Benarkah UMNO Johor Menolak Judi Sukan?
"Asalamu’alaikum dan salam perjuangan… UMNO Johor memang dilihat lebih berani untuk mengambil keputusan ‘melawan arus’ dengan keputusan UMNO Pusat berbanding dengan UMNO negeri-negeri yang lain. UMNO Johor pernah buktikan sikap kekonsistenan menentang PPSMI sehingga PPSMI terpaksa juga dikuburkan di dalam sistem pendidikan negara. Itu kelebihan UMNO Johor yang tidak ada pada UMNO di negeri yang lain. Di dalam ceramah di Kampung Punggur Barat malam tadi, saya menyampaikan ucapan memfokuskan kepada isu judi sukan kerana ia adalah sebahagian roadshow yang sedang dilakukan oleh Pemuda PAS dan rakan-rakan yang lain untuk membantah judi sukan. Saya merujuk kepada akhbar harian Sinar Harian yang baru beberapa hari berada di dalam pasaran negeri Johor. Tajuk “Mengapa UMNO Johor Tolak Judi Sukan” cukup besar ertinya kepada pejuang-pejuang yang menentang Judi Sukan yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini walaupun PM secara malu-malu menafikan bahawa lesen tersebut telah diluluskan. Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh di dalam penulisan saya ini dan saya ingin bandingkan dua pemimpin negeri yang telah bercakap tentang Judi Sukan ini iaitu YAB Lim Guan Eng dan YAB Datuk Abdul Ghani Othman. Apa persamaan mereka? Persamaannya adalah mereka adalah ketua kerajaan negeri dan mereka berdua menentang judi sukan. Lim Guan Eng tidak setuju dengan judi sukan dan Ghani Othman pun tidak setuju dengan judi sukan. Bermakna, kedua-dua pemimpin ini menolak judi sukan kerana ia mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat. Apa pebezaan mereka? Perbezaannya adalah sangat ketara. Lim Guan Eng menentang Judi sukan dengan menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan negeri dengan merujuk kepada Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan. justeru kerajaan negei Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat. Bukan sekadar membuat keputusan di dalam mesyuarat kerajaan negeri malah LGE telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan. LGE juga telah memberikan komitmennya dan bersedia untuk ke mahkamah di atas keputusan yang beliau buat. Bagaimana pula YAB Ghani Othman? Ghani Othman juga tidak bersetuju dengan Judi Sukan namun kenyataannya hanya mewakili UMNO Johor, bukannya kerajaan Negeri Johor. Kenapa Ghani Othman tidak membawa perkara ini ke dalam mesyuarat kerajaan negeri dan membuat keputusan bersama sepertimana yang dilakukan di Pulau Pinang?. Jika UMNO mendabik dada sebagai pejuang Melayu dan Islam maka tidak sepatutnya keputusan yang dibuat hanya berkisar di dalam parti UMNO sahaja. Adakah Datuk Ghani tidak berani untuk mendapatkan persetujuan daripada exco kerajaan negeri yang mewakili MIC dan MCA untuk menghalang lesen judi sukan di Johor?. Sebab itu keberanian dan kejantanan Datuk Ghani Othman menolak judi sukan yang pada mulanya mendapat perhatian daripada saya namun terus pudar apabila keberanian dan kejantanannya hanya sebagai Pengerusi UMNO Johor dan bukannya YAB Menteri Besar Johor. Jika setakat itu sahajalah keberaniaan Ghani maka saya tidak tahulah bagaimana pula desakan yang mampu dilakukan oleh UMNO di negeri lain yang jauh lebih lemah berbanding dengan UMNO Johor. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil 19 Jun 2010, 3.28 pagi
Satu keputusan yang cukup berani apabila UMNO Negeri Johor membuat keputusan menolak Judi Sukan. Itu satu keputusan yang saya saya kira satu keputusan yang patut dicontohi oleh UMNO di negeri-negeri lain. Kalau ada pun bantahan yang dibuat ia adalah bersifat senyap-senyap ataupun disembangkan di kedai kopi betapa mereka tidak setuju dengan keputusan kerajaan Najib Razak untuk meluluskan satu lagi lesen judi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan