Hilang Undi @ Cukai Rakyat

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

najib and malaysia peopleMenurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

najib announce gdp 240210 02Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.

“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.

Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.

Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula hari ini.SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular