Edar Risalah Pilihanraya di Kg. Pasir Gudang Baru
Edaran risalah pada kali ini telah dijalankan di Kg. Pasir Gudang Baru, kubu kuat Umno Pasir Gudang. Kekuatan Umno di sini terserlah dengan bendera-bendera yang dipamerkan di beberapa rumah yang kami lawati walaupun dari segi zahirnya rumah-rumah tersebut tak ubah seperti 'Istana' pemimpin-pemimpin umno.
Kedatangan kami di kampung disambut dengan cercaan dari imam (Umno) dan bilal masjid kampung tersebut. Mereka meminta kami agar lebih beradab ketika ingin menjejakkan kaki ke kampung mereka kerana pada mereka perbuatan masuk ke kampung orang tanpa meminta izin kepada ketua kampung adalah bukan budaya masyarakat melayu (Umno).
Adakah semua orang yang masuk ke kampung ini telah meminta izin kepada ketua kampung terlebih dahulu? Atau adakah kerana baju yang kami pakai mewajibkan kami bertemu dan melutut di depan ketua kampung?
Ingin saya ingatkan di sini bahawa setiap parti politik mempunyai hak berkempen mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Soal mintak izin kepada ketua kampung adalah tatasusila kemasyarakatan yang sesuai untuk perkara tertentu.
Namun tindakan imam (Umno) tersebut mengunci masjid lebih berat kerana dalam islam tidak dibenarkan mengunci masjid kerana masjid adalah rumah Allah, bukan macam rumah kita. Inilah pemimpin Umno yang amat memahami tastasulia melayu dari Islam.
Secara zahirnya, sokongan mereka kepada Umno hanya sekadar membolehkan mereka mendapat sebidang tanah setinggan di tepi laut yang terdedah dengan banjir dan risiko bahan kimia yang dilepaskan dari kilang-kilang berhampiran. Tetapi Umno tidak mampu meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat yang perlu mereka tanggung saban hari.
Lambat laun mereka akan melutut kepada Umno yang telah tua dan tidak mampu menolong diri mereka sendiri. Umno semakin lemah akibat penyelewengan yang mereka pupuk sepanjang 50 tahun menerajui negara ini. Segalanya telah terbukti dengan skandal dan pecah amanah yang terpapar di media massa hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan