Amanah
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah swt telah berfirman didalam al-Quran nul kareem:
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُڪَّامِ لِتَأۡڪُلُواْ فَرِيقً۬ا مِّنۡ أَمۡوَٲلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya): Al-Baqarah-188Perbuatan rasuah bererti perbuatan mengkhianati amanah yang diberi. Perbuatan ini adalah perbuatan keji dan mungkar yang dilarang oleh Islam. Allah swt melalui Rasulullah saw dengan jelas telah melarang hambaNya daripada memakan harta orang lain dengan jalan yang salah atau batil, iaitu rasuah. Malah tabiat memakan rasuah ini jugak boleh nisbahkan kepada ciri-ciri orang munafik sebagaimana Rasulullah saw bersabda:
"tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati".
Amalan rasuah bukan sahaja boleh merosakkan sesebuah institusi atau organisasi malah kesan rasuah ini juga boleh meruntuhkan nilai-nilai dalam kehidupan sesuatu masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Malangnya, amalan rasuah kini seolah-olah telah menjadi sebati didalam kehidupan masyarakat khususnya di negara kita, bukan sahaja melibatkan masyarakat bawahan malah sehingga ke peringkat pimpinan negara. Benarlah sabda Baginda s.a.w:
"bakal datang kepada manusia satu masa, orang tidak lagi peduli terhadap apa yang diambilnya, apakah ini halal atau haram"
Para pembaca yang budiman,
Terdapat banyak faktor yang dikenalpasti sebagai punca utama kepada gelaja rasuah ini, antaranya, mereka yang telah diberi amanah itu terdiri mereka yang tidak amanah.
Sepatutnya mereka yang hendak diberikan tanggungjawab khususnya melibatkan kuasa & wang hendaklah terdiri daripada mereka-mereka yang amanah.
قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah: al-Qasas-26
Amanah adalah suatu perkara yang subjektif, yang mana ia tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Walaubagaimanapun, terdapat 1 tanda yang menjadi kreateria utama yang mencirikan seseorang itu adalah amanah ialah, sesorang itu hendaklah seorang yang taat perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Ini kerana kehidupan manusia di dunia ni sebenarnya adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah swt berdasarkan garis-garis kehidupan menurut panduan al-Quran dan As-Sunnah. Seseorang yang melanggar perintah dan larangan Allah swt ini dikira sebagai tidak amanah. Maka secara kasarnya, mana mungkin seseorang itu akan memegang sikap amanah (dengan manusia) sedangkan ia mengkhianati amanahya dengan Allah swt?
Sepatutnya, kita yang diberi kuasa untuk memilih mereka yang akan memegang amanah tersebut hendaklah membuat satu penilaian yang mendalam. Amanah atau pertanggungjawaban ini adalah bukan suatu perkara main-main. Ini sebagaimana amaran yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.” Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”
Seharusnya kita menilai kembali, peristiwa-peristiwa rasuah yang berlaku muktahir ini. Adakah disebabkan kita telah memberi kuasa (amanah) kepada mereka yang tidak selayaknya? atau kita membiarkan sahaja mereka yang tidak amanah ini terus menerus menyeleweng? Sekiranya "Ya", maka hendaklah kita perbaiki kelemahan ini dengan meletakkan kuasa kepada mereka yang selayaknya yakni mereka yang beramanah.
Para pembaca yang budiman,
Negara kita, negara Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya, dimana setiap 5 tahun rakyat diberi kuasa untuk memilih mereka yang akan menguruskan amanah rakyat dalam mentadbir dan menguruskan negara. Pemilihan ini sangat penting kerana, sekiranya kita mengambil sikap membiarkan sahaja dengan apa yang terjadi atau terus menerus melantik mereka yang terlibat dengan rasuah sebagai pemimpin negara kita. Pastinya sedikit demi sedikit kehancuran akan menimpa kita.
Terlalu banyak kesan buruk yang akan menimpa kita (rakyat) dan negara sekiranya pemimpin ini terdiri daripada mereka yang rasuah, antara yang kini telah berlaku kepada kita ialah:
Kesan Kepada Kita (Rakyat)
1. Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
2. Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
3. Membebankan golongan orang susah.
4. Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.
Kesan Kepada Negara
1.Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
2. Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
3. Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang
4. Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
5. Mengurangkan pendapatan negara.
6. Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
Oleh yang demikian, fikir-fikirkanlah. Lakukanlah perubahan dalam pilihanraya akan datang. Jangan terus biarkan diri anda sebagai rakyat dinafikan dan negara kita terus terabai dan menuju keambang kemusnahan. Pastikan anda memilih pemimpin anda daripada Parti Islam SeMalaysia iaitu Saudara Syed Othman bin Abdullah bagi menyatakan hak anda dalam memilih pemimpin yang beramanah.
al faqir illallah,
Sani Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan