KONSPIRASI MUSUH TERHADAP ISLAM

RISALATUL-IKHWAN,
Bil. 27 (Jumaat 15 Ramadhan 1417) (Keluaran Khas Berhubung Sudan)
Dari pena Mustafa Masyhur.
KONSPIRASI MUSUH TERHADAP ISLAM

Betapa kita memerlukan satu pandangan antarabangsa yang bersifat futuristik dan realistik, jauh dari pandangan samar serta juzi(compartmentalised) untuk melihat hakikat di sebalik konspirasi dunia terhadap Islam dan Muslimin, yang disertai oleh kebanyakan negara-negara bukan Islam. Penggerak dan penyokongnya iaitu musuh zionis adalah sekeras-keras manusia yang memusuhi orangorang
yang beriman ..... Sesungguhnya mereka telah merancang konsiprasi ini sejak dahulu lagi dan mereka telah merealisasikan beberapa natijah di antara matlamat besar mereka.

Di antaranya:
• Menjatuhkan Khilafah Othmaniah;
• Menanam kewujudan zionis di hati (pusat) umat Islam di Palestin;
• Membangkitkan permusuhan yang mencetus peperangan Iraq dan Iran;
• Pembinasaan Iraq terhadap Kuwait;
• Musuh zionis juga menguasai pemerintah-pemerintah Eriteria dan Ethopia,
• Membantu kumpulan pemisah di selatan Sudan untuk menyempurnakan pemisahan dengan utara,
• Mengambil hukum sendiri dalam permasalahan punca Sungai Nil;
• Mengambil hukum sendiri dalam menyempitkan pintu al Mandab dari jalan Eriteria dan Jazar Hanish.

Di antara hasil konspirasi dunia menentang Islam dan Muslimin ini adalah menyebarkan terrorism dengan pembunuhan di beberapa negara Arab dan Islam di bawah banner Islam untuk menggambarkan Islam adalah agama terrorism dan kekerasan. Tohmahan ini telah diperkuatkan lagi oleh media massa barat sedangkan Islam sebenarnya adalah suci daripada tohmahan-tohmahan ini, serta tidak mengiktiraf peristiwa-peristiwa kekerasan, penyembelihan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir dan Algeria. Tetapi pemburukan ini bermaksud untuk memberontak dan merupakan satu tipu daya terhadap setiap negara ataupun kumpulan yang membawa bendera Islam.

Sesungguhnya musuh telah menggunakan kelemahan orang-orang Islam dan tiadanya kesatuan di kalangan mereka untuk memberikan berbagai pukulan di segenap penjuru terhadap orang-orang Islam di dalam usaha menghapuskan mereka ataupun memecahkan kekuatan mereka, seperti yang berlaku di Bosnia, Chechenia, Kashmir dll. Tetapi orang-orang Islam telah bertahan, contohnya sekatan ekonomi terhadap beberapa negara Arab Islam seperti Iraq, Libya, Sudan dan Iran. Kemudian mereka cuba untuk menguasai ekonomi di pasaran Timur Tengah terhadap negara-negara setempat. Mereka juga membenarkan musuh zionis memiliki senjata nuklear sedangkan ianya diharamkan ke atas negara-negara Arab dan Islam. Begitu juga penguasaan politik terhadap kebanyakan negara-negara pengeluar minyak, di mana penetapan permuafakatan dengan mereka telah mengizinkan kewujudan askar asing di sana supaya petroleum di Teluk sentiasa mengalir ke Barat.

Begitulah kita mendapati perancangan yang keji untuk konspirasi ini merebak ke medan antarabangsa untuk menentang negaranegara Arab dan Islam, terutamanya selepas hancurnya sosialism. Di sana terdapat suatu pemusatan terhadap Mesir dan tekanan ke atasnya kerana kedudukannya di dunia Islam. Adapun konspirasi itu melalui peperangan pada tahun 1967 dan apa yang didapati daripadanya iaitu penjajahan beberapa bahagian daripada negara-negara Arab di sekitar Palestin. Kemudian konspirasi itu berlaku melalui pengiktirafan Mesir terhadap kewujudan zionis perampas dan keluarnya Mesir daripada perlumbaan (peperangan) dengan Musuh, kerana keamanan besar yang diberikan kepadanya. Maka lemahlah negara-negara Arab yang lain terutamanya negaranegara yang berjiran dan negara-negara yang Musuh telah membinasakan buminya, serta Musuh masih enggan untuk keluar daripadanya. Begitu juga, konspirasi itu merangkumi pemisahan Mesir daripada Sudan, percubaan memisahkan utara Sudan daripada selatannya dan pemberontakan John Garang serta pemberian senjata kepadanya untuk memerangi kerajaan Sudan.

Peperangan di Sudan
Peristiwa-peristiwa mutakhir yang berlaku di bumi Sudan selepas larinya Syed Sodiq al Mahdi ke Eriteria, dan percubaan Garang serta sekutu-sekutunya untuk bekerjasama dengan kumpulan yang menentang kerajaan Sudan bagi menjatuhkan dan membahagi bahagikan (memecahkan) Sudan. Sejurus itu bermula pula pergerakan tentera dari Eriteria dan Ethopia serta pencerobohan beberapa bandar-bandar di Sudan. Berikutan daripada itu kerajaan Sudan telah mengisytiharkan perintah bersiap sedia untuk pencerobohan
tersebut.

Maklumat-maklumat menunjukkan terdapat penglibatan kekuatan ketenteraan Ethiopia dan Eriteria di dalam peperangan ini.Sehubungan dengan itu juga maklumat telah menguatkan bahawa pertikaian tentang air yang bersambung ke Mesir merupakan matlamat di belakang pertikaian ini, terutamanya sebagaimana yang telah diketahui bahawa krisis air ataupun peperangan air memang dijangka akan berlaku di beberapa tahun yang akan datang. Mungkin penaklukkan selatan Sudan dan meletakkannya di bawah penguasaan zionis melalui Garang untuk menekan Mesir supaya menyambung air sungai Nil ke kedudukan zionis di celah celah
pertikaian tentang sumber-sumber sungai Nil. Begitu juga Uganda membantu kekuatan pemisahan Garang yang bekerja untuk kepentingan Musuh semenjak dari dari kerajaan al Basheir lagi, dan ia merupakan satu langkah menentang Sudan dan Mesir sejak dahulu lagi.

Oleh itu, sepatutnya hendaklah setiap pencerobohan ketenteraan ke atas Sudan juga merupakan suatu pencerobohan ke atas Mesir,dan wajiblah ke atas Mesir untuk menentang dan menghalang pencerobohan ini. Sekiranya tidak, niscaya akan berlaku perkara yang tidak baik. Malah ia memungkinkan pemberhentian perancangan memperluaskan pertanian di Mesir seperti di Wadi al Jadib dsb. Bahkan ia juga mungkin menyebabkan berlakunya sekatan air dari memenuhi keperluan pertanian semasa. Adapun pendirian yang perlu diambil adalah serius dan kritikal. Sesungguhnya naib presiden Sudan telah datang untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di Mesir tentang betapa kritikalnya keadaan dan meminta bantuan.

Kami percaya bahawa kepentingan Mesir mewajibkan bantuan kepada kerajaan Sudan sehingga dia tidak lemah dari angkara Garang, yang sekiranya tidak mungkin akan terlaksanalah pemecahan Sudan. Meskipun hubungan antara Mesir dan Sudan adalah kurang baik terutamanya selepas tohmahan bahawa Sudan terlibat di dalam peristiwa percubaan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, (namun itu adalah satu konspirasi jenayah yang ditolak dengan mana-mana neracapun), namun satu tindakan perlu diambil kerana konspirasi ini akan membawa implikasi yang lebih buruk dan bahaya, sekiranya tidak diberikan bantuan. Dan konspirasi ini juga adalah bertujuan untuk memecahkan Sudan dan ia juga untuk menghalang Mesir daripada mempertingkatkan sumber kehidupannya. Begitu juga kehadiran naib Presiden Sudan telah membuka jalan untuk mengembalikan hubungan Mesir dengan Sudan serta memperbaiki beberapa perkara yang diperselisihkan daripadanya, serta membaikpulih hubungan selaras apabila niat telah diperbetulkan.

Bahawasanya, inilah permintaan rakyat Mesir dan Sudan.

Oleh itu hendaklah kedua-dua pihak berkuasa bersumberkan daripada apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka. Bahkan adalah menjadi satu harapan yang besar untuk membakarkan (melenyapkan) konspirasi ini yang telah berlaku semenjak begitu lama dan semoga bersatulah Mesir dan Sudan dalam satu barisan sebagaimana yang telah kita laungkan semasa mengadakan tunjuk perasaan kita di zaman pelajar dahulu.
Sememangnyalah setiap gerakan kesatuan-kesatuan lahir daripada kedudukan geografi dari kedudukan kedua-dua bangsa (negara) ini, dan justeru itu kedudukan kedua-dua buah negara yang strategik ini sememangnya saling gantung bergantungan di antara satu sama lain.

Apa Yang diTuntut Daripada Muslimin

Pemerintah negara Arab dan Islam hendaklah memberi perhatian terhadap konspirasi dunia serta perancangan yang keji menentang Islam dan Arab ini. Dan hendaklah ia melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang serius yakni berpadanan dengan kadar bahaya yang mungkin berlaku sekiranya orang Arab dan orang Islam tidak menyedari perkara tersebut sebelum berlalunya waktu. Terutamanya musuh telah berjaya menyibukkan kita dengan diri sendiri serta perselisihan sesama sendiri sehingga sempurna onspirasi mereka supaya sukarlah untuk memperbaiki kerosakan yang telah mereka lakukan. Kita hendaklah bersatu serta menghapuskan perselisihan juz'i yang wujud di antara kita untuk menghadapi bahaya yang tidak semena-mena ini. Hendaklah negara-negara kita menyokong kecintaan bangsa kita terhadap Islam. Serta, hendaklah kita menyandarkan perlindungan kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya subhanahu wataala, sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa keatas hamba hambaNya dan Penolong orang-orang beriman serta Penunduk golongan mustakbirin (bongkak).

Orang-orang Arab dan Islam wajarlah mengetahui bahawa jika sekiranya Garang menguasai sebahagian daripada Utara Sudan, terutamanya Kolam Nil Biru dan memisahkannya (dari Sudan), kemudian negara-negara lain mengiktiraf (negara tersebut), sukarlah untuk mengembalikannya semula (kepada Sudan) sebagaimana yang telah berlaku dan masih berlaku di Palestin serta pengiktirafan beberapa negara terhadap pencerobohan zionis tersebut. Sesungguhnya kami menyeru kerajaan Mesir supaya tidak berpendirian berpeluk tubuh di hadapan malapetaka ini. Bahaya ini begitu jelas, malapetaka ini terlalu besar, peristiwa-peristiwa berlaku begitu pantas sekali, dan kekuatan penganiayaan ini memburu kita dari segenap penjuru. Hendaklah kita saling melupakan apa yang telah berlaku di antara kita dan kerajaan Sudan.
Sesungguhnya Mesir mempertahankan buminya dan airnya melalui pembelaan Sudan dan masa depan bangsanya sekiranya selesai penetapan hukum dalam urusan air sungai Nil.. Alangkah baiknya bagi muslimin, pemerintah atau pun orang yang diperintah, di hari hari dan malam Ramadhan yang diberkati untuk mengingati apa yang telah Allah buktikan daripada kemenangan yang di capai (oleh umat Islam) di dalam bulan ini pada
masa yang lalu. Nescaya ini akan menimbulkan harapan di jiwa mereka, lalu mereka menyandarkan perlindungan kepada Allah serta memohon pertolongan daripadaNya untuk menghadapi musuh. Mereka juga akan mempersiapkan diri mereka dengan apa yang termampu dari kelengkapan dan kekuatan untuk menghadapi konspirasi dan bahaya yang besar ini. Dan Allah lah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Di antara apa yang memberi harapan yang besar (kepada kita) adalah lahirnya kebangkitan Islam semasa, meskipun wujudnya berbagai konspirasi yang berterusan semenjak berabad-abad yang lalu lagi... mudah-mudahan berterusan, Ya Allah, saksikanlah! Persetujuan al Khalil Sesungguhnya apa yang dipanggil sebagai penyelesaian kepada krisis pemulangan penempatan di al Khalil, setelah sempurnanya persetujuan keatasnya dan orang-orang Palestin di al Khalil memuji-muji (persetujuan tersebut), mengandungi beberapa perkara
yang sungguh merbahaya. Adapun pembahagian bandar tersebut, sedangkan sebelum ini musuh sendiri mengakui bahawa ianya adalah bandar orang Arab, serta perletakan Masjid Ibrahim di bawah pengawalan Israil, dan penolakan Netanhayu terhadap kerjasama orang-orang Palestin untuk mengawal Masjid itu kecuali beberapa kerat dari polis Palestin yang bersenjatakan pistol di dalam kereta-kereta Israil yang meronda kawasan tersebut untuk melindungi golongan penempatan...

Kemudian, musuh mewajibkan keatas orang-orang Palestin untuk berjanji untuk menyerahkan anasir anasir Islam yang menentangnya untuk dibawa ke mahkamah zionis. Begitulah, persetujuan tersebut akirnya erjaya merungkaikan ikatan-ikatan "ketanahairan" palestin serta menguatkan kerjasama damai di antara kedua-dua kekuatan Israil dan Palestin, dan (ia juga merupakan suatu) perjanjian untuk menghancurkan binaan dasar terhadap Gerakan Penentangan Islam yang menentang zionis secara seluruhannya. Sebagai balasan,
musuh mencari-cari titik-titik yang belum di sempurnakan oleh perjanjian... ya'ni, apa sahaja peristiwa yang berlaku (yang mempunyai kesan penentangan terhadap musuh, dikira membatalkan perjanjian, lalu, perkara tersebut seolah-olah masih tergantung atau tidak putus... Begitulah, kita mendapati musuh tidak memberi kata putus dan meninggalkan urusan tergantung kepada berlakunya sebarang peristiwa (penentangan). Sedangkan, penentangan tidak akan berhenti selagimana wujudnya kedua-dua pihak, zionis dan barisan penentangan Islam.

Di dalam suasana penyempurnaan perjanjian ini, meskipun keji, tidaklah dilupakan permasalahan al Quds dan Masjid al Aqsa, kerana akan turut dilupai ribuan tahanan di penjara-penjara musuh dan jutaan lagi pelarian di luar Palestin!."Hendaklah kita tidak tertipu dengan apa yang telah berlaku, terutamanya kerana musuh masih berpegang dengan matlamat akhir mereka iaitu: "Israil al kubra dari Nil ke Furat"!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular