Islam bakal penyelamat hubungan kaum di Malaysia

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin masa semakin hampir untuk Malaysia menerima Islam sebagai penyelesai kemelut hubungan kaum yang telah berlarutan begitu lama di Malaysia.

"Adalah aneh sebuah parti yang menjadikan pegangan perkauman seperti Umno kononnya menawarkan penyelesaian bagi menamatkan konflik perkauman dan berjanji untuk memberi keadilan untuk kam-kaum lain di negara ini.

"Kita PAS sebagai parti Islam penuh yakin akan menjadi pilihan rakyat kerana pegangan kita sejak awal tidak menjadikan perkauman sebagai asas perjuangan sebaliknya mementingkan keadilan dan kebenaran yang sudah pasti akan berguna kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," kata beliau merasmikan Seminar Hubungan Muslim - Non Muslim dalam konteks Malaysia di Hotel New Pacific di sini pagi ini.

Mohamed Zainalabidin Hussin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular