PAS yakin PR pertahan Parlimen Hulu Selangor

TEMERLOH, 27 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan akan dapat memenangi semula kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat di samping terlalu banyak isu yang semakin membebankan Umno/BN.
Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dijangka akan diadakan dalam masa terdekat  berikutan kematian ahli parlimennya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam semalam.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas perkembangan semasa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang selepas mempengerusikan mesyuarat PAS negeri, sebentar tadi berkata banyak isu yang berlaku menyulitkan Umno untuk menjawabnya.

“Banyak isu yang sedang berlaku sekarang membelenggu Umno. Kita ada tiga isu besar yang  membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim,  isu 1Malaysia 1Israel dan isu lompat parti. Isu ini akhirnya menjadi beban kepada mereka. Kesemua isu ini akan kita dedahkan dan Umno begitu sulit untuk menjawabnya.
“PAS yakin apa yang diusahakan kerajaan Selangor selama dua tahun selepas pemerintahannya akan berjaya mempengaruhi pengundi,” katanya.

Ketika ditanya kesan daripada beberapa wakil rakyat melompat parti akan digunakan oleh Umno untuk berkempen, Tuan Ibrahim berkata PR tidak bimbang memandangkan wakil rakyat melompat tidak mempunyai pengaruh.

“Masa mereka keluar pun tak ada orang yang nak ikut. Mereka tak ada pengaruh sebaliknya isu itu akan membebankan Umno,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular