Rumah Terbuka Muslimat Pas Negeri Johor

Muslimat Pas Negeri Johor telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Idulfitri 1428H di Dewan Serbaguna Tmn. Rinting.







Tanggal 4hb November.2007 iaitu hari Ahad, Dewan Muslimat Kawasan Pasir Gudang telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Rinting. Majlis ini terbuka untuk semua golongan bangsa dan agama. Menurut jadual acara bermula 11 pagi dan berakhir jam 3 petang. Selain itu, 5 PASTI telah diundang untuk bersama menjayakan majlis ini iaitu PASTI Al Kauthar di Taman Rinting, Tasek, Taman Air Biru, Taman Mawar dan Taman Saujana.




Sebermulanya majlis ini dengan doa selamat sebagai tanda bersyukur kehadratNya kerana diberi kemudahan dan kelapangan urusan dalam menjayakan majlis ini. Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi iaitu Puan Norliana bt Md Aris. Sementara menanti kehadiran tetamu penting iaitu Yang Berhormat Encik Aminul Huda, semua tetamu yang hadir dipelawa untuk menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan oleh guru-guru PASTI dan ahli Muslimat Kawasan. Semua juadah yang dihidangkan bisa mengecurkan kepada sesiapa yang melihatnya. Ditambah dengan suasana raya yang masih bersisa dihujung Syawal. Antara hidangan yang dijamukan ialah nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah, kuah kacang dan sedikit kuih-muih.



Tepat jam 12.30 tengahari, tetamu yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai jua. Alhamdulillah, kehadirannya telah menambahkan kemeriahan rumah terbuka ini. Setelah diperkenalkan oleh pengerusi beserta dengan biografinya, maka beliau naik ke pentas menyampaikan ucapan penghargaan diatas undangan ke majlis ini. Menariknya tentang beliau ialah ucapan yang disampaikan penuh semangat dan lantang. Secara tidak langsung, beliau telah memotivasikan semangat ahli untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan menghancurkan kemungkaran yang semakin berleluasa. Menjatuhkan kerajaan munafiq dan menjana kembali kerajaan yang menjalankan hukum-hakamNya. Diakhir amanat beliau, beliau meminta supaya semua ahli terus bersatu dan bertindak dengan penuh bijaksana jika mahu melihat kebenaran dan hukum Allah ditegakkan di bumi Malaysia yang kita cintai. Biarpun ucapan beliau melebihi waktu yang dihadkan dan telah diisyaratkan kepadanya beberapa kali untuk berhenti namun ia bukanlah sesuatu yang merugikan kerana setiap kata yang lahir dari bibirnya mengandungi seribu satu harapan dan azimat untuk kita renung-renungkan.



Maka tibalah kemuncak majlis iaitu acara pemberian cenderahati dan duit raya untuk anak-anak yatim yang hadir, termasuklah adik lelaki ana. Senang melihat senyuman yang terlukis diwajah anak-anak yatim ini bila kita dapat menggembirakan hatinya. Semoga Allah menerima ibadah kecil kita ini. Bila melihat seorang demi seorang anak itu meniti pentas mengambil cenderahatinya, hati ini terdetik mengenangkan betapa besarnya dugaan yang Allah beri kepada mereka kerana sedari kecil mereka membesar tanpa ayah disisi. Perginya bukan untuk sehari dua dan bukan jua mudah untuk mencarinya kerana perginya ayah mereka ke rahmatNya. Buat seketika ana tidak mampu untuk berkata-kata melainkan senyuman simpati bila bersalaman dengan mereka. Sebagaimana kuat kesabaran mereka, kuat lagi kesabaran bonda mereka didalam membesarkannya. Ya Allah, kekalkanlah kesabaran mereka itu sehingga ke hujung nyawa mereka.



Demikianlah rentetan peristiwa yang berlaku disepanjang majlis rumah terbuka. Alhamdulillah, biarpun pada mulanya ada berlaku sedikit kesukaran namun segalanya berakhir dengan baik. Tetamu yang dianggarkan 500 orang telahpun sudi hadir menjayakan rumah terbuka ini. Kiranya segala penat lelah insan-insan dibelakang tabir berbaloi kerana secara purata para tetamu senang dengan layanan, juadah dan suasana disepanjang majlis itu. Akhir kalam dari ana, terimalah pantun perpisahan untuk kali ini.


Puasa sudah raya pun sudah,
Rumah terbuka disana sini,
Bertandang sudah bersalaman pun sudah,
Semoga kita didalam redha Ilahi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini

Diari

Google

Promosi

Harakahdaily - Edisi Bahasa Melayu

TKO Versi 12 [TranungKite Online]

Ahli Parlimen PAS

Tadah Kitab

Tips Teknologi

Catatan Popular