Persiapan Sumbangan Mangsa Banjir 20/1/2007

Dalam waktu terdekat ini, satu lagi Program Sumbangan Mangsa Banjir di Kg. Plentong Baru, Kg. Saujana Baru dan Kg. Melayu Pandan akan dilaksanakan dengan penglibatan dari Semua AJK Pas, Muslimat dan Dewan Pemuda. Program akan dimulakan dengan berkumpul di Rumah Sdr. Abd. Rahim, YDP Pas Kawasan Pasir Gudang di perkarangan rumahnya di Kg. Plentong Baru pada 20/1/2007 tepat jam 9 pagi.

AJK Pas kelihatan membantu Dewan Muslimat membungkus barangan keperluan bagi diagihkan kepada mangsa banjir.


Pada Hari Selasa yang lalu, para petugas Pas Negeri Johor yang diketuai oleh Sdr. Khairul Faizi, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor telah turun ke Pasir Gudang bagi menyampaikan sejumlah barangan keperluan berupa air mineral sebanyak 150 kotak bersama beberapa keperluan lain untuk diagihkan kepada mangsa banjir.


Kelihatan beberapa jawatan kuasa Bilik Gerakan Banjir sedang bertungkus-lumus membuat kerja-kerja pembungkusan barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir pada Sabtu ini.


Syabas diucapkan kepada Dewan Muslimat Pas yang berjaya menunjukkan komitmen mereka kepada program ini yang secara langsung memberi keyakinan kepada Pas akan kemampuan Muslimat dalam perjuangan Islam khususnya di Pasir Gudang.

Untuk makluman, Pas kawasan Pasir Gudang telah membuka sebuah Bilik Gerakan Banjir bagi mengendalikan pengurusan sumber bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Pasir Gudang. Bilik Gerakan Banjir ini telah dibuka di No.18, Jalan Beringin 15, Taman Rinting, 81750 Masai. Bilik gerakan ini dibuka 24 Jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku kecemasan. Sila hubungi Sdr. Syed Othman di talian 013-7511818 untuk maklumat lanjut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular