Kaum India Sambut Baik Kehadiran PAS
Sabtu, 17 November 2007 telah diadakan satu program yang dinamakan sebagai Ekspidisi Perpaduan yang mana Lujnah Perpaduan Nasional DPPNJ dengan kerjasama PAS Kawasan Pasir Gudang telah turun padang ke kawasan perumahan kaum India dengan membawa bingkisan 'hadiah perpaduan'.
Kami juga sempat menghadiahkan beberapa lampin bayi kepada keluarga ini sempena dengan kelahiran cahaya mata baru di rumah mereka. Kelihatan sang nenek sedang menyuapkan makanan ke mulut si kecil.
Rakan kita yang berbaju ungu ini merupakan bekas pelajar Cikgu Nadha suatu ketika dahulu. Beliau menyambut kami dengan penuh gembira.
Kami bersama dengan warga emas dan bertanya khabar mereka. Saudara Syed Othman menunjukkan sesuatu pada kad ucapan yang kami hadiahkan. Sesungguhnya Islam mengajar kita untuk menyantuni mereka yang lebih berumur daripada kita.
Pakcik ini tidak sempat menyarungkan baju semata-mata bergegas ingin meyambut kehadiran kami. Beliau juga kelihatan memakai kain pelikat, suatu budaya yang kita kongsi bersama sejak dahulu lagi.
Semua yang ditemui akan dihadiahkan 'Maruku Perpaduan' walaupun hanya bertembung di tengah jalan.
Golongan muda Kaum India antara banyak yang menyambut kami kerana ada antara ketua keluarga mereka yang bekerja pada hari Sabtu.
Kata Cikgu Nadha, kaum India adalah kaum yang setia kepada sesuatu. Lantas, seandainya kita mampu untuk mendekati mereka, dan menyediakan maklumat yang tepat dan yang benar kepada mereka untuk membuat pilihan dalam pilihanraya, sudah pasti mereka akan memilih kita dan akan terus setia menjadi ponyokong kita.
Saudara Fadhli ada sesuatu yang ingin diperkatakan sehingga tergelak di kediaman ini.
Bungkusan demi bungkusan 'Maruku Perpaduan' diberikan rakan-rakan kaum India di sini.
Rakan-rakan muslimat Kawasan Pasir Gudang.
Beramah mesra dengan pasangan muda dan anak kecil mereka.
Calon wakil rakyat untuk DUN Permas Jaya, Saudara Syed Othman.
Bersama dengan pengundi tegar beliau yang juga merupakan pelanggan syarikat jualan keretanya.
Seorang pakcik dengan ayam telur yang bakal menjadi hidangan makan malam keluarganya.
Kami meneruskan Ekspidisi Perpaduan walaupun langit mendung-gelap dan kemudiannya hujan turun dengan agak lebat. Hujan lebat tidak mematahkan semangat perpaduan yang kami ingin semaikan di sini.
Bersama warga emas untuk kesekian kalinya.
Kami bergambar kenangan di rumah yang kedua terakhir kami lawati petang tadi.
my friends!
http://www.hanfeitsu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan