Situasi Banjir Pada Hari Jumaat 12 Januari

Hujan yang mencurah-curah masih lagi turun pada awal pagi Jumaat dan berterusan sehingga ke waktu petang. Hujan yang amat lebat menyebabkan paras air di beberapa kawasan di Plentong naik seterusnya memaksa penduduk berpindah.

Beberapa jalan utama di Plentong telah dinaiki air dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Jalan ke permas Jaya dari Bandar Plentong telah dinaiki air ke paras 1 meter. Kenderaan petugas Pas yang ingin memberi bantuan makanan kepada keluarga yang dipindahkan semalam juga terkandas dari mulai jam 3 petang hingga ke pukul 6 petang.


Kelihatan Tn. Hj. Masrom Timbalan YDP Pas Pasir Gudang turut membantu menolak sebuah van yang terkandas ketika melalui jalan dari Permas Jaya ke Plentong.

Suasana lalulintas yang tergendala akibat banjir yang sedalam 1 meter. Hanya kira-kira jam 6.30 petang kenderaan beransur-ansur mengharungi air yang mula menunjukkan tanda-tanda surut.

Gambar di atas menunjukkan sebuah rumah di Kg. Plentong Baru yang dinaiki air sehingga kira-kira 2 meter.

Dan ini pula keadaan beberapa buah rumah di Kg. Plentong Baru yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Dewan Pemuda Pas dengan bantuan Pas Kawasan dan Muslimat akan bersama-sama memberi sumbangan pada pagi esok jam 7.45pagi. Sumbangan berupa makanan dijangka dapat diberikan kepada 100 keluarga. Sumbangan kepada mangsa banjir ini adalah ehsan dari sumbangan orang ramai dan ahli korporat yang bekerja di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular