Suara pengundi,'Makkal Sakthi' punca kemenangan BA

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Kerajaan Umno-BN perlu memperbaiki kelemahan dan menilai kembali prestasi yang telah ditunjukkan sebelum ini untuk memastikan ianya akan terus diterima rakyat.

Ketua Program Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohamad Agus Yussof berkata Ummno-BN yang telah menerajui negara ini sejak 50 tahun lalu perlu berbuat sesuatu bagi memastikan keputusan pilihan raya umum akan datang lebih baik daripada baru-baru ini.

"Kalau Umno-BN mahu terus relevan, mereka hendaklah memperbaiki segala kelemahan dalaman yang sedang dialami," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ujarnya, parti tersebut yang mutakhir ini menghadapi pelbagai kemelut dalaman ditambah dengan pelbagai isu kelemahan pentadbiran sebelum pilihan raya hendaklah membuktikan bahawa mereka mempunyai kredibiliti dan keupayaan berbanding kerajaan-kerajaan negeri baru oleh Barisan Alternatif.

Pada masa yang sama, Agus melihat faktor utama penyebab keputusan pilihan raya umum baru-baru ini adalah kerana ia adalah merupakan suara pengundi itu sendiri.

"Ia adalah 'makkal sakti' yakni kuasa rakyat, dan pada kali ini mereka telah bersuara untuk menukar beberapa buah kerajaan negeri mungkin sebagai tanda protes terhadap beberapa kelemahan," katanya.

Beliau yang juga merupakan pengacara tetap rancangan televisyen mingguan, Hujah saluran TV9 itu mendakwa bahawa kerajaan yang ada perlu mendengar segala keluh kesah daripada rakyat tanpa mengira kaum, agama malah apa jua isu yang ingin disampaikan.

"Mana-mana kerajaan pun baik pusat mahupun negeri hendaklah mendengar suara rakyat untuk memastikan parti tersebut terus relevan di hati rakyat.

"Namun, mutakhir ini kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan apa yang diluahkan rakyat terutamanya dalam isu-isu yang menyentuh kebajikan mereka seperti kenaikan harga minyak dan barangan keperluan mereka," ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai kekuatan BN yang dikatakan mempunyai formula 3 + 1 yang pernah disebutkan iaitu kekuatan ekonomi, kestabilan politik, keharmonian hubungan antara kaum serta permuafakatan antara parti-parti komponen, Agus berpendapat formula tersebut masih relevan.

"Saya katakan sedemikian adalah disebabkan BN masih memerintah Malaysia, dan pada masa yang sama mereka perlu memulihkan semula sokongan dan kepercayaan rakyat kepada mereka hasil keputusan pilihan raya baru-baru ini yang menjadi tamparan hebat kepada 'survival' Umno-BN," tegasnya.

Tambahnya, rakyat akan menentukan kerajaan mana yang akan terus memimpin negara ini dan semua pemimpin yang telah dipilih hendaklah menunjukkan prestasi yang meyakinkan.

"Kerajaan Barisan Alternatif pun hendaklah perform juga, meskipun pada peringkat awal mereka berdepan dengan pelbagai kesukaran, ia perkara biasa bagi sesebuah kerajaan baru. Apatah lagi dengan keadaan tersebut memiliki pembangkang yang sebelum ini telah lama menerajui kerajaan tersebut," ujarnya lagi.

Agus mendakwa kemampuan Barisan Alternatif yang dianggap tidak setanding kekuatan pakatan BN tidak boleh dinilai pada peringkat awal kerjasama ini diterjemahkan kepada bentuk perlaksanaan pemerintahan di negeri-negeri yang dikuasai memandangkan ianya baru dibentuk.

"Apapun, mereka harus 'perform' dan buktikan kepada rakyat, dengan serangan media arus perdana yang cuba mempertikaikan kewibawaan kerajaan neger-negeri baru ini, yang dianggap tidak boleh menandingi pakatan BN," demikian katanya.

Jelasnya, ia adalah satu perkara yang perlu dihadapi serta ditangani dengan bijaksana sebagai sebuah kerajaan yang memerintah. - mks.

1 ulasan:

Geetha berkata...

Thank you
For ur help


----------------------------------------
http://dog-training-and-grooming-tips.blogspot.com/

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular