Kg. Plentong Baru. Tazkirah yang berkisar mengenai malapetaka banjir telah disampaikan oleh Ust. Azzam yang kini bertugas sebagai guru di sebuah Sekolah Agama di Mersing. Beliau dilihat berjaya menarik perhatian para jemaah surau dengan hujjah akal dan al-Quran yang diolah dengan baik.


Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan memperbaiki keadaan masyarakat dengan melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar berdasarkan kemampuan masing-masing. Bagi pemimpin yang berkuasa ada tanggungjawabnya begitu juga pemimpin dalam keluarga dan masyarakat. Maka jika ada perkara-perkara maksiat yang berlaku maka percepatkanlah pencegahannya agar tidak merebak dan semakin parah yang akhirnya mengundang bala Allah s.w.t.

"Jika kamu ada kuasa maka laksanakanlah kerja-kerja mencegah kemungkaran. Jika tak mampu maka luahkan teguran dan jika tak mampu juga maka bencilah kemaksiatan itu dengan hati dan itulah selemah-lemah iman," ujar beliau.
Kehadiran seramai hanya 80 orang sudah cukup memberi kelegaan kepada pihak penganjur. Terdahulu pihak jawatankuasa surau telah menulis surat jemputan khas kepada seluruh penduduk kampung tersebut yang ternyata kurang mendapat sambutan. Namun begitu, bagi mereka sudah cukup buat permulaan dalam usaha mereka untuk mengimarahkan surau tersebut. Jika sebelum ini tiada langsung majlis ilmu yang diadakan tapi hari ini mereka telah dianggap berjaya merintis jalan kepada pemanfaatan surau untuk kepentingan masyarakat di sini.

Menurut Sdr. Mazlan, salah seorang AJK Surau tersbut berkata, "Kita telah edar 150 surat jemputan khas kepada penduduk-penduduk di sini sebelum ini tapi yang datang tak sampai separuh. Kita juga dah tampal poster mengenai program ini di tempat-tempat strategik seperti kedai runcit, balairaya dan jalan-jalan utama di kampung ini. Kami rasa kami telah buat yang terbaik di segi promosi. InsyaAllah lain kali kita akan cuba perbaiki mana yang patut."


Satu lagi acara akan diadakan pada esok pagi dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Tn. Hj. Aminulhuda bagi slot sumbangan kain pelekat kepada mangsa banjir. Program ini dijangka bermula 9 pagi dengan rewang dan jamuan tengahari untuk seluruh penduduk Kg. Plentong Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular