Pas Cawangan Kg. Pasir Gudang Baru dalam pembinaan

Seramai 37 orang anak tempatan Kg. Pasir Gudang Baru telah menyertai Pas dan 30 daripadanya adalah Bekas Ahli Umno. Mereka adalah di kalangan penduduk yang telah sedar akan penyelewengan pimpinan Umno samada di peringkat cawangan dan bahagian.

Pada masa yang sama, sebuah bangunan telah didirikan bagi dijadikan pejabat urusan cawangan.

Melakar Sejarah

Umno cawangan Kg.Pasir Gudang Baru telah bertapak sejak 37 tahun yang lalu iaitu sejak pembukaan kampung ini.

Ingin Perubahan... Irwan Shahrul B. Jamil

Jika dulu, bendera Pas boleh dikatakan tiada langsung di sini. Difahamkan bahawa petugas-petugas Pas ada yang pernah dihambat dengan parang kerana cuba memacakkan bendera Pas semasa watu berkempen.

Namun semua itu hanyalah sekadar menjadi episod sejarah yang tidak akan berulang lagi. Jika dilihat kepada senario politik hari ini, Umno dilihat akan berkubur selamanya di sini.


Meneruskan Perjuangan

Sehubungan dengan itu, satu ceramah umum sulung telah dirancang untuk diadakan di cawangan ini bagi membuka ruang kefahaman kepada masyarakat tentang politik Pas dan Islam yang diperjuangkannya sejak sebelum merdeka lagi.

Mahu Pemimpin Telus... Uzir B. Hasan

Pihak cawangan memohon sumbangan samada dari orang perseorangan atau kumpulan untuk membantu dari segi kewangan bagi melengkapkan prasarana cawangan berkenaan.


Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang seperti tertera di bawah.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

No. 32, Jalan Mawar 33, Tmn. Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Akaun Bank Islam - 01087010019872

http://dppkpg.blogspot.com

1 ulasan:

Tawel Sensei berkata...

Kebanyakkan blog Dewan Pemuda PAS patut memperbanyakkan laporan dan berita tentang apa yang telah dilakukan di kawasan mereka, seperti dalam entri ini. Saya kadang-kadang lawat beberapa blog DPP seperti di Wilayah Persekutuan, Bukit Katil dan Kuala Terengganu, sering tertanya-tanya usaha PAS kawasan ini untuk mendekati masyarakat.

Kurangkan berita-berita politik nasional yang copy paste kerana itu semua kita boleh dapat dari Harakah, MalaysiaKini, TranungKite dan sebagainya.

Okeh, TQ!

Catat Ulasan

Diari


Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular