Duta Penyelamat dan Kasih Sayang

TAIPING, 9 Ogos (Hrkh) – Setiap pimpinan di setiap kawasan mestilah menjadi `duta penyelamat' dan `duta kasih sayang' kepada masyarakat setempat agar kehadiran mereka mendatangkan manfaat dan ketiadaan mereka suatu kehilangan yang amat dirasai oleh setiap anggota masyarakat. Oleh kerana itu apabila berlakunya satu bencana dan trajedi yang melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda, pimpinan PAS mesti terkehadapan daripada mana-mana pertubuhan sebagai `duta penyelamat' dan `duta kasih sayang'.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Anuar Tahir, ketika berucap kepada seluruh perwakilan PAS Negeri Perak di majlis Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Markas Tarbiyah PAS Negeri, di Air Kuning, Taiping, Ahad lalu.

"Sewaktu seseorang itu atau keluarganya ditimpa dengan musibah sama ada kebakaran, banjir, dilanda angin puting beliung, mereka dalam keadaan sedih dan pilu, ketika itu kita yang mendahului lain-lain pertubuhan, datang sebagai `duta penyelamat' dan `duta kasih sayang' menghulurklan bantuan sama ada wang ringgit atau tenaga tulang `empat kerat' , pastinya bantuan itu mereka ingat sampai bila-bila," ujar beliau.

"Kita bukan hendakkan pujian atau sanjungan dari sesiapa, kita berikan pertolongan kerana Allah kerana kita wajib membantu mana-mana orang yang ditimpa kesusahan dan penderitraan, kerana itu pimpinan PAS mesti berada barisan depan untuk menghulurkan pertolongan dan bantuan,"tambah beliau.

Walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, tetapi apa yang penting di saat mereka yang ditimpa musibah dan mengharapkan bantuan, ketika itu pimpinan PAS tampil memberikan bantuan dengan mengenepikan fahaman politik kepartian, tanpa mengira bangsa dan agutan agama, katanya.

"Kata orang 'teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar ditemui', ketika orang menangis itulah pimpinan PAS datang sebagai `duta penyelamat', memberikan semangat kepada mereka yang ditimpa musibah dan mengingatkan mereka tentang kesabaran kerana setiap yang hidup pastimya mati dan setiap manusia akan diuji dan dicuba oleh Allah," jelasnya.
Beliau turut mengingatkan pimpinan PAS di setiap kawasan khususnya yang akan menjadi calon supaya bertemu dengan masyarakat dengan semangat `kasih sayang', bertemu dengan setiap anggota masyarakat dengan `senyuman' dan memberikan bantuan yang sewajarnya bila diperlukan.

"Jangan bila `gendang perang dipalu' dan Parlimen pun dibubarkan, baru kita sibuk untuk bertemu dengan masyarakat, ketika itu kita akan diejek dan diperli bila pilihan raya baru hendak tunjuk muka, baru hendak buat baik," ujarnya.

Sehubungan itu beliau turut mengingatkan pimpinan PAS supaya memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan kerana dalam pilihan raya kerana undi dari orang ramai adalah amat berharga, disebabkan itu sebarang perselisihan faham mesti dihindari dan dielakkan terutama dengan rakan-rakan dari KeADILan.

"Saya akan cantas keturunan berjanggut!"

Semalam, Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang telah menerima aduan dari beberapa orang pekerja sebuah kilang di Pasir Gudang yang mendakwa dinafikan hak untuk menyimpan janggut dan dipaksa membaca mantera yang memuja manusia. Kegagalan mereka melakukan arahan tersebut telah menyebabkan mereka disisihkan dari tugas mereka sebagai operator mesin kepada kerja-kerja kebersihan kilang seperti mencuci tandas, membersih lantai dan sebagainya.

Sdr. Syed Othman, Ketua Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang menyatakan kekesalannya di atas perkara ini. Beliau yang menerima aduan sebelum berlangsungnya ceramah oleh Dato' Dr. Hassan Ali yang diadakan di sini malam tadi berjanji akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam kes ini. Sehubungan dengan itu satu memorandum akan dikeluarkan oleh pihak beliau kepada kilang terbabit menggesa agar pihak pentadbiran mengambil tindakan ke atas pengarah kilang terbabit.

"Kami akan berdemonstrasi di hadapan kilang tersebut jika tiada apa-apa tindakan setelah memorandum diserahkan." ujar beliau.

Dato' Dr. Hassan Ali, selepas ceramahnya telah diberitahu mengenai perkara itu dan beliau menyarankan agar surat peguam perlu dikeluarkan bagi memaksa pihak pentadbiran kilang memperbetulkan keadaan.

WPI dan Pulau Batu Putih Bakal Tergadai

Kes Pulau Batu Putih akan diputuskan oleh ICJ November depan. Desas desus sudah bertiup, kita mungkin kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik akan menjadi milik Singapura selama-lamanya.

Jika itu berlaku, Singapura sentiasa mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda 'Singapore Win', kita pula mudah lalai dan alpa.

Untuk membangunkan WPI, kita terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama.

Hikayat Munshi Abdullah mencatitkan, format seakan Jawatankuasa Bersama ini pernah ditubuhkan oleh Raffles. Rakyat Melayu diurus oleh Temenggong Husin, rakyat bukan Melayu diurus oleh Orang Putih.Pelbagai konsekuen politik akan muncul kemudian. Pada waktu itu, kita sudah terlambat.

Sama seperti isu penguasaan Singapura ke atas bekalan air yang membelit kita sekarang.Mengapa tidak Pak Lah belajar dari Tun M yang telah melaksanakan program strategik Pelabuhan Tanjung Pelepas?Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah ancaman kepada Singapura.

Ia bertujuan mengecilkan peranan Singapura dan negara kita mengambilalih sebahagian peranan dan kekuatan yang selama ini menjadi monopoli SIngapura selama beberapa abad.Ia berjaya. Tanpa kerjasama Singapura.

PTP telah menerima kapal pertama pada 10 Oktober 1999 untuk operasi percubaan selama tiga bulan, ia telah memecah rekod menjadi pelabuhan yang paling pantas berkembang. Ia menguruskan 1 juta TEUs (Twenty-Foot Equivalent Units) kontena selama 571 hari operasi.

Dari hanya 20,696 TEUs pada akhir 1999, telah berkembang kepada 2.05 juta TEUs pada 2001, 2.66 juta tahun 2002, 3.87 juta TEUs pada 2003 untuk mengatasi kedudukan Pelabuhan Kelang. Port Tanjung Pelepas dengan itu menjadi pelabuhan terbesar negara kita.

Pada tahun 2004, ia meningkat 15.2 % lagi, menjadikannya pelabuhan yang ke 16 tersibuk di dunia. Pada 2006, ia menguruskan 4.7 juta TEUs.Ia meletakkan dirinya sebagai pilihan kepada Pelabuhan Singapura.Maersk Sealand, operator kapal kontena terbesar dunia, memindahkan semua operasi perkapalannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun 2000. Singapura menyaksikan kejatuhan 10% perniagaan pelabuhannya kerana tindakan itu.

Pada 2002, Evergreen Marine Corporation, pada waktu itu, syarikat perkapalan kedua besar dunia pula, memindahkan operasinya dari Singapura.

Sekilas fakta ini, membuktikan bahawa, pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku.
Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan Singapura untuk WPI?
Apakah kita tidak mempunyai keupayaan merancang sendiri, seperti telah kita buktikan dalam kes Tanjung Pelepas?

Apa lagi jika bentuknya hanya untuk menjual tanah kepada Singapura?

Sumber: Siasah

Enam remaja direman kes culik, perkosa

JOHOR BAHRU: Polis mendapat perintah menahan reman enam remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bagi membantu siasatan kes culik dan rogol bergilir-gilir seorang wanita di Pasir Gudang, Jumaat lalu.

Majistret Salawati Djambari membenarkan permohonan menahan semua remaja yang tidak bersekolah itu selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 dan 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol.

“Semua remaja itu ditahan di kawasan perumahan di Taman Kota Masai, Masai, dekat sini, kelmarin,” katanya di sini semalam.

Difahamkan, semua suspek berusia 12 hingga 19 tahun itu mempunyai rekod jenayah juvana, tinggal bersama keluarga masing-masing di kawasan perumahan berkenaan.

Seorang daripada remaja terbabit dipercayai bekerja dengan pembekal gas memasak dan menggunakan lori majikannya bagi melakukan jenayah itu.

Dalam kejadian jam 11.40 malam, enam remaja yang menaiki lori dikatakan menghimpit motosikal yang dibonceng mangsa berusia 30 tahun yang ditunggang rakannya berusia 24 tahun. Mereka dalam perjalanan dari Taman Nusa Damai ke Pasir Gudang.

Mangsa yang terjatuh dari motosikal kemudian ditarik enam remaja berkenaan ke dalam lori sebelum dilarikan ke satu lokasi sunyi di Pasir Gudang sebelum dirogol bergilir-gilir.

Rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan sepasukan polis dari IPD Seri Alam diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerahnya, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid melancarkan satu operasi mengesan suspek.

Mangsa yang trauma akibat kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk pemeriksaan perubatan.

Sumber: Bharian

Usrah di sekolah mekanisme penyelesai kebejatan moral pelajar

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat tentang masalah remaja dizaman penghujung usia dunia ini jelas memperlihatkan peningkatan yang menakutkan. Semakin kita mengejar detik ketamadunan yang ingin kita julang kembali, semakin menular kemaksiatan yang dibuat oleh bakal pengemudi dunia Melayu di era akan datang.

Dada akhbar harian hari ini membentangkan graf peningkatan yang sama antara kemajuan fizikal dengan kehancuran moral remaja.



Sewaktu dunia di sebelah barat berlumba-lumba untuk kembali kepada suatu ajaran yang mampu mengimbangi teknologi semasa (merujuk kepada nama-nama besar yang memeluk agama Islam mutakhir ini), remaja kita pula sedang sibuk belajar dan berusaha untuk menjadi 'pengikut setia' budaya negatif barat yang semakin tiada penapisannya.
Jelas sekali satu pelan bertindak perlu segera dirangka dan dilaksanakan agar tapak tamadun yang sedang dibina sekarang tidak disediakan kepada generasi yang bakal meruntuhkan nama baik bangsa dan agama.

Rentetan sukarnya membendung masalah disiplin pelajar yang kini mendominasi iklim persekolahan, tumpuan sekolah sebagai pusat melahirkan intelektual dalam masyarakat tergendala.

Lebih merisaukan apabila guru-guru yang ingin membentuk peribadi pelajar menjadi semakin tertekan dan terkadang melepasi had atas alasan yang sepatutnya semua pihak sedar bahawa lebih wajar menyalahkan pendidik yang hanya masuk ke kelas memberi ilmu tanpa menghiraukan peribadi penerima ilmu tersebut (murid).

Ibarat membiarkan pisau (ilmu) berada pada tangan orang yang tidak dikenali, apakah natijah akhirnya bermanfaat atau memudharatkan.
Perkataan 'USRAH' mungkin sekali agak janggal dalam kalangan pelajar yang menuntut di sekolah harian biasa bahkan juga mungkin tidak terlalu mesra bagi sesetengah pelajar sekolah aliran agama.

Apa yang pasti bagi kebanyakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan beberapa sekolah berasrama penuh (SBP), mekanisma inilah yang telah sekian lama menjadi tunjang bahkan benteng kukuh serta jalan penyelesaian kepada kes-kes disiplin juga masalah sahsiah.
Justeru, kami merasa terpanggil untuk berkongsi usaha dalam agenda mengurangkan gejala negatif khususnya dalam kalangan remaja sekolah.

Proses usrah merupakan satu pertemuan yang dibuat dalam kelompok kecil sekitar tujuh hingga sepuluh orang pelajar dengan dipimpin oleh seorang ketua dipanggil naqib atau naqibah.
Lazimnya satu pertemuan akan dibuat seminggu sekali dengan perbincangan aspek keimanan, ibadah dan akhlak dipandu oleh naqib/naqibah.

Istimewanya, setiap naqib dan naqibah ini terlebih dahulu dipimpin oleh ustaz, ustazah dan guru-guru sebagai pembimbing (murabbi) sebelum berjalannya usrah.

Keunikan usrah ini adalah hubungan rapat (melepasi jangka waktu pertemuan) bagi setiap lapisan pembimbing samada naqib dengan ahli usrah atau naqib dan murabbi dalam berkongsi dan menyelesaikan masalah.

Dengan pelaksanaan sistem usrah ini, hirarki disiplin lebih tersusun bahkan melibatkan semua pihak di sekolah. Kes bebanan kerja (khususnya terhadap warden yang berkorban seluruh masa dan tenaga kepada anak-anak pelajar) pada pandangan saya mampu diatasi.

Setidak-tidaknya sumbangan yang sedikit oleh semua pihak termasuk pelajar sendiri, apabila disistemkan dan diatur dengan bentuk usrah ini, mampu membentuk persekitaran sekolah yang lebih terkawal.

Keselarasan dan keberkesanan sistem usrah ini diiktiraf dengan adanya Buku Panduan Usrah yang diiktiraf penggunaannya oleh Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia untuk digunakan oleh semua SMKA seluruh negara.

Dengan adanya teks panduan yang seragam ditambah nilai tanggungjawab pembimbing yang berbentuk piramid ini (satu individu membimbing kelompok yang kecil), kami menanam keyakinan pada Allah s.w.t. bahawa usaha ini adalah wajar dilaksanakan secara serius dan seragam dalam memastikan nilai intelektual dan sahsiah pelajar muslim kembali kepada landasan sebenar seterusnya mampu merealisasikan agenda modal insan.


Ibtila'

Mendokong PAS ini memerlukan nafas yang panjang .
Merancang perjalanan PAS memerlukan mata yang tajam.
Menjulang syiar PAS memerlukan semangat yang menunjang .
Menggerakkan jentera PAS memerlukan langkah yang mampan .

Justeru ia suatu kewajipan dan tanggungjawab yang sukar dan berat .

يأيها الذين ءامنوا مالكم إذا قيل لكم انفروا في سبيل الله اثاقلتم إلى الأرض أرضيتم بالحياة الدنيا من الآخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الآخرة إلا قليل . إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما و يستبدل قوما غيركم و لا تضروه شيئا و الله على كل شئ قدير . إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثانى اثنين إذ هما في الغار إذ يقول لصاحبه : لا تحزن إن الله معنا فأنزل الله سكينته عليه و أيده بجنود لم تروها و جعل كلمة الذين كفروا السفلى و كلمة الله هى العليا و الله عزيز حكيم . انفروا خفافا و ثقالا و جاهدوا بأموالكم و أنفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . لو كان عرضا قريبا و سفرا قاصدا لا تبعوك و لكن بعدت عليهم الشقة و سيحلفون بالله لو استطعنا لخرجنا معكم يهلكون انفسهم والله يعلم أنهم لكاذبون .
( التوبة 38 - 42 )

" Hai orang - orang beriman , apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu : “ berangkatlah ( untuk berjuang ) pada jalan Allah ” kamu berasa berat dan ingin tinggal ditempatmu ? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat ? padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan dengan kehidupan ) di akhirat hanyalah sedikit . Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang , nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksaan yang amat pedih dan digantinya kamu dengan golongan yang lain dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun . Allah maha kuasa atas segala sesuatu . Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya iaitu ketika orang - orang kafir mengeluarkannya ( dari Makkah ) sedang ia salah seorang dari dua orang yang ketika itu keduanya berada di dalam gua , di waktu ia berkata kepada temannya : “ janganlah kamu berduka cita , sesungguhnya Allah beserta kita .” Maka Allah menurunkan ketenangannya kepada Muhammad dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan orang - orang kafir itulah yang rendah sementara kalimat Allah itulah yang tinggi . Allah maha perkasa lagi maha bijaksana. Berangkatlah kamu , baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah . Yang sedemikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui . Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikuti mu tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka . Mereka akan bersumpah dengan nama Allah : “ Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama - samamu” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar - benar orang yang berdusta .”


Menjadi sunnah pergerakkan PAS ini :

· Mengharungi gelombang maut yang memerangkap. ( Bahaya )
· Meredah sahara berduri yang meruncing . ( Sukar )
· Menjelajah benua luas yang berliku . ( Jauh dan Sulit )

Namun begitu :

· Tiada ruang untuk mengelak diri
· Tiada lorong untuk lolos dari sunnah itu

لا يستئذنك الذين يؤمنون بالله و اليوم الآخر أن يجاهدوا بأموالهم و أنفسهم و الله عليم بالمتقين إنما يستئذنك الذين لا يؤمنون بالله و اليوم الآخر وارتابت قلوبهم فهم في ريبهم يترددون .
( التوبة 44 - 45 )

“ Orang - orang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak akan meminta izin kepadamu untuk ( tidak ikut ) berjihad dengan harta dan diri mereka dan Allah mengetahui orang - orang yang bertaqwa . Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang - orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hati mereka ragu - ragu , kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya .”

Suatu yang wajar difahami bersama : Ibtila’ atau mehnah berfungsi sebagai satu saringan .
و لنبلونكم حتى نعلم المجاهدين منكم و الصابرين و نبلوا أخباركم . ( محمد 31 )

" Dan sesungguhnya kami benar - benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang - orang yang berjihad dan bersabar diantara kamu dan agar kami menyatakan baik buruk hal ehwalmu.”

و لنبلونكم بشئ من الخوف و الجوع و نقص من الأومال و الأنفس و الثمرات و بشر الصابرين . ( البقرة 155 )

“ Dan sesungguhnya kami akan memberikan cobaan kepada mu dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah - buahan . Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar .”

الذين أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله و إنا إليه راجعون أولئك عليهم صلوات من ربهم و رحمت و أولئك هم المهتدون .
( البقرة 156 - 157 )

" ( iaitu ) orang - orang yang apabila ditimpa musibah , mereka mengucapakan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiuu’n” . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka dan mereka itulah orang - orang yang mendapat petunjuk.”

Saringan untuk lahirkan :
· Mujahid yang sabar
· Mendapat petunjuk sepanjang jalan


Ketahanan kita membawa mesej da’awah amat teruji tatkala kita berada di medan. Antara faktor penguji yang paling ketara ialah :

· Maslahah Syakhsiyyah
· Nafsu sendiri
· Sayang anak isteri
· Konflik peribadi
· Maslahah Maddiyah


لتبلون في أموالكم و أنفسكم و لتسمعن من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كثيرا و إن تصبروا و تتقوا فإن ذلك من عزم الأمور.
( ال عمرآن 186 )

" Kamu sungguh - sungguh akan diuji terhadap hartamu dan diri mu . dan juga kamu sungguh akan mendengar dari orang- orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang - orang mempersekutukan Allah , gangguan yang banyak yang menyakitkan hati . Jika kamu bersabar dan bertaqwa , maka sesungguhnya yang sedemikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan .”

Sebagai pejuang PAS kita terpaksa bertarung menghadapi kepentingan diri , keluarga , kerjaya dsb .

قل إن كان أباؤكم و أبناؤكم و إخوانكم و أزواجكم و عشيرتكم و أموال اقترفتموها و تجارة تخشون كسادها و مساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله و جهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتى الله بأمره و الله لا يهدى القوم الفاسقين .
( التوبة 24 )

" Katakan lah jika bapa - bapa , anak - anak , saudara - saudara , isteri - isteri , kaum keluargamu , harta kekayaan yang kamu usahakan , perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaannya dan rumah - rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulNya dan jihad di jalanNya , maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang fasiq .”

Antara lain , Ibtila’ yang dihadapi , dilema antara Amal Fardi , Amal Ijtimaie dan Amal Jamaie . Umumnya itu semua adalah Amal Islami . Namun dalam konteks kita tidak ada khalifah Islamiyyah , Amal Jamaie menjadi priority utama perjuangan PAS .

و لتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون.
( ال عمرآن 104 )
" Dan hendaklah ada dikalangan segolongan yang menyeru kebaikan , mengarah yang ma’aruf dan mencegah kemungkaran dan mereka itulah yang beroleh kejayaan .”

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تـنهون عن المنكر و تؤمنون بالله ولو ءامن أهل الكتاب لكان خيرا لهم منهم المؤمنون و أكثرهم الفاسقون.
( ال عمرآن 110 )

" Kamu adalah sebaik - baik ummah yang dikeluarkan di tengah - tengah manusia supaya kamu mengarah yang ma’aruf dan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah . Sekiranya ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka , diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah orang - orang yang fasiq .”


Notis :
· Amal Jamaie menjadi tanzim
· Amal Ijtimaie menjadi flatform
· Amal Fardi menjadi unsur pembinaan individu duat .

Beramal Fardi dengan meninggalkan Amal Jamaie adalah nyata kepincangannya .

إن الشيطان ذئب الإنسان كذئب الغنم يأخذ الشاة القاصية و الناحية فإياكم و الشعاب و عليكم بالجماعة و العامة و المسجد .
( رواه إمام أحمد )

“ Sesungguhnya syaithan adalah serigala ( kepada ) manusia sebagaimana serigala (kepada) kambing . Ia membunuh kambing yang bersendirian dan berasingan . Maka awasilah kamu dan juga masyarakat dan diwajibkan ke atas kamu berjamaah , berinteraksi dan mengimarahkan masjid .”


Berkata Abdullah ibnu Al Mubarak :

يا عــابد الحرمـين لو أبــصــــرتـنــا لـعـلــمــت أنك بالعــبادة تــلـــعـب.
من كان يخضب خده بدموعه فنحــــورنا بدمــــائـنا تـتـخضــب

“ Wahai hamba dua tanah haram kiranya kau lihat ( apa yang berlaku kepada ) kami
Nescaya kau akan mengetahui betapa kau hanya bermain - main terhadap ibadahmu”

“ Orang yang kebasahan pipinya dek air mata yang laju mengalir
tengkuk - tengkuk kami kebasahan dek darah kami yang mengalir”


Kita hanya selamat dan kuat dengan berjamaah .

IBTILA’ YANG MENGGANGGU KOMITMEN PROGRAM.

1. Luntur ketaatan pada pimpinan ( mengklasifikasikan pimpinan )
2. Kehadhiran program dalaman yang agak jarang .
3. Keprihatinan terhadap maklumat PAS tumpul
4. Sering beralasan dalam pelbagai keadaan

Menghadapi aneka Ibtila’ , kita mesti kaya perasaan dan berjiwa besar.

FAEDAH AL - IBTILA’

· تكفير الســـيئات
· رفع المـنـزلــة
· المكافأة في الدنيا
· إخلاص النفوس
· إظهار الناس على حقيقتهم
· الإقتداء بالصابرين

Sementara aspek yang lebih menguji / mencabar ialah konspirasi musuh Islam sedunia .

و إذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك و يمكرون و يمكر الله و الله خير الماكرين
( الأنفال 30 )

" Dan ingatlah tatkala orang - orang kafir mengatur tipudaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu . Mereka menyusun konspirasi itu dan Allah menggagalkan konspirasi mereka dan Allah sebaik - baik Pembalas konspirasi .”

Satu - satunya kekuatan bertahan menghadapi Ibtila’ yang pelbagai ialah yakin pada nusrah Ilahi . Ibtila’ suatu kepastian . Kita tidak boleh mengelak diri dari Ibtila’ justeru perjuangan ini amat mahal harganya .

Kita tidak boleh lari dari gelombang , kerana laut tetap bergelombang . Namun kita harus mahir cara menghadapi gelombang itu.

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون و لقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا و ليعلمن الكاذبين .
( العنكبوت 2 - 3 )

" Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : “ kami telah beriman ” sedang mereka belum lagi diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang - orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang - orang yang dusta .”

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة و لما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء و الضراء و زلزلوا
حتى يقول الرسول و الذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .
( البقرة 214 )

“ Apakah kamu menyangka bahawa kamu boleh memasuki syurga sedang kamu belum didatangkan ( ujian ) sebagaimana yang ditimpakan kepada orang - orang sebelum kamu .Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncang ( dengan pelbagai cubaan ) sehingga berkatalah rasul dan orang - orang yang beriman bersamanya : “ bilakah lagi pertolongan Allah ” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu amat hampir .”


Kita tidak perlu meninggalkan perjuangan yang bergelombang ini , kelak kita amat rugi berbuat demikian .

يأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم و يحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله و لا يخافون لومة لائم ذلك فضل الله يؤتيه من يشـاء و الله واسع عليم إنما وليكم الله و رسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلوة و يؤتون الزكوة وهم راكعون و من يتول الله و رسوله و الذين ءامنوا فإن حزب الله هم الغالبون .
( الـمـائدة 54 - 56 )

“ Hai orang - orang yang beriman , barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya maka Allah akan menggantikan dengan kaum yang lain , dimana Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah ,bersikap lemah lembut kepada orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang - orang kafir , mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang - orang yang mencela . sedemikian itu kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan Allah maha luas pemberianNya dan maha mengetahui . Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasulNya jua orang - orang yang beriman yang mendirikan solat , menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah . Dan barangsiapa mengambil Allah , rasulnya dan orang - orang yang beriman menjadi penolongnya , maka sesungguhnya pengikut ( ugama ) Allah itulah yang pasti menang .”


PENUTUP .

Intima’ dan Ibtila’ selayaknya ditangani oleh setiap anggota jamaah dengan kesedaran tarbawi yang tinggi kerana ia tidak bersifat teori , sebaliknya perbahasan ini bersifat fikratul amal .

DISUSUN OLEH :
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan Tantawi
Ketua DPP Kawasan Rompin Pahang Darulmakmur

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular