Program Bantuan Mangsa Banjir di Kg. Plentong Baru dan Kg. Melayu Pandan

Program kali ini meliputi kawasan yang teruk dilanda banjir iaitu di Kg. Plentong Baru dan Kg. Melayu Pandan. Seramai lebih kurang 210 keluarga telah menerima sumbangan dari Pas Pasir Gudang dengan kekuatan petugas seramai 30 orang terdiri dari AJK Pas, Dewan Pemuda dan Muslimat.



Pada waktu petang pula petugas-petugas memulakan proses pengagihan beras dan lampin bayi di sekitar Kg. Melayu Pandan. Jelas kelihatan kesan-kesan banjir di sekitar kawasan yang menunjukkan betapa beratnya kesusahan yang ditanggung mereka.


Rumah yang didirikan hampir dengan sungai menyebabkan sebahagian dari struktur belakang rumah dibawa arus deras. Sayu hati apabila melihat keadaan sebegini namun apa yang terbit dari mulutnya hanyalah peringatan kepada semua bahawa ujian dari Allah mesti dihadapi oleh hambaNya dengan redha.

Walaubagaimanapun Pas seperti biasa membawa konsep pembelaaan nasib rakyat secara adil dan saksama tanpa mengendahkan apa parti yang disokong. Dan inilah yang sebenarnya yang dianjurkan dalam Islam. Slogan "Islam untuk Semua" yang tersemat pada baju parti bukan hanya slogan tapi dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan