Berjuang Biarlah Ikhlas

Meletakkan kepentingan Islam mengatasi segalanya , Inilah asas penting bagi seorang pejuang Islam bagi membuktikan keikhlasannya berjuang . Bertindak menjadikan puak atau kumpulan lebih penting berbanding Islam dan perjuangannya adalah satu tindakan salah dan menyeleweng dari manhaj an Nabawi .

Demikian juga sikap berdolak dalih dengan kebenaran demi memburu kepentingan duniawi bahkan sanggup pula mengampu untuk mencari tempat selesa dalam perjuangan kononnya , adalah suatu langkah yang tidak benar serta menyalahi sunnah perjuangan Islam .

Apa yang pasti , pejuang – pejuang Islam mesti mendepani segala cabaran tanpa ragu untuk mengorbankan segalanya andai itulah yang diperlukan. Sekalipun disaat berhadapan dengan pemerintah yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt.

Mengambil sikap hanya bercakap dan mengemuka pandangan tidak melebihi dan melampaui pandangan pemerintah merupakan sikap tidak telus dan tidak wajar buat seorang pejuang apalagi seorang muslim bertaraf sarjana .

Tentu sahaja etika kesarjanaan meletakkan kita berani berkata benar dan tiada siapa boleh menghalang kebenaran untuk mengemukakan pandangan atau pendapat berasaskan hujjah syariah yang dipelajarinya.

Perjuangan yang telah mengorbankan masa , harta , darah dan nyawa ini tidak seharusnya dipersiakan dengan sikap yang salah dan tindakan yang menyanggahi prinsip ilmu dan amal Islami . Kelak , segala yang dikorbankan itu hanya menjadi debu tanpa nilai . Ingatlah pesanan Ilahi :

23. Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.
Surah al Furqan . Ayat : 23


Dipetik dari:
DiaRy SeoRanG MujaHiD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular